PKP 188
*Pkp188* - Sambungan Nota Ustaz Ahmad Yahya. Part 2. Berlumba2 buat kebaikan
Assalamu’alaikum..
Selamat berpagi pagi bersiap sedia untuk menjalankan satu tugas dalam hidup. Ianya tidak kisah siapa kita, tapi selagi kita muslim, kita kena yakin semua yang kita akan buat hari ini, akan di hitung dan dibalas. Sekurang kurangnya ada usaha untuk kita berbuat sesuatu mengikut akan kemahuan Nya bukan ikut sedap nafsu dan hajat kita saja.
Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan dan akan membalasnya
- Fussilat, Ayat 40
Pesanan khas untuk diri sendiri. Untuk terus berada di jalan Allah, kita tidak akan mampu berjuang secara berseorangan. Kita perlu kan masyarakat yang juga nak kepada islam sebagai way of life.
Kerana itu berada di suasana Ialam amat penting untuk kekal kan tauhid ke tahap maksimum.
Alhamdulillah, semalam sempat ke Malakat Mall buat kali yang pertama. Tempatnya tak besar tapi cukup jadi medium untuk pratikkan islam dimana mana.
Hujan diluar petang semalam mencurah curah, hinggakan kami terpaksa bermaghrib di Malakat Mall. Alhamdulillah, ia seperti di masjid bila ruang utama Mall digunakan untuk solat dan majlis ta’lim. Semoga Allah merahmati mereka yang berusaha tegakkan islam as a way of life walau dimana sekali pun.
In shaa Allah pagi ini kita sambung nota yang sempat aaya “jot” ketika kuliah ustaz Ahmad Yahya minggu lepas.
*Part 2* - Al Anbiya ayat 90
Rentetan dari kisah nabi Adam, Allah datangkan kisah Malaikat. Allah jadikan malaikat untuk bawa risalah, Jibrail. Maka, bila Allah suruh semua sujud pada adam, semua sujud kecuali iblis.
Bersegera dengan perkara yang terkait dengan ilmu. Perbuatan sujud oleh malaikat, ini berkait dengan amalan, tidak tangguh. Soal bertaubat, walau dicelah celah ilmu, manusia tetap akan buat silap tapi atas itu dosa maka bersegeralah bertaubat.
Baca lah sejarah seluruh nabi dan rasul, mereka bersegera melakukan kebaikan.
Nabi saw, “ tidak di izinkan untuk hasad (tidak senang nikmat orang lain) kecuali dengan dua perkara - melihat seseorang dikurniakan harta ( dan dah gunakan harta untuk kebaiikan dan dilaksanakan pada perkara kebenaran Spt zakat) , melihat seseorang Allah anugerah ilmu (belajar, sampaikan dan juga beramal)
Hasad dibenarkan untuk jadi spt mereka malah nak lebih lagi. Isyarat hadis ini ada dua yang kita tuntut bersegera cari harta dan ilmu. Sebab itu ada ayat surah jumaat, arahkan kita bertebar diatas bumi selepas solat untuk mencari rezeki dan ilmu Allah.
Orang orang kampung yang dah tua masih berkerja ada kerana ada antaranya berfikrah, mereka masih ingin bekerja kerana ingin keluarkan zakat. Inilah fikrah hebat. Mereka ini kita boleh hasad dengan niat untuk buat baik sptnya.
Nabi saw telah tunjukkan bagaimana segeranya baginda menunaikan hak harta. Suatu hari, Kebetulan selesai nabi jadi imam, seusai solat nabi bersegera keluar bawa bungkusan membawa harta sedekah yang belum diagihkan kepada yang memerlukan. Ini adalah salah satu kisah nabi segera lakukan kebaikan. Kisah ini menyebabkan ada soalan apakah nabi tak khusu’ dalam solat kerana teringat tentang nak derma harta. Para Ulamak buat kesimpulan, tidak rosak solat mereka yang teringat pada perkara buat baik ketika dalam solat. Inilah galakan untuk bersegera melakukan kebaikan. Inilah antara contoh anbiya” bersegara dalam lakukkan kebaikan malah berlumba2.
Sambung esok..
*Akhir kalam..*
Dalam usaha berlumbalumba melakukan kebaikan, jangan pula ada yang menyekat orang lain melakukan kebaikan.
Kita dilarang meremeh-remehkan amal kebaikan yang mungkin pada mata kasar kita amalan itu kecil.
“Janganlah meremehkan kebaikan walaupun hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan itu adalah sebahagian dari kebajikan.” - Hadis Riwayat Abu Dawud.
Pujuklah diri untuk melakukan kebaikan kepada diri sendiri serta orang lain. Setiap hari dari bangun tidur sehingga kembali semula ke tempat tidur, banyak pejuang melakukan kebaikan.
Wallahu’alam
Wassalam
Dari. *NCS*
Comments
Post a Comment