PKP209

 *Pkp209* - *20 minit bersama Ustaz Aiman*


Assalamu’alaikum...


Selamat bertemu lagi dengan hari Isnin. Kalau di sebelah sini, hari ini permulaan hari kerja dan sekolah selepas berehat dua hari sabtu dan Ahad. Pelbagai rasa dan perasaan kalau hendak di luah pada hari ini, tapi yang pasti elakkan perasaan yang negatif kerana kita punya matlamat yang perlu kita capai. Matlamat itu adalah “bahagia di dunia dan bahagia di akhirat”. Untuk itulah kita perlu pada Islam, solat dan Jihad. Jangan salah faham jihad, kerana banyak yang kita nak kena berjihad, jihad lawan nafsu, jihad dalam menyampaikan perkara perkara baik. Semoga pagi ini kita berjihad untuk bangun pagi meluahkan isi hati pada si Dia, jihad ke surau solat subuh berjemaah, jihad buat segala yang sunat, dan macam macam jihad nak kena buat. Ini semua kena ada Islam dan solat. 

Apatah lagi dengan Covid 19 ini, yang semakin menunjukkan wave baru. Disebalik ini pun, ada jihad kita nak kena buat demi kebaikan umum, jihad untuk amal gaya hidup sihat amalkan sop. 


Berpandhkan agamalah manusia akan bezakan yang mana benar dan yang mana batil. Agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisiplin. Tidak 

macam haiwan,  hidup bebas tanpa peraturan.


Ayat tersohor untuk kita jadikan panduan, Surah alMaidah ayat tiga, "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukup kan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama bagimu”


Semoga usaha untuk mencapai matlamat dunia dan akhirat akan menjadi kenyataan.


Semalam hanya sempat sekadar 20 minit bersimpuh diruang utama surau al amin mendengar kuliah ustaz Aiman. Malamnya pula sibuk ke Dewan Perdana Felda santuni majlis kenduri anak sahabat yang penuh SOP. 

Mubarak’alaikum Ar Wan Arjuna dan keluarga. 


Untuk pagi ini, sebenarnya masih banyak nota lain kalau nak di kongsi tapi saya lebih tertarik untuk share nota ustaz Aiman yang sempat saya catat dalam tempoh 20 minit kerana ianya ada siri ulangkaji. 


*20 minit bersama Ustaz Aiman*


Bacalah kamu surah al baqarah - amalan mwmbacanya membawa banyak keberkatan, meninggal kannya akan bawa pemyesalan nanti dan ini surah pendinding yang tidak di tembusi oleh ilmu syihir.


Nabi Adam, Bani Israel, Nabi Ibrahim dan Umat akhir zaman - segmen dalam surah al baqarah


Al Muttaqim - orang orang yang bertaqwa ciri cirinya disebut diawal surah al baqarah. Contoh terbaik orang bertaqwa adalah nabi ibrahim yang diceritakan dalam surah al baqarah. Sesiapa yang bertaqwa seperti nabi ibrahim boleh jadi seperti nabi ibrahim. 


Ciri ciri ahli syurga: 

•orang orang yang beriman dengan oerkara ghaib

•mendirikan solat

•berinfaq sebahagian dari rezeki yang diberi

•mereka yang beriman pd apa yang diturunkan selepas dan sebelum

•mereka yang yakin dengan kebangkitan hari akhirt


*orang orang yang beriman dengan ghaib*


Alghaib - perkara tak nampak. Ianya menrangkumi beriman kepada enam rukun iman. Semua amalan ibadah manusia tidak ada nilai di akhirat nanti melainkan beriman pada Allah. Kalau hebat buat baik sekalipun kalau tidak beriman pada Allah tidak harapkan Allah diakhirat maka semuanya kosong belaka tidak bernilai di akhirat.


Di hari akhirat nanti Allah kumpul kan semua manusia dan Allah kumpulkan amalan mereka yang tidak beriman pada Allah dan amalan diletakan atas mizan ianya menjadi debu. 


Sebab itu ciri pertama ahli syurga adalah beriman pada Allah. 


Iman ini ada di hati, Allah saja yang tahu, amalan luaran pula menjadi bukti iman seseorang. Sebab itu penting solat tutup aurat, ini menjadi tanda iman dalam diri seseorang, Sama sama kita jaga iman kita...


*akhir kalam..*


Sebagai hamba Allah, tentunya mengharapkan balasan syurga di akhirat, maka kita peganglah ajaran agama sekukuhnya dan bawalah agama dalam setiap agenda kehidupan harian. Hanya dengan berpandukan pegangan agama sahajalah yang boleh memberikan kesejahteraan, keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


Doakan semoga perjalanan balik saya ke Kota Bharu menaikai pesawat Malindo dipermudah kan Allah. Mission hari ini adalah mendaftar arahan di pejabat tanah.


Selamat bertugas untuk Allah..


Barakallahufikum

Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *®️*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S