PKP 176
*Pkp176* LAST PART NOTE - USTAZ SYAKIRIN: keyakinan untuk akhirat mendahului apa yang kita lalui didunia ini. (Ada kisah Sheikh Jamaludin )
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah. Syukur masih mampu bergelak ketawa kita atas alasan apa pun jua. Semoga kita dalam perlindungan Allah selalu, kerana sedar tak sedar ramai yang tahu malaikat Izrail datang ziarah kita setiap hari sebanyak 70 puluh kali.
Seawal pagi begini, terimalah satu renungan bersama., Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya mati tetap akan menjemput insan kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, saat saat kematian tetap mengekori kita.
Semoga kita bukan golongan yang masih mampu bersenang lenang bergelak ketawa, seolah olah tiada masalah yang perlu difikirkan direnungkan dalam hidup, sedangkan kita adalah seorang yang miskin amal kebajikan, tidak ada sebarang bekalan akhirat dan sebaliknya banyak pula dosa.
Menyedari hakikat ini, semalam, terimakasih Allah kerana semua lima waktu solat KAU izinkan saya berjemaah - subuh di surau Al amin, zohor bersama staff di pejabat, asar bersama Pak Ajak di surau Drink Hut Eddy, maghrib bersama anak dan isteri serta cucu, akhirnya isya’ di surau al amin semula. Moga keizinan Mu untuk saat saat begini akan berterusan sampai bila bila...
In shaa Allah pagi ini ada sedikit lagi nota dari kuliah subuh pagi Ahad oleh ustaz Syakirin yang semoat saya “jot” untuk saya kongsikan disini...
*Ustaz Syakirin* - keyakinan untuk akhirat mendahului apa yang kita lalui didunia ini.
Keyakinan kita kena mendahului waktu yang kita sedang lalui - kita buat baik & ibadah sekarang dan hasilnya kita akan dapat di akhirat nanti.
Iman bukan diukur dengan omong lidah dan bukan dengan apa yang besarang dalam hati tapi ianya apa yang diamal dalam kehidupan kita.
Jangan jadikan beramal dengan islam dengan berlandaskan apa yang ada secara zahir tapi laku kan berdasarkan pada apa yang tersimpan dalam hati.
Persekitaran ada memainkan peranan membentuk kekuatan dan melemahkan iman. Tapi Ubah hati kita dulu, kuatkan iman, percaya dan yakin dalam diri, sebelum kita nak ubah persekitaran.
Tokoh Islam Sheikh Jamaudin al afghani ( Guru Syed Qutb) yang merupakan pemidato pensyarah yang hebat dan dibayar lumayan di satu pusat pengajian tetapi kerana dia kuat pertahankan islam dan nak pastikan islam didaulatkan, dia di pecat. Tapi Pengaruhnya semakin kuat, melalui pidatonya sehingga kerajaan berpakat dengan kuasa barat, dia ditangkap dibuang negara ke Perancis supaya dia tidak ada geng untuk buat kerja kerja islam. Dan juga nak pasti kana, tiada persekitaran islam untuk dia perjuangkan. Tapi dakwahnya tidak berhenti disitu, walaupun tiada persekitaran islam, akhirnya dia siap menulis sebuah buku yang bertajuk : SIMPULAN TALI YANG KUKUH.
Buku ini adalah perihal Dimana bumi kita pijak, disitulah Islam dijunjung. Allah nak lihat berani ke tak berani kita nak syiarkan dan junjung islam walau dimana kita berada. Buku ini telah pun membangkitkan semangat islam seluruh dunia. Inilah dia pejuang islam yang hakiki, persekitaran macam mana pun, dia tetap kan berjuang. Akhirnya dia dibunuh, mati dengan racun didalam keadaan kekuatan iman. Anak muridnya, syed qutb jua syahid di tali gantung walaupun diberi peluang untuk sign surat dengan akur janji tidak dibunuh dengan syarat dia berhenti sebarkan islam. Sebelum ditawarkan surat ini, dia bermimpi untuk tegas berada dalam iman pada Allah.
Nak kejayaan amal ibadah mesti bukti kan keimanan. Kita akan mudah untuk buat amal, jika kita benar yakin...
Hadis nabi, ada umat aku diakhir zaman, lagi dia solat lagi dia makin jauh dengan aku. Para sahabat terkejut kerana solat merapatkan kita dengan Allah.
Imam Ghazali - semua amal ibadah kita ada puja puji pada Allah, ada juga perjanjian kita dengan Allah, pada rukun ke 4 yakni membaca Alfatihah, dalam nya ada ayat ke lima, iyya kana’ hudu wa iyya kanas ta’in. Dan sebenarnya, ayat ini janji kta pada Allah untuk beribadah kerana Nya dan pada Allah juga tempat kita letak pergantungan.
Sejauh mana kita pegang pada janji kita?
Kalau kita dengan manusia bila kita berjanji dengan seseorang, dan kita mungkiri janji, apakah kita makin dekat dengan dia atau kita makin jauh? Renungkanlah.
*Akhir kalam..*
Semoga kita sentiasa letakkan keyakinan kita pada apa yang ada diakhirat mendahului apa yang sedang kita lalui didunia fana’ inii. Semoga tiga hari, kita membaca nota kuliah Ustaz Syakirin ini, kita ada niat untuk tambah iman kita...
Ada iman, percaya dan yakin maka akan datanglah ikhlas yang membuat kan rasa manisnya kerana yakin dengan janji Allah. Kemuncak manis dalam ibadah adalah kita akan rasa sedih bila dah bagi kerana risau bila lagi nak sujud dan ruku pada Allah.
Mudah2an kita diberi izin Allah untuk semtiasa perbaharui iman kita ..
Sekian, Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment