PKP 193

 *Pkp193* - Nota Pagi dari Ustaz Abdullah Isa. 


Assalamu’alaikum..


Entah bila lah hendak berhenti dari segala keadaan yang berdosa sebegini. Setiap hari memohon maaf setiap hari berbuat salah. Semoga kita dalam rahmat Allah selalu.


Pesan memesan sesama kita jadikanlah amalan. Tahniah pada yang subuh berjemaah. Moga akan terus kekal berjemaah dalam solat yang ada pada hari ini yang mendatang. Mohon Allah hadirkan Istiqamah buat kita semua...


Untuk pagi ini, saya nak sertekan satu sebahagian nota dari Ustaz Abdullah isa, moga ada akan mnanafaatnya.


*Ustaz Abdullah Isa*


Kenapa keutamaan mak ada tiga? Kerana dia Mengandung kan, melahirkan dan juga telah menyusukan. 


Tidak ada pahala yang lebih besar dari berbakti pada Mak Ayah. Inilah perkara kedua selepas jangan persekutukan Allah. Inilah pesan Nabi saw. 


Perhatikan diri kita, banyakkah kita luang akan masa kita dengan mak. Dengan kawan kawan anytime, tapi dengan makayah selalu bizi dan no time. Tiada galang yang boleh ganti mak dan ayah nih..


Pesan nabi saw juga: jagalah ahli ahli keluarga dan anak yatim - anak anak yang tiada mak atau ayah. Kata nabi saw - aku dengan orang yang menjaga anak yatim seperti ini, (nabi tunjuk dua jari). Ertinya rapat. Kata nabi juga, Allah makbulkan doa mereka yang menjaga anak yatim. Ada ulamak meletakkan kadarnya adalah 1:10. 


Juga buat baik kepada orang orang miskin (masakin). Orang memberi hutang lebih besar pahalanya dari yang bersedekah. Kerana Orang yang nak berhutang ini menang berhajat sungguh. 


Berbuat baik kepada jiran sebelah rumah dan ahli keluarga, ini ertinya jiran yang dekat dengan kita dan juga ahli keluarga kita. Begitu juga dengan jiran yang jauh dan bukan ahli.


Kisah seorang zaman bani israel yang dihisab dan dia tiada langsung pahala kebaikan dan kebaikan kecuali dia orang yang agak berada, sifatnya bergaul dengan orang ramai, dan selalu mintak tolong pembantunya untuk tolong orang susah. Lalu, Allah katakan pada malaikat - “kita yang sepatutnya lebih patut untuk bantu orang susah, maka maafkan salahnya dan bebaskan dia dari neraka dan masukkan dia ke dalam syurga”


Nabi saw - berbuat baik dengan musafir dan ibnu sabil yang putus modal. Anak anak yang nak keluar belajar


Berbuat baik juga dengan orang bawahan kamu...


*Akhir kalam..*


Firman Allah SWT: “Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.”

 (Al Anbiya’: 1)


Indeed, kelangsungan hidup kita memerlukan manusia melakukan perancangan kerana sepanjang perjalanan itu, sudah pasti ada onak duri yang perlu ditempuhi.


Apa yang dibuat di dunia ini dihitung Allah swt di akhirat kelak. Kita perlu menetapkan hala tuju dan memastikan apa dilakukan diredai Allah. 


Moga bermanafaat..


Salam dari/ *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S