☆Rabu, 21 Dhul Hijjah 1441, 12/08/2020☆

Diari Kehidupan
Membicarakan tentang Iman. 

AsSalamu'alaikum
Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut.  Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.

Iman hendaklah dijaga dengan baik. Cara menjaga iman ialah dengan belajar menjaga iman dari ulamak2 dlm.kuliah2 tauhid. Sah amalan kita ditentukan oleh iman. Ramai yg terkeluar dari islam kerana percakapan, perbuatan seperti dlm kitab "mustika hadis" Merendahkan hukum Allah hukumnya Kafir kata penghantar Keluaran JPM.

Berjumpa Bos Lama
Alhamdulilah, semalam bercuti sebelah pagi walaupun sudah bekerja dari 7.30 am. Kali ini Allah S.W.T mempertemukan seorang yang amat saya kagumi sebagai seorang Ketua dengan kewarakan dan keikhlasan menanggung Amanah. Kini beliau bukan lagi Bos di tempat yg hebat itu. Tapi Wisdom beliau akan tetap menjadi panduan hidup. Kualiti sebagai Ketua yg ilmu boleh di terap kedlm diri untuk mengharungi sisa2 waktu yg ada demi untuk anak bangsa. Terima kasih Dato.

Akhir Kalam

" Tidak ada yang mustahil ketika kamu memiliki orang yang tepat untuk mendokong setiap langkahmu."

Wallahu’alam
Wassalam

- Coretan HjKY -

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S