*Pkp145* - Cetusan Ustaz Abu Bakar - Mencapai Hujung WujudNya Dan juga jadilah orang yang bergaul dengan orang lain..
*Pkp145* - Cetusan Ustaz Abu Bakar - Mencapai Hujung WujudNya Dan juga jadilah orang yang bergaul dengan orang lain..
Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah. Syukur, selesai dengan Jaya nya. Satu program Ukhuwahfillah semalam. Walaupun penat, selepas hampir seminggu menyusun mengatur bersama sahabat sahabat tapi terasa berbaloi kerana terasa akan kekuatan ukhuwah antara kami. Yang ada sedikit perseliihan dan tidak “berlaga angin”, itu adalah biasa. Sabar dan tenang serta kena banyak berlapamg dada adalah resepi untuk panjangkan ukhuwah. Semoga ada pahala disisi Allah. Tahniah MUBARAK ALAIKUM pada semua intake 86 KPP yang terlibat semalam kerana melihat kejadian semalam dengan mata hati. Bukan tujuan utama untuk cari pemenang.
Seusai program tersebut semalam, saya balik ke rumah berehat sebentar sebelum keluar semula untuk ke surau tunaikan solat asar walaupun pemat bukan kepalang. Tapi terasa “segar” bila melihat pada kesungguhan anak yang tetap hendak bersolat di surau. Alhamdulillah. Dah jadi satu kemestiaan untuk anak anak lelaki khasnya untuk solat berjemaah di rumah Allah. Semoga ini semua akan terbenam selama lamanya di jiwa mereka. Malamnya pula, terus bermaghrib di surau dan berkuliah maghrib bersama ustaz Ramli Abu Bakar. Selesai isya’, kami beramai ramai keluar makan malam. Syukur sangat kerana tak banyak walau sedikit dapat zahirkan kesyukuran atas apa yang Allah dah bagikan nikmat pada siangnya. Itulah satu kehidupan untuk saya semalam.
Untuk pagi ini, saya memilih untuk share nota dari kuliah ustaz Ramli Abu Bakar untuk di kongsikan pagi ini.
*Dari Ustaz Ramli Abu Bakar* - Mencapai Hujung WujudNya. Hujung dalam perjalanan hidup kita adalah untuk mendapatkan Allah.
Syukur pada Allah kerana kita beri kekuatan kesihatan kesabaran untuk kekal berada dalam majlis ilmu walaupun masih dalam pkp.
Dari Syeikh Abdul Qadir Jailani - “ wahai mereka yang jadi hamba pada nafsu, jangan anggap diri termasuk dalam ahlulLah - golongan yang berjaya lawan nafsu, jika Nafsu kamu tidak lawan dan tidak menang ke atasnya”
Tapi orang biasa selalu hambakan diri pada nafsu, sebaliknya ahlulLah selalu hambakan diri pada Allah. Kita berkehendakkan dunia, sedang ahlul Lah lebih hendakkan akhirat dan mata hati melihat akhirat. Kita akan dipersonakan oleh dunia seolah dunia ini cantik. Sifat Allah - jalal agung & perkasa, jamal - cantik, nampak ciptaan Allah yang cantik, nampak syurga ciptaan Allah.
Orang biasa meletakkan kesenangan pada makhluk. AhlulLah akan meletakkan kesenangan kesejahteraan hanyalah pada Allah. Hati orang biasa terikat pada dunia, kalau tak dapat dunia akan rasa rugi. Hati ahlulLah terikat dengan Allah, kasih sayang hanya pada Allah. Allah maha Agung. Inilah sifat Jalal dan Jamal.
Manusia adalah mangsa kepada apa yang kita lihat bukan seperti ahlullah yang melihat dengan mata hati. Mereka tak nampak apa yang orang biasa lihat, bab dunia ini kabur saja kerana pandangan Allah lagi jelas. Kita kena berusaha ke arah ini, melihat segala ciptaan Allah bukan hanya mata kasar tapi mata hati dan merasakan perjalanan hidup kita adalah perjalanan menuju Allah . Mereka (ahlulLah) mencapai tujuan hidup dengan mendapat kesejahteraan ketenangan kesentosaan, sedang manusia biasa terbenam dengan nafsu sendiri - bongkak, sombong.
Ada juga yang tercampur dengan nafsu syaitan dan kebinatangan.
AhlulLah tidak terikat dengan dunia, dan mereka akan sampai ke tempat menuju Allah. Inilah adalah langkah pertama. Tak sampai kita menuju Allah jika kita tenggelam dengan nafsu dunia. Mereka tidak bergantung pada manusia cukup Allah melindungi dan membantu mereka. Kita manusia biasa kena latih diri kita untuk berada diposisi ini.
Sambung sikit lagi esok pula..
*Akhir kalam*
Lihatlah dengan mata hati kerana pandangan mata kasar selalu gelap, tak mampu menilai hakikat. Jaga jaga jangan sampai mata kasar jahat bersatu dengan hati busuk.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” (Bukhari)
Adaptasi adalah suatu proses membentuk rasa cinta dan kasih sayang. Sesiapa yang tidak sabar melaluinya dia tidak akan merasai kenikmatan menjalinkan hubungan sesama insan. Waspadalah dengan sikap antisosial kerana ianya boleh menghalang seseorang mendapat rahmat Allah. Kata guru, tanda seseorang mendapat rahmat Nya adalah ketika manusia tertarik dengan keperibadiannya.
Renung renungkan....
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment