PKP 182

 *Pkp182* - Sharing Is Caring.

“Di sebalik Surah Al baqarah” - oleh Ustaz Aiman. 


Assalamu’alaikum...


Bangun pagi pagi, renung takdir diri, risau tak bertepi, bila sedari

diri semakin bergelumbang dengan dosa. Walau sehebat mana beribadah, semuanya akan menjadikan kedudukan setara diakhirat nanti, ketika di hari hisab. Ketika itulah apa yang amat diharapkan adalah syafaat Nabi saw. Dek kerana itulah, kita jangan lupa selelu berselawat pada Nabi aaw dan sering letak kan usaha pada sunnah sunnah nabi saw supaya kita dikenali malaikat hingga tidak menahan kita dari bertemu Nabi saw di katika semua manusia merayau mencari Nabi untuk pelepas diri dihari perhitungan. Moganya  walau sehina mana kita sebagai pendosa, ada juga kemuliaan kita kerana kalimah Iman yang tersemat dijiwa dan usaha usaha tegakkan sunnah nabi saw. 


Ada sedikit rasa lega terasa dijiwa, bila tahu Sentiasa berpeluang untuk bermuhasabah dan bertaubat, tapi jangan hanya tahu bertaubat tapi ulangi lagi. Ya Allah ampunkan kami...


Pagi ini, saya nak share satu nota syarahan menarik oleh Ustaz Aiman dalam kuliah subuh pagi sabtu lalu. Nampak kuliahnya amat tersusun. Ustaz Aiman ni adalah anak kepada Ustaz Shafei. Dan nota ini saya kena pecahkan pada dua. Ianya berkenaan apa yang ada dalam surah Al Baqarah. Terimalah..


*Ustaz Aiman*

Di sebalik Surah Al baqarah


Yang berAmal dengan surah ini akan dapat banyak kebaikan, yang tinggalkanya pula akan menyesal dan surah al baqarah juga pendiding yang tidak dapt ditembusi  oleh mana mana ilmu sihir. 


(Sebalik nama surah)


Surah al fartinah ada di hadapan sekali ikut susunan AlQuran sekarang. Selepas itu diikuti pula, surah al baqarah, surah yang terpanjang. Di namakan Baqarah kerana ada kisah terperinci tentang lembu betina yang telah diarah oleh nabi musa as pada kaumnya suatu ketika untuk menyembelihnya. Tiada kisah ini dalam surah lain. Ada juga kisah kisah lain dalam surah ini tapi kenapa kisah ini dijadikan sandaran untuk dinamakan sebagai nama surah? 


Dalam surah ini paling banyak kisah kisah yang ada banyak ilmu dan iktibar, Allah masukkan ibrah dalam cerita. Tiada arahan secara arahan dari Allah tetapi kena baca, faham dan ambil ibrah dari kisah kisah. surah ini juga dinamakan sebagai azzahra wayyin. Surah yang indah. 


Ada empat kisah paling utama dalam al baqarah. Tiga darinya adalah kisah yang telah jadi sejarah. Satu darinya yakni yang terakhir adalah cerita bermula sejarah dan masih berterusan dan akan berlaku hingga kiamat. 


Tiga yang pertama adalah: 


•Kisah nabi Adam as. Bermula dengan ayat 30 -31. Khalifah yang dimaksud kan adalah Adam yang di ajar tentang perkara perkara di bumi. Kisah nabi Adam As ada dalam Sepuluh ayat


•Kisah umat besar dari Adam as iaitu Bani Israel. Bermula ayat 40. Hingga ayat 123. Allah ingatkan nikmat untuk mereka. Ini kisah yang panjang. Dari nabi yaakob, nabi yusuf, nabi musa, hingga nabi Daud. 


•Kisah Nabi Ibrahim dan zuriat nya. Bermula ayat 124 hingga ayat 142. Kisah nabi ismail sekali pun ada. 


Kisah kisah ini semunya sejarah dan ianya disusun seperti itu walaupun  bani israel hidup selepas nabi ibrahim. Kenapa Allah terbalikkan susunan ini? 

Bila kita sampai ke bahagian akhir surah ini, baru ada kisah ke empat.


•kisah umat akhir zaman, umat nabi Muhammad saw. Bermula ayat 142 hingga 286. 


Beza antara tiga kisah yang pertama dengan yang ke 4 adalah Allah cerita kan tentang kisah dan ibrah. Tapi dalam kisah ke 4, ianya kisah tentang akan pensyariatan Islam. 


Kenapa Allah terbalikkan susunan kisah kisah dalam surah? Kita jumpa esok pagi pula untuk itu...


*Akhir kalam..*


Syurga itu milik Allah. Neraka juga milik Allah. Dia lebih tahu siapa yang layak memasukinya. Kita tidak berhak menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka. Jadi jangan kita berlagak seperti Tuhan, sesuka hati menghukum dan melabel manusia lain.


 Terakhir saya berpesan kepada diri sendiri, jangan sibuk fikirkan kekurangan orang lain, sebalik nya fikirkan apakah kebaikan yang perlu dan boleh kita buat. Perbanyakkanlah ibadah dan juga sedekah, sampaikan lah dakwah, tuntutlah ilmu setinggi mungkin, jagalah adab sopan… itu semua berada dalam kawalan kita, yang mampu kita lakukan.


..jadilah pendakwah bukan penghukum.


Selamat meneruskan kehidupan


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S