*PKP142* - short note untuk diri sendiri selepas dua hari miss kuliah Maghrib
*PKP142* - short note untuk diri sendiri selepas dua hari miss kuliah Maghrib.
Assalamu’alaikum...
selamat pagi Khamis semua, bertemu lagi disini, semoga pagi ini lebih indah dan ceria, terima kasih Allah kerana masih memanjang kan usia kita melihat keindahan alam ciptaan MU di pagi ini. SELAMAT PAGI DUNIA.
Pagi ini, ada satu perkara yang menyunggulkan saya, iaitu sidah dua malam berturut saya tidak sempat menghadiri majlis ilmu kerana satunya kepenatan dan adanya urusan kerja di pejabat sehingga lewat sehabis maghrib. Nak nak malam tadi, sepatutnya hadiri kuliah maghrib kitab hikam tapi kesuntukkan masa kerana tiba di rumah dari pejabat dah jam 755 malam. Seusai bersihkan diri dan maghrib berjemaah bersama anak dan isteri, makan malam menyusul. Selesai itu, jam sudah 823. Tinggal 18 minit sebelum isya’. Kuliah sekarang masih dalam SOP - masuk waktu kena berhenti. Namun, atas biasanya menghadiri majlis imu, moga tersisa kiraan amalan ke majlis ilmu oleh Allah - bukan tidak mahu pergi tapi ada urusan. Maaf kan kami ya Allah..
Islam memperjuangkan kebaikan dan segala perbuatan baik. Umat nya digesa berlumba lumba untuk buat perkara baik. Teringat pulak satu ayat, belek al quran terjumpa - “ berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al Baqarah, ayat 148)
Pujuklah diri untuk buat perkara yang baik samada kepada diri sendiri ataupun orang lain. Jangan berfikir panjang untuk melakukan kebaikan. Peluang untuk buat kebaikan terbentang luas di depan mata kita.
Setiap hari daripada bangun tidur sehingga kembali semula ke tempat tidur, banyak peluang untuk buat kebaikan. Tinggal kepada kita nak buat atau tak nak.
Terbaca satu ayat yang bawa maksud: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga…” (Surah al-Israk, ayat 7)
Semoga kita jaga diri kita dari sesuatu yang tidak baik dan mohon doa juga semoga Allah lindungi kita dari segala punca maksiat dan Allah permudahkan kita berbuat kebaikan.
In shaa Allah jumpa esok dengan nota kitab hikam yang saya dengar dari live you tube surau al amin.
*Akhir kalam.. *
Kata assatizh: Bagaimana nak jadi baik? Mulakan lah dengan ibadah kecil. Jaga Solat 5 waktu. Jaga solat berjemahah dan waktunya. Azam untuk sentiasa berjemaah. Dan jaga adab berjemaah kalau solat bersendirian atau solat bersama keluarga. Jauhkan perkara maksiat. Buat apa yang Allah suruh dan tinggal kan larangannya. Sentiasa berselawat dan beristighfar serta lazimi taubat.
Semoga kita semua dalam rahmat Allah..
Moga bermanafaat untuk saya terutamanya seawal pagi ini..
Wallahu’alam
Wassalam
Picisan pagi dari *NCS*
#Siapalah saya
Comments
Post a Comment