PKp* - Nostalgia Malam Jumaat - STREET DAKWAH. Kisah dari nyanyian nasyid oleh Buskers di food truck BTHO...
*PKp* - Nostalgia Malam Jumaat - STREET DAKWAH. Kisah dari nyanyian nasyid oleh Buskers di food truck BTHO...
Assalamu’alaikum
Salam jumaat, salam penuh kesejahteraan buat semua seantero dunia, moga kita sentiasa sedar nasib diri ketika di dunia fana’ dan sentiasa berdoa untuk sejahtera di dunia yang baqa nanti.
Alhamdulillah. Malam tadi berusaha keras untuk ada di surau demi untuk majlis ilmu dan solat berjemaah sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah yang tidak berhenti henti memberi limpah nikmat dalam kehidupan. Walaupun tidak dapat tunaikan janji untuk menyertakan nota kitab hikam ( belum sempat dengar dari you tune surau al amin lagi), tapi ada satu tanda kepuasan dan rasa tenag kerana dapat menamatkan dua hari yang “miss” majlis ilmu. Ianya berbeza dengan masa pkp, memang tidak boleh ke majlis ilmu tapi bila majlis ilmu di buka, jika kita tidak menyertai nya terasa satu kerugian yang amat besar.
Seusai solat isya’ segera beredar menunaikan janji dengan si bongsu Nadia, nak bawanya makan malam di “food truck” Btho. Ketika mendapatkan parking, dari dalam kereta ternampak dua anak muda “ busking” untuk kelangsungan hidup mereka. Ketika melangkah keluar dari kita terdengar pula music mainan mereka adalah lagu lagu kontemporari. Teringat malam tadi malam jumaat, sepatutnya banyak aktiviti yang mengingatkan kita pada Allah di jalankan, jadi saya ni jenis yang senang lalai dengan lagu lagu gini. Sebab itulah saya dalam kereta tak pernah tukar dah chanel selain dari IKIM. Dari kerisaun inilah, selesai oder makanan - nasi goreng china, kacang pol, dan char kwew teow, ketika duduk hendak makan, saya merapati dua pemuda itu - seorang kurus seorang gemuk - “ Dik, boleh bawa nasyid”, jawab mereka “ Boleh bang”. “ abang, nak lagu apa, Ainul Mardiah ok tak? “ saya mengangguk saja sambil meletakkan duit dalam tabung mereka. Mereka membuaikan nasyid ainul mardiah dengan jaya. Dari seni liriknya dan lagu nya terubatlah hati dan hadir lah rasa tenang kerana ada bait bait yang menginsafkan di malam jumaat, makan sambil menyulam keinsafan. Tidaklah rasa lalai sangat.
Antara seni katanya:
“Dirimu pembakar, semangat perwira,Rela berkorban demi agama, Kau jadi taruhan berjuta pemuda, Yang bakal dinobat sebagai syuhada', Itulah janji pencipta yang Esa, Engkau lah bidadari dalam syurga,
Bersemayam di mahligai bahgia, Anggun gayamu wahai seorang puteri, Indahnya wajah bermandi seri, Menjadi cermin tamsilan kendiri, Untuk melakar satu wacana, Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah, Kau seharum kuntuman di taman syurga...”
Doakan semoga ahli ahli keluarga kita yang wanita termasuk dalam golongan seperti Ainul Mardiah.
“Ainul Mardhiah, seorang bidadari yang cantik dan Bidadari adalah salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki di syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupa kan ketua akan segala bidadari bidadari)” Carilah lagi kisah ini..
Saya ingatkan satu lagu saja di nyanyikan untuk nasyid. Rupanya mereka menerusk kan dengan lagu imam adalah mutiara. Saya pun ikut perlahan lahan tapi di dengari satu keluarga india didepan kami yang menoleh kepada saya yang ikuti baitnbit lagi itu. Ada bersama saya adalah anak dan isteri. Mereka tersenyum dan tunjukan tanda thumbs up. Saya balas balik dan dalam hati berdoa moga mereka diberi hidayah untuk akhirnya mati sebagai Muslim. Aaamiin.
Alhamdulillah, selapas dua pemuda “buskers” nyanyi lagu nasyid, ramai pula yang menyumbang pada tabung mereka.
Antara bait bait dalam imam adalah mutiara ialah;
“Iman tak dapat diwarisi, Dari seorang ayah yang bertaqwa, Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai..
Walau apapun caranya jua,
Engkau mendaki gunung yang tinggi, Engkau berentas lautan api, Namun tak dapat jua dimiliki, Jika tidak kembali pada Allah”
Semoga kita sentiasa mencari jalan untuk kembali kepada Allah walau sehebat mana pun kita.
Akhirnya, sebelum balik, saya hampiri mereka untuk memohon mereka nyanyi kan satu lagu nasyid yang sentiasa menggetar jiwa bila mendengarnya. Kerana di balik lagu ini, ada kisah satu perjuangan dan pengorbanan umat muhamad saw demi menegakkan islam. Kita yang bersenang lenang bersama islam, sehingga ada yang tak menghargai sebagai orang islam dan beriman. Mereka pula di bunuh dan disula, sehingga anaknya hampir hampir terkeluar dari islam kerana tidak tahan dengan ujian, tapi atas kehendak Allah, mereka dipaksa mengaku tidak islam. Mereka lakukan demi kehidupan tetapi tidak di hati ( di hati tetap islam), cuma di bibir saja. Sebak saya ketika dua pemuda menyanyikan “ Sumayyah” - kisah wanita syahid pertama di dunia dan kisah sedih keluarga Yasir.
Saya akhirnya bersama anak dan isteri beredar puas kerana sempat juga ajak dua pemuda busker buat steet dakwah secara spontan. Moga diterima Allah. Terima kasih Allah..
“Sabarlah keluarga Yasir, Bagimu syurga di sana, Dan kau pun tega memilih syurga, Walau terpaksa mengorban nyawa, Lalu tombak yang tajam menikam, Jasadmu yang tiada bermaya, Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah. Darahmu menjadi sumbu pelita iman, Sumayyah kaulah lambang wanita solehah..”
Selamat beribadah di hari mulia har jumaat dalam keadaan apa sekalipun, bekerja, beriadhah dan apa jua..
*Akhir kalam*
Itu saja untuk pagi ini, maafkan saya tak sempat nak share nota kitab hikam.
Moga bermanafaat..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment