PKP210
*Pkp210* - Selamat BerPKPB lagi. pesanan Ustaz Amaludin
Assalamu’alaikum...
Akhirnya, mimpi ngeri menjadi satu kenyataan, bila satu kenyataan telah di keluarkan:
“PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 - 27 Oktober 2020. Patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.”
Kita bakal mengulangi apa yang telah kita lalui, walaupun tidak seketat seawal dua minggu pertama pkp tapi ini sekali lagi ujian. Sekali lagi,kita kena lebih bermuhasabah, apakah Tuhan makin bosan dengan tingkah laku kita?
Justeru, orang ramai jangan mengulangi semula suasana seperti sebelum ini. Pastikan PKP yang sehingga 27 oktober dipatuhi sepenuhnya.
Saya selamat pulang ke kota dari kota Bharu semalam dengan selamat malam tadi.
Ini kali lah, Usah degil ingkar kerana kesannya amat buruk bukan sahaja kepada diri sendiri dan keluarga malahan rakyat dan negara....
Untuk pagi ini ada sedikit perkongsian dari Ustaz Amaludin...
*Ustaz Amaludin Arshad*
*Dosa dosa besar.*
Ayat ayat Allah kalau kita benar benar tadbbur akan menyedar kan kita tentang kelemahan dan kekurangan kita.
Allah jadikan manusia memang perlu kan manusia lain, kekuatan manusia yang ada hanyalah sementara. Manusia ada juga yang kalah dengan sesetengah binatang. Orang sasa nak pukul nyamuk di tepi leher pun tak boleh dan dia perlukan orang lain untuk memukul nyamuk itu. Cerita nyamuk ini, berapa ramai manusia yang sombong ditewaskan nyamuk?
Perkara yang didatangkan nabi saw Untuk peringatan kita bersama. Nabi saw: “ketika ada seorang lelaki yang berjalan seledang di bahu dengan keadaan sombong tiba tiba di tenggelam kan allah dalam tanah sehingga kiamat. Menggelupur insan tersebut... pengajaran hadis, berjalan pun kita jangan sampai nampak kita ini sombong. Manusia tak layak untuk sombong. Cerita perbandingan nabi nak cerita betapa kecilnya orang yang takabbur Kata nabi saw: “ nanti bila dihimpun manusia bongkak atas bumi di akhirat nanti ianya hanya seperti biji gandum yang dipijak pijak manusia lain”. Contoh terbaik adalah Qarun, yang asalnya miskin dan pengikut nabi musa tapi diberi kekayaan oleh Allah berkat doa nabi musa sehingga dia engkar dengan arahan nabi musa kerana sudah merasa kaya dan bongkak. “ini harta aku yang punya sebab kepandaian dan kehebatan aku dalam berniaga”. Hakikat sebenarnya, ianya datang Allah sehingga Allah tempelak Qarun dengan menyatakan bahawa kekayaan Qarun hanya sedikit saja jika dibandingakan dengan kekayaan manusia yang sebelumnya.
Kita yang ada kelebihan sedikit kekayaan yang sedikit ini pun kekadang merasa bongkak dan sombong. ..
*Akhirkalam.*
…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguh nya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan”
— An Najm: 42-44
Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji, Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu.Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu.Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Barakallahufikum
Wallahu’alam
Wassalam
Dari *Ncs*
Comments
Post a Comment