*PKp162* - Rehatkan Nota Ustaz Zul, kita bersama Nota Ustaz Shukri Harun pagi ini: PADANG MAHSYAR MENUNGGU MU...
Assalamu’alaikum..
Hidup masih seperti biasa, dalam pemulihan Covid dan masih benteng diri darinya. Ertinya kita masih kena terus istiqamah bangun seawal pagi persiapkan diri, inilah yang asasi bagi berdepan sebuah hari lagi. Mati adalah pasti dan Hidup In shaa Allah.
Nasihatilah diri sendiri, berbicara lah dengan diri, bangun seawal hari, mandi saat dinihari. Buatlah tahajud. Ketika qiamulail, cari satu posisi yang selesa, bertafakur dan bermuhasabah. Satu sama satu, terus antara kita dengan Allah SWT sahaja. Mengadulah sepuas puasnya. Tapi, tidak semua boleh rasai kemanisan tahajud. Bergantung pada hati yang lebih kasih kepada apa, maka itulah yang difikiran. Hadirkan sungguh sungguh tentang Allah SWT di dalam hati pada waktu itu. Rasa itu kita akan faham sendirilah, selepas ‘mendekati’ Dia. Ini juga SOP, diusia 40, 50 atau 60, bila lagi? secebis ilmu yang nak kena dicari, makrifatullah (mengenal Allah). Carilah ilmu ini dengan cara menuntut dan beramal.
Ringkasnya, apa yang paling penting, pastikan hati bahagia. Dan yang nak membahagiakan kita adalah Allah.
Untuk pagi ini, masih ada lagi dalam catatan kuliah Ustaz Zul Pandan yang saya nak share, tapi pagi Rabu ini, saya nak kongsi dari nota yang sempat saya ambil dari kuliah Ustaz Shukri Harun malam tadi tentang “Padang Masyhar Menunggu Mu”. Saya hanya sempat dengar hanya 15 minit terakhir tapi ianya cukup untuk jadi bahan fikiran untuk tindakan sehari harian saya. Moga ada juga untuk yang membaca.
*Dari Ustaz Shukri Harun..* Kupasan Buku “ Padang Masyhar Menunggu mu”
Ketika di padang mashyar kita akan di letakkan bersama sama kelompok kelompok yang kita selalu sering kita bersama ketika hidup didunia. Ini untuk menunjukkan balasan amalan yang telah kita kerjakan semasa hidup dunia. Berhati hati memilih kelompok, jangan bersama dengan puak yang menolak hukum hakam Allah, Jangan bersama dengan kelompok anti hadis (khuatir nanti nabi saw akan berlepas diri dengan kelompok ini ketika beratur di padang Masyhar saat ke telaga kauthar kerana malaikat menahan mereka ini walaupun dimaklumkan mereka ini umat nabi juga tapi mereka tidak menerima nabi saw ketika di dunia)
Di hari akhirat, ketika sangkala ditiup dengan sekali tiupan semua manusia akan mati (ketika ini hanya orang kafir yang ada kerana mukmin telah pun di matikan dengan angin sejuk nyaman dari Eden (Yaman)) Suatu persoalan yang timbul, ketika semua muslim di matikan ini, siapakah menguruskan mayat mayat orang muslim tika itu kerana yang tinggal hidup tika itu adalah kaum kafir. Belum ditemui lagi nas tentang situasi keadaan ini? Yang pasti tiada yang menguruskannya, itulah keadaan dunia dihujung waktu.
Terbelah langit ketika kiamat, semua akan dihadap kepada Allah. Surah al haqqoh ayat 13 - 18.
فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ نَفْخَةٌ وَٰحِدَةٌ
Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup.
وَحُمِلَتِ ٱلْأَرْضُ وَٱلْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَٰحِدَةً
Dan bumi serta gunung ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur
فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat
وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)
وَٱلْمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرْجَآئِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَٰنِيَةٌ
Sedang malaikat malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat yang mengawal itu.
يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌ
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
SEMOGA ADA MANAFAAT..
*Akhir kalam..*
Semoga kita sedar semua nya milik Dia tiada satu pun milik kita. Sekarang kita tak rasa, rasa takut berdepan saat saat ini tapi bila tiba masanya, kita cubalah duduk sebentar bayangkan saat nya.
Kekalkanlah “duduk” bersama dengan jemaah jemaah masjid, semoga kita berada dalam satu kelompok yang di terima Nabi dan seterusnya Allah nanti suatu hari yang pasti. Saat yang hanya ada adalah “terima saja”, “ not much complaining “. Sebelum melangkah ke fasa itu, siapkan segala kelengkapan diri.
Semoga selamat semuanya..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment