PLP 179
*Pkp179* - sambungan nota Kuliah Ustaz Amir Muttakim.
Terimakasih Allah untuk sebuah lagi kehidupan
Assalamu’alaikum...
Bangunlah sehari lagi hari ini dengan penuh sikap suka untuk bermuhasabah diri. Selalulah ingat bagaimana nasib dan takdir mereka yang terdahulu dari kita yang sudah tiada lagi di muka bumi ini. Berapa ramai yang menyebabkan kita telah tersentak kerana : “ Bagaikan mimpi, semalam bertemu, hari ini sudah tiada” Untuk itu sentiasa lah bersedia menghadapi saat saat itu.
Alhamdulillah. Semalam dapat juga meneruskan hari hari jumaat dengan solat jumaat di sebuah masjid selepas pada awal nya tidak dapat masuk di masjid yang pertama dikunjungi.
Itulah usaha kita dimusim covid 19 ini. Kena berusaha untuk bersolat jumaat dan berjemaah solat lima waktu. Ini pun salah satu usaha kita untuk bersedia dengan apa yang ada sebenar nya dihujung terowong sebuah kehidupan. Bukan tak boleh kalau nak beraktiviti tapi biarlah aktiviti masjid dan surau menjadi keutamaan kita selepas aktiviti mencari rezeki dan bermuamalat sesama insan. Pesanan ini saya tujukan pada saya sendiri, moga ada manafaat juga untuk orang lain. Mujurlah petang semalam, petang yang mulia, dapat solat asar berjemaah mengikutinya di Surau Gemilang Saujana Impian. Selepas itu beriadhah golf pula “9-hole” sebelum hujan lebat selebatnya melanda memaksa berjemaah maghrib bersama kawan kawan di surua kelab. Akhirnya, bersimpuh di laman utama surau al amin untuk kuliah Maghrib barsama ustaz Bakhriar.
Malam selamat ditutup dengan isya berjemaah di surau Al Amin.
Terimakasih Allah untuk “ such an arrangement “. Suka nak share satu pesanan ustaz Bakhtiar semalam:
“Bukan tak boleh nak ngeteh dengan kawan kawan, tapi janganlah masa ngeteh dengan kawan kawan lagi lama daripada masa di Rumah Allah”
Untuk pagi ini ada sambungan nota kuliah Ustaz Amir Muttakim
*Pesanan Ustaz Amir Muttakim..*
Dalam menuju ketaatan pada zat yang mulia, Ikhlas akan datang kemudian selepas kita lakukan ketaatan. Ini adalah untuk hal perkara perkara wajib. Ketaatan yang sungguh sungguh. Ayat ayat - saya bukan tak nak solat
buat tapi takut tak ikhlas, takut hipokrit - memang tak boleh pakai. Kena buat yang wajib, nanti akan datang ikhlas nya.
Manusia tidak lepas dari berdosa. Tidak ada manusia yang tidak berdosa. Kita kadang tergelincir terutama dalam dunia yang penuh media. Terkadang ada yang kita cakap tidak tepat. Pesan nabi :” Banyak berfikir dari berkata kata”, “Berfikir dahulu sebelum melulu”
Dalam yassin - sebut bagaimana
Mulut akan dikunci diakhirat nanti.
Untuk Penawar penyakit hati:
•Baca alquran dan faham maksudnya. Tadabbur dan amalkan. aurah yunus ayat 57 , ada masaalah sakit dada, jantung pegang dada baca ayat ini. Wahai manusia, sesungguh nya telah datang pada kamu yang boleh sembuh penyakit batin dalam diri kamu. Waktu subuh, bacakan diai didalam satu bekas dan baca ayat diatas minum. Syifaq terbaik adalah meru’yah diri sendiri.
•Kosongkan perut. Kalau tak puasa lah. Perut adalah punca segala penyakit nak nak untuk umat akhir zaman. Bukan tak makan, tapi jgn terlalu kenyang.
•bangun beribadah pada waktu malam. Muzammil ayat 6 - solat dan ibadah malam kesannya lebih kuat dari siang
•sentiasa dekat diri pada Allah
•Biasakan diri ke majlis ilmu.
Danketika pkp dah tak de alasan kerana kuliah akan berhenti bila saja masuk waktu isya’. Fazakkir innafa ..
*akhir kalam.*
In shaa Allah, ubatilah diri sendiri dengan rapatkan diri dengan Allah. Moga kita akan dilindungi Allah dari malapetaka dan akan diangkat martabat pula.
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *ncs*
Comments
Post a Comment