PPKP 181

 *Pkp181* - Mereka Yang Di Hindari Malapetaka dan jyga diangakat darjat oleh Allah swt. 


Assalamu’alaikum...


Selamat sejahtera. Seawal pagi begini sentiasa mencari sesuatu untuk membentuk kehidupan yang datang sehari lagi. Maghrib semalam menjadi petanda pada sebuah hari baru. Banyak nak kena ucapkan Astaghfirullah lagi tambah tambah lagi selepas sehari lagi berlalu semalam, terlalu banyak dosa dosa yang diketahui dan tidak telah pun berlaku. Penting untuk mulakan setiap hari dengan jiwa bersih dan putih semula.Saya percaya, esok sudah tidak boleh ubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Biiznillah. 


Semalam sebabak lagi, repeat antara IGC vs RSM, di Impian Golf Club pula. Dan kali ini ia memihak kepada IGC 25-5. Tapi keputusan tidak penting, yang penting keperihatinan menyusun perjalanan program tidak lupa soal solat dan silaturrahim. Saya pula telah persiap diri seawal pagi dengan kuliah subuh di surau al amin, moga masa yang terlagha dapat di imbangi. Malamnya, selesai meraikan para tetamu dari Royal Seri Menanti, terus bergegas ke surau Al amin untuk satu lagi sessi majlis ilmu bersama ustaz Najib Taha pula. Mudah2an ada restu Allah dalam apa yang telah di lakukan. 


Untuk pagi ini, suka saya nak share dari ustaz Bakhtiar Fitri. Semoga kita kekal bersemangat untuk menjadi insan yang akrab dengan Allah.


*Ustaz Bakhtiar Fitri*

Kuliah Maghrib @ Surau Al Amin

Malam sabtu hari jumaat 11 Sept ‘20 - Mereka Yang Di Hindari Malapetaka dan diangakat darjat oleh Allah swt. 


•MEREKA YANG SENTIASA  DALAM KEADAAN BERWUDHU

Bagi mereka yang berusaha menjaga wudhu ada banyak kelebihan. Mereka ini yang akan dihindari dari banyak penyakit. Dalam musim musim COVID 19 ini banyak kelebihan mereka yang sentiasa dalam wudhu. Inilah salah satu cara kita berusaha elak Covid 19. Banyak kelebihan mereka yang usaha jaga wudhu walaupun keadaan susah sekalipun: akan dilindungi dari bahaya dan maksiat, juga akan diangkat akan martabat disisi Allah. 


Amalan nabi Solat yang dipesan pada sahabat : solat dhuha, berpuasa tiga hari sebulan dan solat witir..


Hadis qudsi - wahai anak adam, Solatlah kamu 4 rakaat seawal pagi, aku akan cukupkan segala keperluannya hingga akhirnya

Kata ulamak ada dua pendapat dalam hal dari hadia qudsi ini: 

•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh Dan solat 2 rakaat subuh

•solat subuh dua rakaat dan solat Dhuha


“Wahai anak adam berusahalah untuk mengingati aku”


•MEREKA YANG LANGKAHNYA BANYAK KE MASJID 


Selain dari ke tempat kerja kita, kita hendaklah banyakkan ke masjid. Walau kita ke mana mana sekalipun melancung ke bertugas ke, carilah masjid untuk mendapat keberkatan Allah. Kalau jauh pun masjid dari hotel atau tempat rehat, tetaplah ke masjid kerana lagi jauh lagi banyak langkah kita ke masjid. 


Banyakkanlah masa ke masjid kerana ianya banyak barokah. Hadis nabi, banyakkan langkah ke masjid. 


•MEREKA YANG MENUNGGU WAKTU SOLAT SELEPAS SOLAT


Contoh, menunggu waktu solat selepas solat. Kita solat maghrib kemudian dengar kuliah maghib sehingga isya’. Ini adalah contoh melazimi menghabiskan masa di masjid. Nabi banyak habiskan masa untuk jihad ( perang atau dakwah), nabi juga banyak habiskan masa di rumah. Bukan tak boleh nak ngeteh dengan kawan kawan, tapi jangalah masa ngeteh lagi lama dari masa diMasjid. Mereka yang banyak habiskan masa di masjid Inilah yang akan di selamat daripada malapetaka dan diangkatkan darjat di sisi Allah. 


- orang yang jaga keselamatan negara walaupun dia jaga satu semalam tapi itu adalah lebih baik dari orang awam yang berpuasa dan solat malam sebulan. Dengan syarat segala syariatnya di jaga. 


*Akhir kalam..*


Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamat kan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.


Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Alhamdulillah, masih ada rasa  renggang dengan Allah. Maka tindakan seterusnya: rapatkan kembali. Bukan hanya duduk menangis. Tak akan selesai masalah. Teruskan...


Selamat bertugas..


Wallahu’alam

Wassalam


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S