POP 186

 *pkp186* - Berita dari Tengah dan Selatan Tanah Air. Antara Baraka llahulakuma dengan AlFatihah.  


Assalamu’alaikum..


Alhamdulillah. Syukur pada Allah, atas satu perjalanan yang dipermudahkan. Dari Taman Melawati ke Taman Jaya Bandar Temerloh,  demi menunaikan jemputan kahwin anak saudara yang ayahnya sudah tiada lagi. 

Inilah yang amat mengesankan saya, sehingga berusaha pulang jua. Bagaimana melihat takdir dan nasib mereka yang masih kecil ketika ayahnya tiada. Kini, dia punya kehidupan buat diri nya. Walaupun saya tidak dapat bersama dimajlis siang hari sabtu, tapi dapat mendahului tetamu lain bertemu dengan mereka sekeluarga di malam “berinai”. Kalaulah ayahnya masih ada, pasti tersenyum manis dengan tenang tidak banyak bercakap. Apa pun tujuan meraikan telah pun ditunaikan, menyatuni satu pasangan memburu bahagia. Moga mereka dalam radar Allah selalu untuk membina mahligai istana impian. Baraka Allahu lakuma, Wa baraka 'alaykuma

Wajama'abaynakumaFi khayr


Berbeza, di hujung selatan tanah air, di bumi JDT, pasti masih ada yang belum kering airmata kerna menangisi pemergian seorang sepupu yang terpaksa tinggal kan isteri dan anak yang tercinta di dunia fana’ kerana Allah lebih menyayanginya. Atas assebab “diabetes”, dia menyahut kasih sayang Allah walaupun diusia yang masih muda. Sudah pasti lah dengan “character” hebat nya sebagai seorang anak yang sentiasa hormati mak ayah, adik abang. kakak, malah selalu saja bersedia berbakti pada keluarga, sungguh dia pergi tinggalkan satu tauladan untuk anak anak muda lain dalam keluarga. Allah hanya memberikan masa dua hari saja untuknya berehat di Hospital Sultanah Aminah. Cukup menjadi satu tanda Husnul khatimah buatnya. Damailah disana. Al Fatihah. 


Dari Bung Hamka: 

(Tafsir al Azhar)


“ Sudah berkali kali, berpuluh beratus kali kejadian sawah yang telah kuning padinya, tidak disangka sama sekali, hancur melapik dengan bumi kerana angin ribut. Sawah yang telah menghijau padinya dan kelihatan akan subur kerana telah diberi pupuk, habis hilang kerana berhektar hektar dibanjiri air hujan. Pejabat dan kedai besar yang didirikan dengan bersusah payah memakan waktu bertahun tahun boleh sahaja dalam semalam, satu jam dua jam habis dimakan api. Bahkan kadang-kadang tubuh badan kita sendiri, kemarin sedang sihat walafiat, besok pagi datang orang menghimbaukan bahawa tadi malam telah menghembus kan nafas terakhir.”


Ini semua adalah pesanan yang didatangkan untuk kita, bukan untuk kita raikan atau tangiskan dengan sia sia sahaja. 


*AKHIR KALAM..*


Semalam saya menggunakan sepenuh nya kemudahan bermusafir, jamak dan qasar digunapakai. Teringat segala ilmu dari arwah Ustaz Halim Saat. Al Fatihah juga untuk arwah ustaz Halim Saat.


Semoga Allah selamatkan kita daripada tipu daya dunia dan menjadikan kita mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Jom akhiri dengan doa:


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Wahai Tuhan Kami, kurniakan lah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari,*NCS*

#drivingbacktoKL@530

#subuh@karak

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S