PKP 184

 *PKP184* Part II - DI SEBALIK AL BAQARAH - Ustaz Aiman.


Assalamu’alaikum..


Sama sama kita “hentak” minda dengan perkara basic : HARAP HANYA PADA DIA, seawal pagi ini, semoga kita tidak akan lupa. 

Sandarkan perjalanan hidup kita hanya berharap pada Allah swt semata mata. Bukan mudah bagai dikata, kerana kita selalu merasa kita yang hebat dalam merencana. Kita tahu yang menentukan bukan kita tapi DIA, tapi disebab tidak melazimi diri mengharapkan pada Nya; maka, kita terjebak dengan situasi ini. 


وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ


“Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap” (Al Insyiraah 8) 


Hidup ini tidak lepas dari cubaan dan ujian, bahkan cubaan dan ujian ialah satu sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan sesuatu yang tidak disukainya atau dengan yang menyenangkannya. Sering di sebut dibaca dan di sebut - 

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ 


Surat Al Anbiya ayat 35: “Tiap tiap yang berjiwa akan merasa kan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenar benarnya. Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.”


Maka, carilah satu “character” seperti yang disaran dalam al Quran terutama dalam surah al baqarah. Semoga kita termasuk dalam kategori yang selalu berharap pada Allah. Bersama pagi yang mulia, saya sertakan nota bahagian Dua dari apa yang sempat saya catatkan ketika kuliah Ustaz Aiman. 


*Ustaz Aiman* part 2

- Di sebalik Al Baqarah


Ada empat kisah paling utama dalam al baqarah. Tiga darinya adalah kisah yang telah jadi sejarah. Satu darinya adalah cerita bermula sejarah dan masih berterusan dan akan berlaku hingga kiamat. 


Tiga yang pertama adalah: 


1. Kisah nabi Adam as. Bermula dengan ayat 30 -31.


2. Kisah umat besar dari Adam as iaitu Bani Israel. Bermula ayat 40. Hingga ayat 123.


3. Kisah Nabi Ibrahim dan zuriat nya. Bermula ayat 124 hingga ayat 142.


Kisah kisah ini semunya sejarah dan ianya disusun seperti itu walaupun bani israel hidup selepas nabi ibrahim. Kenapa Allah terbalikkan susunan ini? 

Bila kita sampai ke bahagian akhir surah ini, baru ada kisah ke empat.


4. kisah umat akhir zaman, umat nabi Muhammad saw. Bermula ayat 142 hingga 286. 


Beza antara tiga kisah yang pertama dengan yang ke 4 adalah Allah cerita kan tentang kisah dan ibrah. Tapi dalam kisah ke 4, ianya adalah kisah tentang pensyariaran islam. 


*Kenapa Allah terbalikkan susunan?* Susunannya selang seli. Kisah pertama, nabi Adam as, kisah seorang individu. Kisah kedua, adalah kisah kumpulan umat yang besar. Kisah ketiga, nabi ibrahim as seorang manusia juga. Dan yang keempat pula, ia berkisah, umat besar, yakni umat islam.


Jika dibandingkan dari empat kisah ini, semuanya ada ibrah dan pengajaran. Ibrah Kisah nabi adam as, yang mulia dan digoda iblis hingga terkeluar dari syurga. Ibrahnya, nabi Adam as seorang manusia yang jadi pemimpin yang ada buat salah tapi dia segera perbaiki akan kesalahan dengan bertaubat. Dan ibrah kisah bani israel pula, Allah nak cerita bani israel ni, satu umat yang Allah beri tanggungjawab kepimpinan pada mereka untuk jadi umat contoh ketika itu. Tapi kerana Allah lebihkan mereka, bani israel merasakan mereka umat terbaik dan lebih baik dari semua bangsa lain. Akhirnya, mereka buat satu kesalahan selepas kesalahan dan mereka tidak bertaubat dan tidak cuba perbaiki walaupun ditegur oleh Nabi Musa. Ibrah kisah nabi ibrahim as pula, “ Dan ingatlah ketika Allah uji ibrahim dengan ujian ujian besar”, ujian nabi ibrahim bukan calang calang. Antara nya dia dibuang oleh keluarga dan ayahnya kerana sampaikan dakwah Allah. Ujian ini hebat kerana ujian untuk nabi ibrahim adalah dengan keluarga dan umat yang telah menghalau 

nya. Ujian terhebat ialah bila dia diarahkan tinggalkan anak di lembah kering dan bila jumpa sekali sekala di arah sembelih pula. Nabi ibrahim diuji dengan ujian keluarga tapi dia mampu laksanakan dengan sempurna 100% taat pada Allah. Nabi ibrahim adalah pemimpin yang cemerlang yang tidak buat salah dan hanya taat pada Allah. Kisah yang terakhir yang keempat, kisah umat islam. Ianya untuk kita sebagai umat islam kena jadi yang terbaik dan taat pada Allah kerana kita sudah ada tiga kisah contoh yang Allah telah cerita kan sebelumnya. Sudah tentulah kita nak “follow foot step” nabi ibrahim yang telah sempurnakan tugas dan ketaatannya pada Allah. 


*Akhir kalam..*


Kini kita faham, Allah terbalikkan kisah nabi ibrahim dekat dengan kita kerana Allah nak kita contohi nabi ibrahim dan sempadani lah bani israel. Bukan semua mampu buat macam nabi ibrahim tapi jangan jadi macam bani israel, paling tidak jadilah macam nabi adam buat salah balik ke jalan Allah dan segera lah bertaubat. 


In shaa Allah ada pentunjuk untuk kita ikut pagi ini, mohon lah yang terbaik dari Allah, selepas berusaha menjadi yang teebaek.


Selamat meneruskan kehidupan. 


Jumpa esok, ciri ciri ahli syurga dalam lima ayat petama surah al baqarah. Ayat sering kita baca dalam tahlil kita..


Wallahu’alam 

Wassalam


Serba kurang, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S