PKP 174

 *Pkp174* - Dari Ustaz Syakirin 

“keyakinan mendahului apa yang sedang kita lalui” Part 1


Assalamu’alaikum...


Tidak akan kembali hari hari yang telah berlalu, dan kalau ikut bicara hati: semalam adalah kenangan, hari ini kenyataan, esok adalah harapan. Dan untuk “esok yang hakiki”, apakah yang kita harapkan? 


Untuk itu marilah sama sama kita “hidupl” dengan meniti hari dengan berhati hati diatas titian kehidupan mencari Illahi. Dan kita kena mendahului waktu yang dinanti itu, barulah kita akan berusaha sentiasa untuk hidup dalam iman. 


Semalam, seusai subuh selepas “long time no see” dengan ustaz  Syakirin, saya sempat dizinkan Illahi mendengar kuliahnya dan saya menamakan tajuknya adalah :  Keyakinan kita kena mendahului waktu yang kita sedang lalui. Buatlah kerja kerja didunia dan yakinlah dengan apa yang kita akan diberi di akhirat. Ianya juga lebih pada kefahaman kita dalam usaha menjaga iman yang selalu turun dan naik. Berderai juga airmata ketika Ustaz mengkisahkan tenrang Keluarga Yasser dan kisah surakah bin Malik dalam menjadikan contoh “ keyakinan mendahului apa yang sedang kita lalui”. Nota ini saya pecah kan pada tiga bahagian. Moga ada manafaaat...


*Ustaz Syakirin*

Part 1...


Syukur pada Allah memberi keizinan untuk hidup ke saat, moga kita guna kan saki baki hidup ini untuk raih keuntungan yang hakiki dengan manafaat kan sebaik baik keislaman kita atas muka bumi ini.


Tajdidul iman - memperbahurui iman - bukan maknanya iman kita dulu dah expired tapi atas pesan nabi saw - iman kita ini sentiasa diuji dari lemah ke kuat, dan dari kuat ke lemah. Hala tuju iman kita kena faham. Apabila kita buat perkara soleh, iman akan kuat, bila buat banyak maksiat dan perkara lagha, ianya akan menurun. Kita boleh rasa. 


Tingkatan iman ada beberapa - iman malaikant, iman para anbiya/nabi dan iman manusia biasa.


Iman malaikat - sifatnya statik sahaja. Banyak mana pun malaikat berzikir ikut perintah Allah, ia tetap statik sahaja. 


Iman para anbiya - naik tidak turun turun, datanglah ujian macamana pun sekalipun. 


Iman manusia - boleh turun dan naik. Naiknya tiada had, turun pun tiada had hingga boleh jadi munafik dan kufur. 


Walaupun ianya nampak mudah tapi kesannya besar. Iman bagi muslim adalah tunjang segala galanya. Kita akan sampai kemuncak bila kita rasa amalan dibuat atas iman semata mata. 

Urusan melakukan secara amaliyyah buat apa yang Allah suruh. Iman letak dalam hati, iman - percaya dan yakin. 

Kena ada dua dua percaya dan yakin. Seiringan antara iman dan yakin. 


Seorang mukmin yang kamil, semua urusan kehidupan dan ibadah, boleh di jadikan sekali satu. Di gabungkan atas sebab iman dan islam. Jika kita tidak gabung maka ianya tidak sempurna. 


Dari surah Alkahfi - faula habitat a’malukum.  Di Hari akhirat nanti, Allah tunjukan dua dua - urusan baik dan buruk kita. Sebelum amal diletak atas mizan, Allah tunjuk amalan mana yang akan digugurkan. Bila gugur amalan amalan,  baru lah baki amalan itu akan diletak atas mizan. Amalan macaman digugurkan? 


Antaranya - berkait dengan amal yang dibuat bukan kerana iman. Maka, biarlah iman kita akan jadi pendorong pada amalan amalan soleh kita semasa hayat ini, bukan kerana islam sahaja. 


In shaa Allah bersambung esok..


*Akhir kalam*


Iman bukan diukur dengan omong lidah dan bukan dengan apa yang besarang dalam hati tapi ianya akan diamal sekali dalam kehidupan kita. 


Inilah yang kita mendahulii yakin dengan apa yang kita lalui ini, kita akan dibalas seadanya. 


Semoga bermanafaat 

Selamat bertugas...

Wallahu’alam 

Wassalam..


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S