PLP 161

 *Pkp161* - OUTING KE SERI MENANTI & Nota USTAZ ZUL PANDAN. Part 2. 

Kisah Heiro Emoda


Assalamu’alaikum..


Kehidupan semlam diteruskan. Antara kerja dan rekreasi, secara realiti ini dua yang berbeza tapi ianya di rangkum menjadi satu, untuk menjadikan satu muamalah - hubungan manusia dalam interaksi sosial sesuai syariat kerana manusia, makhluk sosial yang tidak dapat hidup berdiri sendiri. 


Semalam satu perjalanan 76 km pergi dan 76 km dari Kajang, ke Bamdar Seri Menanti - Bandar Diraja N Sembilan dan yang menjadi tumpuan kami dari IGCC semalam adalah ROYAL SERI MENANTI GC. Satu friendly match  Golf bertujuan menambahkan lagi silaturahim antara dua ahli kelab. Dan selain itu juga, mengajar tentang COMPETITIVE & FIGHTING SPIRIT IN SPORTMANSHIP MANNERS. 


Tahniah pada semua yang terlibat. 


Tambah menjadikan ianya amat berharga, bila solat zohor dan maghrib semalam dapat berjemaah di Sebuah masjid yang tersergam indah di situ - masjid Diraja Seri Menanti - Masjid Dirana Tunku Munawir.  Dapatlah juga berjemaah bersama anak anak tahfiiz dan jadi makmum pada Imam anak Tahfiz. Semuanya pelajar Madrasah Nurul Quran Tunku Jaafar. 


Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas peluang yang tidak terhingga nya ini. Belum tentu kami dapat berjemaah zohor dan maghrib jika tidak ada outing ini. 


Selain daril cantiknya Masjid Tuanku Munawir terletak di bandar diraja Seri Menanti, Kuala Pilah,Negeri Sembilan ini, di bandar kecil ini di sebelah masjid ialah Makam Diraja Seri Menanti dan Balai Polis Seri Menanti dan Balai Bomba Seri Menanti. Ada juga satu Muzium Seri Menanti yang diubahsuai dari Istana Lama Seri Menanti yang dibuat daripada kayu. Di sini juga ada satu Istana Besar Seri Menanti, istana rasmi bagi Yamtuan Besar Negeri Sembilan. In shaa Allah, boleh jadi salah satu tempat target untuk bercuti kerana sekeiling penuh dengan tanah hutan yang damai dan tanahsawah lambang kawasan kampung yang permai dan damai. Penting untuk kita kait dan relate antara Alam dan Allah. Nampak daulat Yamtuan Besar tapi kena tahu itu semua satu anugerah Allah.  Alhamdulillah..


Untuk Pagi ini, saya sambung sedikit lagi nota dari kuliah ustaz Zul Pandan. HIJRAH ADALAH MERDEKA. Kita pun akan sambut hari kemerdekaan tak lama lagi..


*USTAZ ZUL PANDAN*

Part 2. HEIRO EMODA


Dalam diri kita ada prinsip dan juga pendirian. Ini adalah dua benda yang berbeza. Pada prinsip dan penderian yang melemahkan, kita kena ubahlah demi untuk  berdepan merdeka zaman baru. 


Kisah HEIRO EMODA, ketua tentera jepun yang dihantar ke pulau Lobang di Filipina. Sampai disana dari 1944, dia diarahkan never surrender. Bila jepun kalah 1945, jepun surrender dan bawa balik tentera ke Jepun. Arahan itu dibuat melalui kertas kertas yang di tabur dari kapal terbang tapi Heiro tak mahu mengalah dan tetap di pulau lubang hingga 1974. Hinggalah seorang muda jepun yang suka mengembara bernama suzuki, singgah datang berjumpa dengan Heiro dan dia memaklumkan yang jepun dah kalah perang. Tapi heiro tak terima kenyataan itu sebab panglima yang arahkan dia untuk bertahan di lubang tidak datang memaklumkan. Akhirnya panglima itu datang jemput Heiro di Pula lubang. Bila dia balik ke Jepun dia terkejut kerana orang jepun dah ikut gaya hidup amerika - yang menjadi musuh jepun suatu ketika dulu. Akhirnya dia pindah ke Brazil tidak dapat terima kenyataan itu dan dia akhirnya mati di sana. 


Prinsip kalau bukan bab agama boleh diubah, demi nak maju ke depan. Nak maju kita kena ubah prinsip dan pendirian yang jumud tapi sudah tentu dengan tidak menggadaikan prinsip dalam agama. 


*Akhir kalam*


Kami selesai outing semalam, selesai game jam 6, IGCC kalah 15 - 9. Ala ala Ryder Cup tapi penuh silaturahim dan dapat jumpa kawan baru. Ada repeat di IGCC nanti. Seusai solat jemaah maghrib, kami makan malam di Seri Menanti Resort. Terima kasih sahabat sahabat Royal Sri Menanti atas layanan hebat tuan tuan. Semoga ada kira kira disisi Allah. 


Jam 815, semua tamat dengan jayanya. Kami dari Kajang mula bergerak pulang, dan singgahan terkakhir saya dan sahabat saya,

kami solat berjemaah solat isya’ di Masjid Kariah Kg Pauh Teraci. 


Alhamdulilah syukur ya Allah walaupun kerja, rekreasi dan sukan kam tetap d ingatkan Tentang kebesaran Mu.  Moga abadi selamanya..


Sekian, wallahu’alam Wassalam untuk pagi ini. 


Moga bermanafaat..


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON