PKP 194

 *Pkp194* - *Ibrah Dari Sketsa Di Shell Pump Station Batu 9 Cheras* 


Assalamu’alaikum...

Salam pagi Ahad. Tahniah subuh berjemaah..


Dalam sebuah kehidupan kekadang kita terlupa tentang perasaan orang lain. Apa yang kita perkatakan atau bicara, pada kita mungkin berbeza dari apa yang kita maksudkan dengan apa yang di fahami. Kerana itu kita kena sentiasa memohon maaf sesama kita lebih kerap dari apa yang kita rasakan. Semoga kita lebih tenang dan bahagia. 


Semalam, maghrib di Melawati Mall kerana datang melawat anak bujang yang bekerja di Jonny’s MW kerana dia hanya ada satu “subject” pengajian di musim semesta pendek UIA yang mana sepatutnya dia bercuti. 


Seusai makan malam disitu, hajat hati ingin segera berpatah balik ke surau Al amin untuk kuliah bersama Ustaz Adlan, dan telah juga merancang untuk men”gopi” dengan ustaz selepas itu. Kita merancang dan Allah menentukan. Si kecil Nadia yang tiba tiba muntah seketika awal perjalanan ke Melawati, memaksa membawanya ke klinik demi untuk memastikan tiada apa yang lebih mudharat. Ini suatu usaha, berusaha itu wajib dan selebihnya doa di panjat kerana semua sakit dan sembuh dari Allah. Selesai di Klinik Idzham, saya memandu pulang dengan perancangan solat isya’ dkerjakan berjemaah di rumah saja kerana waktu sudah lanjut ke jam 9 malam. Setiba di cheras batu 9, singgah sebentar untuk mengisi benzen kereta E60 yang makin kurang.  Sebenarnya E60 ini sudah agak tua, dah hampir 10 tahun usia tapi inilah buatan orang German yang kena ditiru oleh muslim, kekal utuh walau dah 10 tahun. Seketika mengisi benzenya, malas pula masuk ke kaunter, “ Bai, boleh bayar kat sini ker?”, tanya pada seorang attendant petrol station yang memakai Mask tapi dari rautnya nampak seperti berbangsa Bangladesh atau India. Yang pasti bukan rakyat malaysia dan dicam bila dia bersuara, “ Boleh”. Rm50 dihulurkan dan dia datang membantu mengisinya. “ ini keta Mercedes?” Tanyanya, “ Tak, ini BMW”. “ Berapa harga?”  minat dia bertanya,” Dulu masa 2010, harganya hampir 300 ribu” saya menjawap. Dia mengangkat keningnya. “ sekarang tinggal 30 ribu saja” terang saya lagi. Dia hanya menganggukkan kepala sembil mengepam benzen ke dalam perut E60. Selesai mengisinya, ketika saya nak masuk ke dalam E60, saya senyum melihat padanya sambil berkata,  “you mahu beli ke bai?” Dari pandangan matanya tanpa melihat mulutnya yang tertutup dengan mask, saya menerima satu pandangan yang tajam. Alamak, adakah saya sudah membuatkan dia kecil hati? Saya berlalu bersama ahli saya dengan berbagai perasaan. Kata isteri saya, mungkin dia hanya senyum di sebalik mask, tapi saya rasa tidak jika di lihat pada renungannya yang tajam. 


Itulah kita kekadang tidak sedar kata kata kita membuatkan ada yang terasa. Apa apa pun dari jauh saya mohon agar saya di maafkan. Kalau ada kesempatan singgah lagi di situ, Station shell sebelum toll batu 9, saya akan singgah untuk mohon maaf padanya. 


“Dan janganlah kamu mencari cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain” - Al Hujurat : 12. 


Alhamdulillah, selamat tiba jam 945 malam untuk berjemaah bersama keluarga dan berwirid kan surah al mulk seusai solat, diikuti doa mohon Allah ampun kan segala dosa hari ini, kerana yang pasti semalam berdosa lagi. 


Ya Allah selamatkan lah kami dan ahli ahli kami dari api neraka. 


Pagi ini tak sempat nak edit baki nota ustaz Abdullah Isa, in shaa Allah, jumpa esok pagi untuk itu. 


*Akhir kalam..*


Sama samalah kita belajar untuk berpikir sebelum bertindak atau berbicara. Moga kita terhindar dari perilaku atau bicara yang menyakiti hati orang lain, jangan sampai mengeluarkan apapun sebelum menyakiti sesiapa.

Carilah cara meningkatkan kesabaran menurut Islam dan AlQuran.


“.. biarpun luka hati itu kecil atau besar, kita tidak akan boleh benar benar bahagia sebelum memberi maaf...”


“ Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya” - Al Bukhari (6484)


Semoga Allah Swt memberi kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam mengikuti apa yang disaran Islam. Ameen.


Selama berlibur...


Wallahu’alam 

Wassalam.


*©️NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S