PKP 178

 *pkp178*


Assalamu’alaikum..

Salam Jumaat Yang Penuh Barokoh, 


Tiada apalah yang hendak disebut seawal pagi ini, kecuali Ucapan Alhamdulillah syukur.

Tak tahu nak ucap apa lago selain dari yang ini, atas sebab terlalu banyak sangat nikmat Allah. Saya suka bandingkan nikmat Allah beri dengan sedikitnya musibah yang diberi. Kedua duanya adalah datamg dari Allah. Teringat satu ayat yang menceritakan akan hal ini. 


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ


Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

( At Taghabun Ayat 11 )


Semalam satu hari terleka dengan kehidupan dunia, dan hanya dapat menyelit di juzuk juzuk kehidupan hanyalah sedikit sangat ketaatan pada Nya. Mujur lah maghrib dapat berjenaah di satu surau kecil bersama sahaabat dan dapat juga mengalunkan sepuluh ayat pertama surah alkahfi selaku imam di malam jumaat. Dan selepas makan malam, terbabas isya berjemaah tapi berusaha hadir ke surai berdekatan dengan menjadi masbuk kepada seorang jemaah yang sedang solat ba’diyyah isya’. Selebihnya balik ke rumah terus lena. Moga ada kira kira disisi Allah walau pun sedikit. 


Untuk pagi ini, ada sedikit bingkisan dari kuliah Ustaz Amir Muuttakim untuk kita renung bersama..


*USTAZ AMIR MUTTAKIM*

Dari Kitab ..


“Seorang soleh melintasi satu kawasan  tiba tiba dia terdengar doktor (ketika sedang mencarita kam ubat sakit Zahir) ditanya  apakah boleh bagi ubat yang boleh merawat penyakit hati, hati yang hitam. Jawab Dr : nak rawat hati kena kenalah dengan ketundukkan, permohonan sungguh2 untuk betulkan hati, sentiasa berisitighafar di tengah malam dan siang, tujukanlah ketaatan pada zat yang mulia, pohon keampunan pada raja yang maha kuasa. 


Ketundukan - kena rasa kita tidak hebat, kita bergantung pada Allah, tiada benda yang kita tidak bergantung pada Allah. Hatta, kita nak makan nasi goreng adalah dengan izin Allah. Kita pula bila kita dah senang segar sihat tak de masaalah hidup kita rasa kita yang hebat


Mohon sungguh2 dengan Allah untuk betulkan hati - ada doa yang nabi saw ajar. Antara doa - Allahummaya muqalibalqulub - kena minta kerana manusia ini selalu berubah. Manusia kadang kadang ada keinginan nak buat baik tapi masa yang sama dia berbuat maksiat. Iman kita ini memang ada masa naik dan turun. Memang payah nak tetapkan hati dijalan Allah kerana ianya banyak berlawanan dengan perkara perkara yang seronok. Nak gantikan ngeteh dengan majlis ilmu memang payah kalau tak mintak dengan Allah secara bersungguh


Beristighafar- kena beramal dengan beristighfar. Paling2 tidak lazimi lidah kita dengan Istighfar. Istighfar paling hebat adalah kita selami perbuatan2 jahat maksiat kita dengan penuh penyesalan. Begitu juga, ketika kita berwirid lepas solat, lakukan dangan sungguh sungguh dan fahamilah maksudnya. Ini semua mendekatkan diri kita pada Allah. Kita seawal pagi diberi kan dua rakaat subuh, pertukaran malam ke siang, maghrib pula tiga rakaat, kerana nak pergi dari siang ke malam. Manusia ini lemah. Allah boleh angkat sesiapa yang Allah nak angkat, Allah juga boleh hina sesiapa yang Allah nak hina. 


Jumpa Esok untuk sambungan...


*AKHIR KALAM....*


Selamat berhari jumaat, moga ada lah kebaikan yang kita nak buat hari ini bagi membantu kehidupan di akhirat nanti. 


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S