PKP 180
*PKP180* - RENUNGAN PAGI AHAD: Sama sama kita perbaiki diri, perbaiki solat. Jadi orang yang berguna dan baik baik.
Assalamu’alaikum...
Yang dirahmati Allah semua sahabat sahabiah warga maya semua, didoakan semoga hanya keberkatan Allah untuk anda semua. Hiasilah hidup dengan senyum ceria yang mudah2an senyuman itu membentuk lubuk jiwa yang bahagia. Aaaminn..
Mudah2an juga dari situ jadilah insan yang berguna, dan tidak ada siapa pun tidak mahu jadi insan yang berguna. Nak jadi baik kita kena mulakan dengan solat. Sentiasa perbaiki solat kita. Teringat pula kisah hadis nabi saw, bagaimana Abu Hurairah ra bertanya nabi saw tentang orang yang solat tapi masih mencuri. Nabi saw terus menyuruh irang itu tetap solat kerana solat itu akan akhirnya lambat laun akan membuatkan orang itu berhenti mencuri. Dan pada masa yang sama perbaiki lah sifat dan roh solat itu sendiri.
Hayatilah rukun rukun solat bukan sekadar tahu. Hayati rasa hina diri, harap, malu, takut dan kagum kepada Allah dalam sujud kita. Teringat pesan Imam Ghazali bahawa jika solat tidak sipersembahkan dengan rasa rasa sebegitu, sama keadaanya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.
Nak jadi baik memang lambat perlu membinanya mengambil masa meruntuh sekelip mata tapi tetap kena bermula di mana. mana.
Bagaimana dengan yang tidak solat langsung? Kita kena ajak mereka solat. Inilah tugas kita berada dalam sesatu kumpulan masyarakat. Kita kena tunjukkan solat itu. Bukan kita hanya syok sendiri berulang pergi dan balik Masjid dan surau tanpa hirau kan orang lain. Jangan rasa kita sudah selamat hanya kerana kita ini ahli masjid. Jangan pandang sepi dan serong pada mereka yang berjuang secara peribadi cuba membimbing ahli ahli yang diluar sana. Berapa ramai dari kawan kawan kita yang tidak solat? Siapa penduli? Siapa lagi kalau bukan kita. Sesungguhnya kerja dakwah bukan terhad hanya pada ustad, tapi ianya untuk semua. Dan inilah antara sunnah nabi yang teragung.
Kita juga kena doakan, semoga perasaan ketidakberkehendakan mereka kepada Allah, dibuang jauh jauh dari lubuk hati mereka.
Moga hadir rasa pengharapan dan kebergantungan mereka pada Allah disuatu hari yang indah nanti.
Teruskan usaha murni ini..
*Akhir kalam..*
Awalnya saya bercadang untuk share nota Ustaz Bakhtiar Fitri tapi untuk pagi Ahad ini saya tangguhkan diulu. Biarlah kita sama sama santai. Dan saya ucapkan selamat mencari ilmu di mana mana majlis ilmu dan dimana mana masjid di hari cuti sebegini.
Malam tadi melawat anakda yang hafiz Quran di KUIS. Sibuk lagi dia dengan hobinya pada sukan bolasepak ( sebiji macam saya waktu remaja dulu, yang berbezanya, dia sudah ada 30 juzuk dalam dadanya). Suka dengar kesibukan dia belajar ulum Quran & Hadis, bahasa Arab dan English serta subject usrah ( kena buat nota dari ceramah ceramah ustaz pilihan, sama yang macam saya buat setiap kali saya dengar kuliah).
Sesampai dirumah, anak saya yang istimewa pula sedang sibuk menyediakan pakaian untuk frotnliner dibawah banner
PIIB = Persatuan Insan Istimewa Bangi.Tahniah Aina. Semoga Allah rahmati semua ahli ahli saya dan sahabat sahabiah sekalain.
In shaa Allah jumpa esok pagi dengan nota ustaz Bahktiar Fitri - mereka yang dilindungi dari malapetaka dan diangkat martabatnya oleh Allah swt.
See u...
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NcS*
#Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Comments
Post a Comment