PKP 175
*Pkp175* SAMBUNGAN NOTA KULIAH SUBUH PAGI AHAD. USTAZ SYAKIRIN - part 2. Keyakinan untuk akhirat kena dahului hidup di dunia...
Assalamu’alaikum
Apa yang kau cari dalam hidup ini? Kalau bukan redha dan kasih Allah. Selamat meneruskan satu lagi hari yang telahpun Allah garapkan untuk kita di kitab Mahfuz Nya. Bersiap sedia dengan takdir baik dan buruk, semuanya datang untuk uji kita, yang tentunya akan hanya dapat dilihat hasilnya di sana nanti.
Terimakasih ya Allah, walaupun tidak berhenti berdosa malah kurang ibadah padaMu tapi masih banyak kurniaan Mu buat kami. Semalam, saya dah dapat balik “kartepe” saya dari JPN, urusan dokumen di JPN Taman Melawati, pengambilannya di JPN Putrajaya. Walaupun hampir tak boleh masuk sewaktu di Putra Jaya tapi berkat doa semua, ianya dipermudahkan.
Untuk pagi ini, kita sama sama baca sambungan nota kuliah subuh oleh ustaz Syakirin Ahad lepas.
*Ustaz Syakirin - Part 2*
Kitab tauhid - islam itu ialah menyerahkan diri dengan sepenuhnya pada Allah. Dengan hanya mengEsakan Allah dan tunduk sepenuhnya sebagai tanda ketaatan. Serah diri & tunduk sebagai tanda patuh. Percaya dan yakin. Serah dan terima apa yang telah ditetapkan Allah. Selepas ucap dua kalimah syahadah, segera lakukan solat.
Ketaatan dan tunduk kena dibuat atas percaya dan yakin. Jika berjaya gabungkan semua ini, maka sempurna iman.
Solat orang munafik, solat macam orang mukmin tapi orang. Munafik buat dengan rasa berat dan payah. Perhatikan pada diri kita ada ke sifat ini, bermujahadahlah untuk jadi orang yang mudah beribadah kerana patuh pada Allah, percaya dan yakin pada islam.
Kalam Allah amat cantik, kalau ada suruhan - Allah mulakan dengan wahai orang2 beriman, lepas tu barulah ada perintah dan suruhan. Dalam beramal kita kena mulakan dengan iman. Beramal atas sebab iman.
Kisah Masyhur, peristiwa hijrah, ketika kemuncak islam di ancam, antara yang hebat diuji iman adalah keluarga Yasser san Summaiyyah. Yasser di bunuh dan sumaiyyah pula di sula hingga tembus ke mulut. Para orientalis selalu bertanya, kenapa dalam peristiwa ini nabi saw tak balas balik? Soalan ini sengaja di keluarkan mereka,, Kerana pada ketika itu dikiri kanan nabi ada dua sahabat henat - abu bakat, omar dan hamzah. Untuk berdepan dengan penyiksa sumaiyah nabi boleh hantar omar tapi arahan Allah ketika itu adalah sabar. Ketika ini Allah uji keimanan kerana itu ramai yang disiksa. Bersabar mereka atas iman yang akan jadi tunjang islam. Ketika itu nabi saw hanya berdiri dan sebut sabarlah wahai keluarga yasser - Allah janjikan kamu sekeluarga Syurga. Bayangkan ujian iman datang pada kita ketika ini? Sabar adalah bekalan iman, siapa yang bersabar dalam iman akan diberi ganjaran hebat.
Begitu juga dengan kisah isra’ mikraj, perlu di timbang dengan iman. Bukan hanya akal sahaja. Ketika ini juga ia adalah ujian untuk kuatkan iman. Bila dah kuat iman barulah Allah berikan kejayaan.
Begitu juga dalam kisah Surakah bin Malik, pemacu kudang paling mahir dikalangan Quraish. Ketika dimaklumk kan oleh kabilah tentang adanya mereka melihat abu bakar. Surakah melarang orang lain pergi kerana dia nak pergi sendiri. Tapi tiga kali dia jatuh tersembam hingga yang ketiga adalah didepan nabi saw. Kata nabi saw, sungguh benar kamu nak tangkap aku. Surakah hanya hendakkan 40 unta merah, lalu nabi saw tawarkan mahkota kisra Maharaja Parsi dan Rom. Terkejut surakah sebab nabi ke madinah belum sampai lagi. Inilah yang kita kena ambil, ibrah dari ini adalah keimanan dan kepercayaan nabi pada Allah. “ dan aku berjanji aku akan beri kemenangan pada orang beriman dan beramal soleh” inilah keyakinan dan iman nabi pada Allah, keyakinan yang mendahului waktu yang sedang dilalui.
Belum sampai Madinah, tapi nabi yakin dengan janji Allah suatu hari nanti islam akan menang. Akhirnya, selepas nabi wafat ketika omar jadi khalifah yang memerintah telah menang dengan parsi dan bagi mahkota pada surakah - dah islam ketika itu, menjerit ketika terima mahkota - dimanakah dikau ya Rasululllah .. 😭
Keyakinan kita kena mendahului waktu yang kita sedang lalui - kita buat baik dan ibadah sekarang dan hasilnya kita akn sapat hasilnya di akhirat.
SEE U TOMORROW ...
*Akhir kalam*
Semoga kita dalam rahmat Allah selalu. Kekalkan rentak iman dan carilah jalan untuk sentiasa bersama Allah walaupun kita ini pendosa.
Semoga ada manafaat
Selamat meneruskan kehidupan
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *Ncs*
Comments
Post a Comment