PKP 185

 *PKP185* - DISEBALIK AL BAQARAH BY USTAZ AIMAN MOHD SHAFEI.  Juga Disebalik terbit dan terbenamnya sang Matahari....


ASSALAMMUALAIKUM ...

Salam jumaat...


Seketika mentari berlabuh diufuk barat di senja khamis nan merah semalam, disebalik satu ketenangan keindahan alam ciptaan Ilahi yang memang tiada bandingan itu, ada terkandung satu kelebihan yang terserlah di sisi Allah yang ramai tahu tetapi tidak ramai mahu mengerah..


Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan akan permintannya.” ( Muslim)


Semoga kita pakat sama sama merebut ganjaran kelebihan yang ditawarkan pada hari jumaat yang mulia ini.


Selaku motivasi pagi, ingatlah: 


Hari demi hari bumi ini terus berputar. Kejadian siang dan malam silih berganti. Namun setiap kali mentari terbit dan terbenam akan memberikan suasana alam yang berbeza beza, Tidak akan ada satu saat, ketika dan hari pun yang akan sama keadaannya. Sungguh menakjubkan!


Setiap kali pagi menjelang setiap kali senja berlabuh. Ia saat yang mengujakan. Suasana berbeza dan mempersona. Pagi mentari muncul perlahan lahan dan sore nya ia menghilang. Ini bagaikan memberi keinsafan, sesungguh nya tiada apa yang akan kekal di dunia ini.


Untuk seketika mentari belum muncul di ufuk timur ini, saya nak share apa yang saya tulis dari kuliah ustaz Aiman, dan ini adalah bahagian akhir..


*Ustaz Aiman: Bahagian Akhir*

Di sebalik Al Baqarah.


Kini kita faham, kenapa Allah terbalikkan kisah nabi ibrahim lebih dekat dengan kita (unat akhir zaman) dalam surah al baqarah, kerana Allah nak kita contohi nabi ibrahim as dan sempadani sifat sifat Bani israel. Bukan semua antara kita mampu berbuat seperti Nabi ibrahim tapi jangan tiru perangai macam bani israel, dan paling tidak jadilah seperti Nabi Adam as: terbuat salah balik, tapi segera kembali ke jalan Allah dan bersegera  bertaubat. 


Bila Allah nak galakkan kita ikut nabi ibrahim, apa yang Allah nak sampaikan agama kita sehingga kini adalah agama nabi ibrahim. Islam adaah agama nabi ibrahim. Dan ianya disambung pula oleh nabi muhammad saw cucu nabi ibrahim dari keturunan Ismail as. 


Dalam Lima ayat pertama surah Al Baqarah, ada disebut akan ciri ciri golongan akan mendapat anugerah syurga:


•Ayat 3 - orang yang beriman pada perkara ghaib (rukun iman)

•mendirikan solat

•menjaga hubungan dengan manusia dengan menginfak & berkongsi harta yang dimiliki

•beriman dengan apa yang Allah turunkan pada nabi Al quran dan dengan ktab Allah yang lain.

•Mereka yang yakin dengan kebangkitan hari akhirat. Yakin akan di timbangi nanti hingga dia seimbangi hidup didunia untuk keduanya dunia dan akhirat. 


Dalam ayat awal Allah bagi Gelaran pujian pertama pada yang berjaya - muttaqin dan beroleh kejayaan dan dapat masuk syurga Allah


Barang siapa mampu melaksana kan lima ciri pertama seperti yang ada dalam AlBaqarah ini, maka ciri ciri lain akan mudah untuk dilaksanakan oleh nya hingga akhirnya membawa dirinya ke syurga. 


Setiap kesilapan kena perbaiki dan bertaubatlah untuk tidak ulanginya. Jangan jadi seperti bani iseael yang akhirnya lupa diri. 


Apa yang baik itu dari Allah..


*Akhir kalam...*


Allah SWT ciptakan alam ini penuh kesempurnaan namun tidak terbayang akan keindahan di Syurga yang pastinya lebih berganda ganda indahnya. Ingat lah yang ini...


Apa apa pun, esok mentari akan terbit dan akan menjelma lagi. Persoalannya, sudahkah kita  bersedia? Jika hari ini mentari terbenam di ufuk barat dan mungkin esok ia terbit di ufuk barat juga. Di saat itu tiada apa yang dapat dilakukan. Semua sudah terlambat! Jangan sia siakan hari ini, kerana esok belum tentu ada. Kita harus bersedia dengan bekalan setiap masa dan ketika...


Selamat melata di bumi Allah..

Bertebarlah mencari redhaNya.


Wallahu’alam 

Wassalam..


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S