PKP 208
*pkp208* - USRAH KELUARGA NCS: Hadis Arbain #29: Mulia nya Perkara solat dan Menjaga Lisan
Assalamu’alaikum
Menerjah masuk ke kerajaan pagi milikNya, semoga amalan baik kita seawal dinihari tadi diterima Nya.
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang diterima.”
Letakkan dalam fikiran dan lazimi kepercayaan bahawa
berpagi pagi kita bangun dengan kesedaran bahawa seluruh kerajaan langit dan bumi adalah milik Allah SWT dan tiada sekutu bagiNya. Senang supaya kita tidak terlucut fikrah hingga terbawa bawa mengatakan ada perkara yang kita dapat disebab kan kita.
surah An Nur :42
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk)”
Semoga lumyanlah hasilnya dengan kita mengendong fikrah segini seawal pagi.
Alhamdulillah, malam tadi berlangsung lagi usrah keluarga membicarakan tentang bab bab agama diikuti hadia ke 29 dari kitab Hadis 40. Semoga saya dan ahli saya di rahmati dan diberkati Allah. Walaupun tidak semua anak anak ada bersama tapi perhimpunan berbicara tentang Allah, Nabi dan Islam bersama keluarga melahirkan suatu ketenangan yang tidak dapat diucapkan. Semoga Allah akan beri istiqamah kepada kami untuk terus ber”usrah” dimasa depan Aaaamin.
Sama sama kita baca hadis itu untuk renungan dan tindakan:
*Hadits Kedua Puluh Sembilan*
Dari Mu’adz bin Jabal ra , ia berkata, “Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah! Beritahukanlah kepadaku amal perbuatan yang dapat memasukkanku ke surga dan menjauhkanku dari neraka.’ Nabi saw bersabda, ‘Sungguh, engkau bertanya tentang perkara yang besar, tetapi sesungguhnya hal itu adalah mudah bagi orang yang Allah mudahkan atasnya: Engkau beribadah kepada Allah dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan pergi haji ke Baitullah.’ Kemudian Nabi saw bersabda, ‘Maukah engkau aku tunjukkan pintu pintu kebaikan? Puasa adalah perisai, sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solanya seseorang di pertengahan malam.’ Kemudian Nabi saw membaca firman Allah, ‘Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya’, sampai pada firman Allah ‘yang mereka kerjakan.’ (As Sajdah: 16-17). Kemudian Nabi saw bersabda, ‘Maukah engkau aku jelaskan tentang pokok segala perkara, tiangtiangnya, dan puncaknya?’ Aku katakan, ‘Mau, wahai Rasulullah!’ Nabi saw bersabda, ‘Pokok segala perkara adalah Islam, tiang tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.’ Kemudian Nabi saw bersabda, ‘Maukah kujelaskan kepadamu tentang hal yang menjaga itu semua?’ Aku menjawab, ‘Mau, wahai Rasulullah!’ Beliau ‘menjawab lalu memegang lidah beliau dan bersabda, ‘Jagalah ini (lisan)!’ Kutanyakan, ‘Wahai Nabi Allah, apakah kita akan disiksa dengan sebab perkataan kita?’ Nabi saw menjawab, ‘Semoga ibumu kehilanganmu! (kalimat ini maksudnya adalah untuk memperhatikan ucapan selanjutnya). Tidaklah manusia tersungkur di neraka di atas wajah atau di atas hidung mereka melainkan dengan sebab lisan mereka.’” (Tirmidzi, ia mengatakan bahwa hadis ini hasan sahih). [HR. Tirmidzi, no. 2616 dan Ibnu Majah, no. 3973. AlHafizh Abu Thahir mengata kan hadis ini hasan].
Semoga ada manafaat. Renungkan dan tadabburlah hadis ini..
*Akhir kalam*
Allah sangat ‘cemburu’ tentang soal hati. Allah cemburu jika cinta itu tidak diletakkan kerana dan kepadaNya. Memahami soal cinta, setiap mukmin perlu sedar bahawa cinta manusia itu adalah alat, manakala cinta Allah adalah matlamat. Cinta kepada manusia adalah jalan dan cinta kepada Allah adalah tujuan. Jangan sesekali kita silap menilai cinta, barangkali cinta kita berada pada telapak si miskin yang menderita. Mungkin cinta kita berada pada si anak yatim yang memerlukan kasih sayang, barangkali juga cinta kita ada pada pada orang yang tertindas dan dizalimi.
Sesungguhnya Allah meletakkan cinta kepada manusia manusia ini sebagai jalan untuk mendapat cinta Allah SWT. Cinta kepada ibadah dan amalan itu adalah jalan bagi mencapai tujuan iaitu cinta Allah yang hakiki dan kekal abadi.
Barakallahufikum
Wallahu’alam
Wassalam
Ikhlas dari, *Ncs*
*©️*
Comments
Post a Comment