PKP 196

 *PkP196* - PERMATA BAGI ORANG BERIMAN - Ustaz Wan Jemizan. 


Assalamu’alaikum...


Perjalananan pulang dari pejabat (Taman Melawati) singgah di range di The Mines petang sekitar jam 5 semalam agak 

“smooth” dan diperhatikan kereta diatas jalan raya agak berkurangan. Paling terkejut di Tasik Selatan, tiada “jem”.

Sesi di ramge berlarutan hingga dekat dengan maghrib selepas asyik dengan driver baru - Romario. Keputusan dibuat untuk terus ke Surau Al Amin walaupun mungkin sewaktu tiba di sana, jemaah solat maghrib telah selesai tapi saya tak ketingalan dalam ada di permulaan majlis ilmu yang penceramahnya adalah Ustaz Wan Jemizan yang syarah buku PERMATA UNTUK ORANG BERIMAN tulisan Menteri Agama  Malaysia Datuk Seri Dr Zulkifli. Mohamad Al Bakri. 


Alhamdulillah, isinya simple tapi amat tajam untuk kita renungkan bersama untuk tindakan susulan kita, semoga suatu hari nanti akan tertegaklah Islam di bumi Malaysia secara khusunya dan seluruh tanah dunia amnya. 


Tanpa melengahkan masa....


*USTAZ WAN JEMIZAN*

- PERMATA BAGI ORANG BERIMAN. 


Iman boleh dirasai dan kita boleh tahu kita ada iman atau tidak. Tapi hanya orang yang rasainya akan tahu bagainanarasanya. Seperti rasa manis hanya yang pernah rasai nya tahu apa itu manis. Iman akan dirasai bila ada:


1.Barangsiapa yang redha dengan Allah sebagai tuhannya. Ada ke orang yang tidak redha dengan Allah sebagai tuhannya? Memang Ada. Inilah golongan yang meletakkan sekutu yang lain pada Allah. Contoh, tika azan dialunkan memanggil untuk menyembah Allah secara berjemaah, berapa ramai yang berusaha untuk memenuhi kepentingan Allah ketika itu, tika tiada urusan dunia yang benar benar perlu didahulukan ikut syara’ nya. Inilah kayu ukur untuk kita meletakkan redha kita pada Allah atau kita lebih utama kerja kerja lain yang tidak ada “urgency” ketika itu. 


2.Mereka yang redha islam sebagai cara hidup. Ini satu statement yang luas. Inilah masaalah yang dihadapi para muslim umat akhir zaman, ramai yang redha pada islam sebagai cara hidup tapi ramai yang tidak amalkan islam sebagai jalan hidup. Kalaupun mungkin kita lulus sebagai orang yang redha pada islam secara individu tapi kita masih ada kerja kerja secara jemaah yang perlu di buat untuk meletakkan islam diatas. Antara contoh dalam bidang muamalat -  menjadikan sistem sistem perbankkan islam sebagai mainstream. Ini semua perlu kerjasama sokongan secara berjemaah dari para muslim untuk menggunakannya dalam usaha meletakkan islam sebagai cara hidup ditempat tertinggi. 

Begitu juga dalam perkara sosial dan politik, pilihlah cara islam.


3.Redha nabi Muhammad saw itu sebagai Rasul. Nabi datang bawa risalah melalui al Quran dan sunnah nya (ada yang sunat dan ada yang wajib, kebanyakan sunnah yang kita buat adalah sunat, dan yang terbaik adalah buatlah yang sunnah yang sunat dengan bijaksana supaya islam tidak dipandang serong oleh orang islam sendiri apa lagi kafirun - contoh, sunnah menggunakan kayu sugi - gunalah dengan penuh tertib supaya tidak ada yang merasa jijik dengan kayu sugi). Kita boleh beramal sunnah nabi mengikut maqosid ( objektif) sunnah nabi. Objektif guna sugi adalah untuk jaga gigi dan bau mulut, jadi kita boleh juga gosok gigi guna berus gigi dan ubat gigi kerana objektifnya pun juga tercapai. Maka, in syaa Allah kita akan mendapat habuan pahala juga. Jangan malu untuk beramal dengan sunnah nabi. Dia adalah nabi kita. Jangan terbelenggu dengan infiriorty complex kerana beramal dengan islam. Contohilah nabi untuk merasai iman dalam diri. Kita bukan perfect, jadi jangan takut walau di cop nak kan islam tapi perangai macam setan, tapi kita tetap ada usaha unruk jadi orang yang menegakkan islam.Moga lambat laun Allah akan jadikan kita istiqamah dalam mengikuti perbuatan nabi dan akhirnya, perangai dan tindakan kita akan selari berdasarkan islam. Maka nanti, akan datanglah kemanisan iman. 


“Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggian nya” (al-Baihaqi)




Sama sama lah kita redha Allah tuhan kita, islam agama kita dan nabi muhammad Rasul kita.. 


*Akhir kalam..*


Perkara diatas adalah biasa kita dengar tapi kita tetap perlu di ingakan. Itulah Tazkirah, hanya orang yang beriman sukakan pada peringatan.. INDEED. 


Untuk kelangsungan hidup hari ini, terkadang Allah menguji kita dengan musibah kerana Allah sedang menyiapkan kita ke tempat yang mulia di sisi Nya seterusnya, Allah menerima kembali kita sebagai hamba Nya, jika dengan musibah itu kita beristighfar, bertaubat, dan mengakui segala kesalahan kita, dan mengakui kemahabesaran Allah. In shaa Allah...


Selamat menjalani hidup dengan iman dan taqwa..


Barakallahufikum 

Wallahu’alam 

Wassalam


*®️* *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S