PKP 192
*Pkp 192*- Sempena Hari Jumaat Hari yang akan berlakunya Kiamat.
Assalamu’alaikum..
Yang dikasihi Allah, Sahabat sahabiah alam maya, di doakan semuanya ada dalam lindungan Allah selalu semua hendaknya di pagi jumaat yang mulia ini.
Ramai juga dari kita tidak endah kan soal perlindunga dari Allah. Kerana ada yang tahu tapi tidak sedar keselamatan kita dalam apa hal pun adalah datangnya dari Allah. Ini semua bergantung pada kelaziman cara berfikir. Ini lah tahap iman yang akan buat kita berbeza.
Sempena hari jumaat yang mana hari ini akan berlakunya kiamat, sama sama kita sedarkan diri kita akan tiba satu saat yang kita tidak dapat tidak akan perlukan perlindungan Allah. Ketika itu semuanya di luar kawalan kita.
Pagi ini saya rehat dari share nota kuliah, malam tadi seusai maghrib di Surau Al Amin kami semua ber”kahfi” sempena malam jumaat. Barakallahufikum
Untuk pagi ini, suka saya ingat kan tentang Peristiwa kiamat ini ada digambarkan dalam Alquran antaranya surah al Qiyaamah :
"Maka apabila mata terbelalak ketakutan. Dan bulan pun telah hilang cahayanya. Lalu matahari dan bulan dikumpul kan. Pada hari itu, manusia berkata, 'ke mana tempat berlari'. Tidak. Tidak ada tempat berlindung. Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu." ( 7-12).
Semua tahu akan ada tujuh golongan yang akan diberi perllindungan oleh Allah di hari ketika tiada perlindungan selain dari perlindunganNya. Suka untuk saya ulangi disini sebagai Motivasi untuk kita bentuk hidup kita seawal pagi begini. Cubalah jadi seperi mereka mereka yang ini, Pemimpin yang adil, Pemuda pemudi yang rajin beribadah pada Allah, Seorang yang hati nya bergantung ke masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak maksiat oleh seorang perempuan kaya dan cantik tetapi ia menolak dan berkata, “aku takut pada Allah”,
Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi sembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan, dan yang terakhir jadilah,
Seseorang yang berzikir kepada Allah dalam kesunyian sehingga menitiskan air mata.
Sebagai seorang hamba yang masih dipinjamkan hayat di dunia ini, sama sama kita ambil ikhtibar dan hikmah daripada janji Allah di atas yang ada disebut dalam hadis nabi yang
diriwayatkan Bukhari Muslim. Di harapkan semoga kita termasuk dan menjadi salah seorang dari tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat kelak. Ketika itu tiada siapa pun dapat menafikannya.
Hanya naungan Allah sahaja yang kita dambakan dan boleh selamatkan diri kita daripada kepedihan hari pembalasan.
Aamiiin Yaa Robbil Alamiiin!
*Akhir kalam..*
Sedarlah sewaktu hidup didunia ini lagi kita perlukan lindungan dari Allah, jangan sombong !
Untuk itu pagi ini sebelum keluar dari rumah memulakan apa saja urusan, kita latih belajar untuk mohon pada Allan moga akan terhindar dari tipu daya dunia, baik itu ditimbulkan manusia atau syaitan. Jangan lupa selalu membaca kalimat ini ketika kita keluar rumah:
BISMILLAAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Dengan nama Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan dengan pertolongan Allah...
Didiklah diri kita untuk selalu mengamalkannya ketika keluar dari rumah. Semoga Allah swt menghindarkan diri dan keluarga kita dari segala keburukan dan selalu dimudahkan urusan kita. Amiin...
Selamat melata dan bertebaran di bumi Allah..
Wallahu’alam
Wassalam.
*ncs*
Comments
Post a Comment