PKP 177

 *PkP177* - TERMANGGU UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN. 

Pesanan Ustaz Zulkifli Salleh dan Ustaz Amir Muttakim. JUGA ADA REDHA MAK AYAH ATAU SUAMI, REDHA ALLAH. 


Assalamu’alaikum...


Salam sejahtera. 


Sedeh juga semalam dalam menyusun kehidupan terpaksa berkorban dengan salah satu waktu solat kerana tidak dapat berjemaah. Zohor semalam tidak berjemaah dengan sapa sapa pun baik di surau mahupun dengan sesiapa. Agak kelam kabut bila proses oendaftaran golf semalam terbantut bila Credit Card Ikhwan Islamic banking maybank yang baru saja diterima semalam tidak dapat berfungsi walaupun sudah di “aktivate” kan. Akhirnya, terpaksa susahkan kawan untuk bayaran dulu, hingga masa rapat dengan T Off time, akhirnya solat zohor menjadi kelam kabut mengejar t off time. Maafkan saya ya Allah kerana solat walau pun hayati makna makna surah Alfatihah dan wirid2 solat tapi agak tergesa gesa. 


Itulah kuasa Allah dalam menentu jalan hidup kita, dan jika kita tidak dapat buat apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang muslim, kita kena tanya diri kita kenapa Allah tidak izinkan kita lakukan. Inilah semuanya membawa pada Istighfar. Moga Allah ampunkan kita. “Solat bersendirian hanya satu kelebihan daripada solat berjemaah”. Kita tak akan ambil pot sekarang kerana bukan ada duit maksud akaun 27 kali lebih pun kalau kejar solat jemaah. Tapi kita akan sesali disana nanti kenapa kita tidak kejar ketika masa hidup. 


Perjalanan hidup semalam, akhir nya berlabuh di surau al amin sewaktu lebih kurang 5 minit sebelum azan isya’. Saya sempat merasa kuliah maghrib ustaz zulkifli salleh dalam ulasannya berkenaan tafsir ayat 78 yassin. 


*Dari Ust zulkifli Salleh*


“Kisah Ubai bin khalaf. Satu teguran pada kita - kalau membelakangi menentang hukum hukum Allah kita tidak akan kemana kerana kita akan kembali pada Allah. Khuatirilah kita mati dalam keadaan ketika tauhid kita tercabut. Orang yang menentang Allah adalah orang yang rosak aqidah”


Google lah kiaah Ubai bin Khalaf untuk kita jadikan pedoman. Jadilah kita orang yang tidak menentang Allah swt dan nabi saw saamada kifa sedari atau pun tidak. 


*Pesan Ustaz Amir Muttakim*


Pagi ini saya sebenarnya nak kongsikan satu nota menarik yang sempat saya “jot down” ketika kuliah Maghrib Ustaz Amir Muttakim tapi kesuntukan masa untuk kerja kerja Editing. Tapi  saya nak share Muqaddimah beliau pagi ini. Pesanan ini ada lah untuk semua yang sering berjemaah di surau terutama dalam “norma baru” dalam musim PKPP ini. 


*Dari Ustaz Amir Muttakim*


“Sama sama kita rafa’kan kesyukuran pada Allah atas izinNya walaupun dalam PKP Covid 19 ini, kita masih mampu duduk bersama dalam majlis ilmu.  Satu perkara yang kita perlu perhatikan dalam Norm baru solat berjemaah adalah saf. Tiada lagi rapat kan saf tapi sama kan saf masih tetap kena jaga. Masing masing kena bawa sejadah sendiri. Pastikan hujung sejadah dibawah kaki kita sebaris dengan barisan saf mengikut garisan carpet (jika ada carpert)l, kalau tidak ada carpet pastikan hujung sejadah satu saf sebaris. Satu lagi perkara dalam berjemaah, Imam itu untuk di ikuti, tunggulah imam habis menyebut takbir rukun dulu baru kita ikut apa yang imam buat” 


Semoga ada manafaatnya. 


*Akhir kalam...*


Akhiri ruang maya pagi ini, pesanan untuk diri sendiri. Carillah redha Allah dalam kita susun kehidupan kita. Kalau anak nakkan redha Alllah carilah redha ibu bapa, kalau isteri nak kan redha Allah carilah redha suami. Bukan ianya percuma pun kalau cari redha mak ayah atau suami tapi ia ada kira kira disisi Allah sehingga Allah janjikan martabat hebat pada meraka yang cari redha mak ayah atau suami. 


Dari Abdullah bin Amr ra dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Redha Allah terdapat pada redha seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada murka nya seorang bapa." (HR Tirmizi no:1821) Status: Hasan.


Rasulullah saw juga pernah bersabda: “ Seandainya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada orang lain, maka aku akan menyuruh seorang wanita sujud pada suaminya.”

 (riwayat AtTirmidz) 


Jadilh anak yang soleh solehah, ibu bapa yang solehah soleh, suami yang soleh dan isteri yang solehah. Demi untuk redha Allah. 

Ini semua kita tidak nampak kerana kita jauh berjalan dalam kehidupan yang ada akar umbi nya - siapa kita kalau tiada mak ayah kita, siapa isteri kalau tanpa asalnya izin suami - yang pasti setiap kejayaan kita adalah lebih manis jika ianya adalah atas redha Allah dan bukan istidraj. 


Semoga bermanafaat..


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari,*Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S