PKP 187

 *Pkp187* - Al Anbiya ayat 90. 

Ustaz Ahmad Yahya. Pt 1. 


Assalamu’alaikum..

Salam sejahtera.. seawal pagi sebuah hari yang bakal di tempuh penuh ujian. 


Tahniah !! mereka yang bangun awal pagi kerana berjaya meraih rahmat ALLAH SWT selepas peruntukan masa bersama Sang Pencipta dan “bercerita”  segala masalah, rayuan dan rintihan. Itu lah penyerahan hakiki kita. 


Mintaklah apa saja, tapi cuma jika minta dengan Allah apa yang kita nak, tukar ia menjadi minta apa yang Allah tetapkan terbaik buat kita , dan ia bukan menurut kehendak hati (nafsu).


Ingatlah : “‘Rezeki Itu Bukan Bermakna Kita Dapat Apa Yang Kita Nak, Tapi la Apabila kita Menerima Apa Yang Tuhan Beri’


Sesungguhnya kita hanya akan merasa bahagia kalau kita terima dengan seikhlas hati apa yang Allah beri. Sandarkanlah hatimu hanya kepada Allah.


Untuk pagi ini, saya share nota kuliah dari Ustaz Ahmad Yahya.


*Ustaz Ahmad Yahya*

*Al anbiya ayat 90*


‎فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ



“ Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa pada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang2 yang khusyu' pada kami”


#Ayat diatas cerita sifat nabi tentang: 

•Bersegera dalam buat kebaikan

•Berdoa dengan khusu ( harap dan takut pada Allah)


Para anbiya adalah golongan yang sentiasa bersegera lakukan kebaikan. Lihat pada kisah nabi Adam as, antara perintah awal Allah adalah sebut nama nama benda ( ulamak tafsir: bahasa seluruh dunia, nama nama benda (dlm tafsir jawi  - sebut benda kita gunakan seharian). Sebelum nabi adam sebut, Allah menyuruh malaikat sebut tapi malaikat tak boleh. Tetapi bila  diperintah, adam segera sebut. Ini bukti nabi adam bersegera lakukan khairat sebaik di suruh Allah.


Rentetan dari kisah itu, Allah datangkan kisah Malaikat. Allah jadikan malaikat untuk bawa risalah, seperti jibrail. Maka, bila Allah suruh semua sujud pada adam semua sujud.


Nabi Adam as diberi larangan ketika dalam syurga. Tapi iblis telah goda adam dan hawa sehingga mereka terkeluar dari syurga. Dan mereka sedar lalu segera bertaubat


Bersegera dengan perkara yang terkait dengan ilmu. Perbuatan sujud oleh malaikat, ini berkait dengan amalan, tidak tangguh. Soal bertaubat, walau dicelah ilmu, Manusia buat silap dan dosa maka segera bertaubat. 


*akhir kalam.*


Haraplah hanya pada Allah, kembalilah kepada Allah. Dia lah tempat segala. Dan usahakan untuk ikut peribadi Nabi saw, berbuat baik antaranya. 


Semoga Allah terima..

Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S