PKP 190

 *Pkp190* - Seimbang Antara Materialistik dan Kerohanian. 

Dan Bahagian Akhir Al anbiya ayat 90z


Assalamu’alaikum...


Sejenak termenung pagi pagi begini, bila terasa Allah semakin sibukkkan kita dengan urusan dunia. Terutama dalam bab solat berjemaah di rumahNya. Hari yang sebelum semalam, hanya sempat berjemaah subuh di runahNya, selebihnya berjemaah bersama rakan sepermusafiran ketika di PD. Semalam pula, hanya dapat subuh dan isya’ sahaja. Majlis ilmu pula yang terakhir adalah malam isnin hari Ahad bersama dalam majlid ta’lim Imam Malakat Mall. Solat malam, ronggak sedikit pada dinihari selasa, agak kepenatan selepas perjalanan di PD. Solat sunat yang lain pun ada yang dah mula ronggak. Zikir dan istighfar semakin kurang. Inilah yang hendak di renungkan sebelum kita tetap senang tapi kurang ibadah padaNya. Kurang ini semua adalah kehendakNya juga, jadi kenalah cari jalan untuk seimbangkan semua semula antara dosa dan pahala. Kena kurangkan maksiat, walaupun kita ini tidak lepas dari berdosa. Kena menyesali setiap dosa disa yang kita sedar, kena bertaubat denganNya setiap dosa yang kita tidak sedari. Bukan senang tapi kena! Demi untuk sebuah kehidupan yang lebih baik selepas kematian dan selepas dibangkitkan. Terjumpa satu ayat dalam Bayan Linnas di ruang seimbangkan materialistik dan kerohanian.: 


رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ


“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik balik hati dan pandangan.” (al-Nur: 37)


Untuk kita renungkan bersama seawal pagi ini. 


Selebihnya pagi ini, kita hayati nota bahagian akhir yang sempat saya ambil dari kuliah ustaz Ahmad Yahya. 


*Ustaz Ahmad Yahya*

*Al anbiya ayat 90*

Bahagian Akhir


‎فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ



Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada kami”


Dalam Ayat 127 pula, ada doa nabi ibrahim - sejarah hebat nabi ibrahim diarah bina kaabah, dan letak anak dan isteri di lembah kering yang ada hanya asas binaan ( yang telah ditimbus pasir yang ditiup angin dan terbentanglah asas untuk dibangunkan oleh ibrahim dan ismail). Selesai dirikan kaabah mereka tetap berdoa - ya Allah terimalah dari kami. 


Seorang ahli tasauf, tika ulas ayat 127, dia menangis kerana ia cerita sejarah hebat. Katanya, Wahai kekasih Allah , kamu telah meninggikan binaan kaabah ini, sampai hari ini jadi qiblat seperti  yang diperintahkan Allah, tapi kebimbangan Ibrahim dan Ismail  sehingga tetap berdoa kerana risau Allah tidak terima amalan mereka. Subhanallah! 


Kerja kerja nabi ibrahim ini adalah kerja khairat yang terbaik. Tapi masih tetap doa minta Allah terima. Maka, bayangn segala kerja kebaikan kita buat Allah tak terima. Maka kita kena tetap memminta ditterima dengan berdoa mohon Allah terima.


Tiap tiap nabi ada doa doa tertentu dan masing masing. Nabi ayub - doa nabi ayub ketika di uji sakit. Nabi ayub berdoa merayu merintih - anni wassani dhurru - sesungguhnya ya Allah aku telah terkena sakit, engkau lah ya Allah  sebaik sebaik penyembuh. Ini adalah satu lagi gambaran nabi ayub yang telah 

Berserah hanya pada Allah. 


Adab adab doa, waktu baca alfatihan, pengisian doa yang terbaik. Disebalik fatihah, ada adab dan petunjuk untuk kita berdoa. Dalam fatihah juga, kita minta inayah petunjuk dari Allah. 


Baca fatihah dalam solat, masa minta sorang sorang kena minta secara berjemaah kerana dosa kita sebab itu kita kena mintak juga sahabat sahabat lain yang mungkin lebih akrab dengan Allah. Kalau kalangan kita carilan 40 orang kerana mungkin dalam 40 itu ada yang wali Allah. 


Mintak kpd Allah dalam keadaan benar benar yakin pada Allah. Yakin itu akan datang bila kita rasa takut Allah tak terima dan bila kita harap hanya Allah yang menjadikan semua. Nabi saw - Allah tidak akan mustajab doa dalam keadaan hati kamu yang alpa. Jagalah hati kita ketika kita berdoa.


Maka berlatihlah dengan sifat sifat para anbiya kerana kita tidak mampu untuk jadi seperrti anbiya 


Wallahu’alam 


*akhir kalam..*


Carilah kehidupan akhirat dan di samping sama sama mengambil bahagian keduniaan.



وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا


Maksudnya: “Dan carilah pada apa yang Telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi”

(al qasas 77)


Wallahu’alam 

Wassalam


*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S