PKP 183
*Pkp183* - SELAMAT HARI MALAYSIA. “Pemimpin itu dari kalangan Quraish”
Assalamu’alaikum..
Salam Malaysia Buat semua rakyat Malaysia sempena hari Malaysia hari ini.
Sedar tak sedar sudanpun lebih 50 tahun saya berpijak dibumi Tanah Melayu ini. Yang pernah sebentar saya tinggalkan tanah ini adalah dari 1990 - 1993, seketika diizinkanNya untuk berkelaa di bumi Amerika demi segugus ilmu yang kini jadi sandaran untuk saya hidup di alam yang akan musnah ini. Sudah pasti ilmu dunia ini saya kena adunkan menjadi ilmu yang akan membawa kebaikan pada saya dunia dan akhirat. Mudah mudah2an, baki hidup saya ini akan saya habiskan di sini dan in syaa Allah di bumi tanah Melayu ini lah saya akan juga dikubur kan.
Kenapa Malaysia adalah Tanah Melayu. Dalam satu pencarian saya mengenai asal usul perkataan Malaysia saya bertemu dengan satu “derivation”.
*Asal Usul Nama MALAYSIA*
“Nama tanahair kita: MALAYSIA bukanlah istilah dari kosa kata bahasa Melayu. Ia adalah cantuman dua istilah MALAY dan SIA. MALAY adalah dari bahasa Inggeris yang bermakna orang Melayu. Manakala SIA adalah dari bahasa Latin yang bermakna Tanah” - Dr Muhaimin Bin Sulam, AKU MELAYU DI KOTA INGGERIS , 11 Jan 2012.
Atas sebab itulah kita kena pula berpegang pada hadis nabi saw tentang tata cara pemilihan pemimpin di sini. Dan ianya berdasarkan pada satu hadis -
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ..
“Pemimpin itu dari kalangan Quraish” (Riwayat Ahmad)
Bukan nak kena “import” pak Arab dari Mekah untuk jadi pemimpin kita disini tapi maksud Quraish itu adalah yang dominan dan paling berpengaruh. Begitu juga, bila Turki dominan, Turki menguasai Uthmaniyah. Oleh kerana kita di Malaysia orang Melayu yang dominan, maka Melayu kena juga nak tak nak menguasai politik. Inilah iktibar diambll dari Piagam Madinah tentang hubungan orang Islam dengan kaum lain.
Piagam Madinah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada 622 masihi bersamaan tahun pertama Hijrah, dan inilah satu perlembagaan bertulis pertama di dunia. Ia ada 47 fasal dengan 23 darinya membicarakan hubungan antara umat Islam sesama mereka ketika itu adalah Ansar dan Muhajirin, selebihnya hubungan umat Islam dengan bukan Islam (Ketika itu Yahudi).
Moga kita tak biarkan negara kita sekali lagi dijajah oleh mana mana bangsa lain. Ini bukanlah nak rasist tapi kenyataan. Dan untuk memimpin perjalanan pentadbiran bangsa yang dominan dan berpengaruh ini, kita sudah ada Islam - “ WAY OF LIFE” - sebagai asasnya yang sudah pun digunapakai sejak daripada zaman pemerintahan Parameswara lagi.
Untuk pagi ini saya tidak sambung nota kuliah Ustaz Aiman tapi sempena hari ini adalah hari ulangtahun ke 57 tahun tertubuhnya satu negara bernama Malaysia, saya nak share satu pendapat untuk renungan bersama:
“Menurut Ibnu Hajar alHaitami, adalah harus mengangkat orang bukan Muslim untuk jawatan jika adanya maslahah padanya, dan jika jawatan itu tidak mampu dipikul mana mana orang Islam, atau orang Islam ada sifat khianat dan yang bukan Islam tidak pula bersifat begitu. Namun, pihak yang mengangkatnya ke jawatan itu perlu mengawal selia (muraqabah) dan mampu mencegahnya dari melakukan kemudaratan kepada orang Islam” - Tuhfah alMuhtaj ma’a Hashiyah al Syarwini, 9/73.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN MALAYSIA KE 57...
*Akhir kalam..*
Semasa zaman kolonial, tanah Melayu ini dikenali sebagai Tanah Melayu - meliputi dari sebahagian kecil selatan Siam hinggalah ke selatan Filifina.
Inggeris tukar nama Tanah Melayu kepada Malaya. Mungkin kesukaran untuk menyebut kata Melayu. Nama itu kekal semasa Merdeka dan sehingga lah pada pembentukan Malaysia pada 1963. Pemilihan nama Malaysia bermotifkan Tanah Melayu kini (selepas 1963) bukan sahaja dilihat sebagai tanah Orang Melayu tetapi lebih pad tanah orang yang bersetuju membentuk sebuah negara baru, termasuklah orang Asli, orang Melayu (yang dianggap sebagai sebagai pribumi), orang Cina dan India (pendatang yang diterima sebagai warganegara). Bagi sesetengah pihak, nama Malaysia dilihat bahawa tanah atau negara ini bukan milik orang Melayu semata mata. Meskipun sesetengah ada pihak yang juga menekankan bahawa tanah atau negara ini adalah milik orang Melayu. Hakikatnya kita sendiri yang perlu memahami dan bertindak berteraskan Islam.
Selamat meneruskan hidup dan
SELAMAT HARI MALAYSIA..
Maafkan saya jika ada salah dalam berkongsi maklumat hari ini...
Wallahu’alam
Wassalam..
Dari, *Ir Hj NCS*
Comments
Post a Comment