PKP211
*Pkp211* - Dari Hari ke Hati. Allah melihat Pada Usaha.
Assalamu’alaikum...
Terasa macam cuti pula hari ini, bilamana pergerakan dan aktiviti yang kena ikut SOP. Walaupun boleh bekerja dan ke tempat kerja tapi Kerja Kerja solat berjemaah tidak “Beroperasi ” masjid surau semua ditutup. Malam tadi seusai solat isya’, pengumuman berkenaan hal ini dan juga perihal tiada solat jumaat selama dalam tempoh dua minggu ini di Putrajaya, selangor dan WP dibuat di surau Al Aminn. Kita Kenalah redho dengan ketentuan Nya.
Ini semua bukan bermakna kita di hukum, boleh jadi ini suatu pengajaran agar memperbaiki lagi diri , hati dan iman. Kerana mungkin juga nanti kita akan dapat sesuatu yang lebih baik dan lebih indah daripada apa yang pernah kita bayangkan, cuma kenalah belajar untuk sabar dan redha, belajar untuk menerima bahawa apa yang kita nak sangat tu, bukan untuk kita.
In shaa Allah akan ada ruang dan peluang lain untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Asalkan , jangan pernah berhenti yakin pada ALLAH. Teruskan SOLAT , DOA dan SABAR. kalau sesuatu tu memang baik untuk kita , Allah akan mudahkan dan kalau sesuatu tu memang tak baik untuk kita , Allah juga yang akan tunjukkan jalan keluar....
“The patience is beauty! Sabar itu Indah! Fasabrun Jamil”
Dua minggu ini akan bercutilah dari ke rumah Allah, maka tiada lagi lah majlis majlis ilmu. Moga kita tidak berhenti disini untuk majlis ilmu. Banyak lagi cara kalau kita nak teruskan usaha cari ilmu, dan teruskanlah juga usaha usaha untuk sampaikan, asal ada usaha sahaja akan ada pandangan Allah buat kita.
Kalau kita nak bandingkan akan pengorbanan kita dengan apa yang telah Rasulullah saw dan para sahabat baginda sudah korbankan, kitA tidak akan dapat tiru walau sekecil mana pun tapi anggaplah apa yang kita buat sedikit kerja menyampaikan hal hal yang baik adalah sumbangan kita pada Islam. Tetapkanlah hati dan sentiasa konsisten dalam usaha berdakwah dan juga dalam menyampaikan...
Maka tanggungjawab ini perlu di galas demi meneruskan cinta Rasulullah saw, jangan pernah mendambakan pada hasil yang banyak, yang penting adalah usaha, kerana pemberi hidayah bukanlah kita tetapi Allah,walaupun hasilnya belum pasti, sekurang2nya kita berusaha, moga usaha kita diberkati dengan berlandaskan jalan salafussoleh, pelepas tanggungjawab di akhirat kelak, tidak kira siapa kita.insyaallah..
..sepertimana kisah seekor burung kecil yang hanya membawa air yang sedikit dengan paruhnya demi untuk memadamkan api marak menyala yang membakar nabi Ibrahim walaupun ia sedar usaha itu pastinya tak akan mendatang sebarang hasil, namun yang pasti ia tidak perlu takut seandai nya ditanya oleh Allah kelak tentang apa yang dilakukan olehnya untuk menolong nabi ibrahim.
Bak kata Hasan Al banna, mujadid kurun ke 21 :
“..kita ingin umat mengetahui bahawa kita berkerja untuk mereka lebih dari kita bekerja untuk diri kami sendiri" maka oleh sebab umat islam hari ini hanya ‘menjaga tepi kain sendiri’ maka kita lupa pada saudara saudara kita yang menderita zahir mahupun batin, walaupun kelihatan pada zahirnya tiada sebarang masalah namun ‘heart disease’ (penyakit hati) pada batinnya bisa merebak pada bila bila masa sahaja…
seandainya tak dirawat sepantas mungkin maka akan membawa kepada chronic Stage dan ketika itu segalanya sudah terlamba kerana penyakit fizikal itu derita nya hanya di dunia tapi penyakit hati (batin) disebabkan maksiat dan tidak solat, akibatnya hingga ke akhirat nanti. Maka kenalah jadi potensi Salahuddin Al Ayubi abad baru yang boleh sahaja meruntuhkan tembok2 yang memisahkan seorang Muslim dengan saudaranya yang lain. kemudiannya membina kembali bangunan modal insan berteras ‘upholding d quran n realizing d sunnah.’ atau jadilah seorang doktor yang mampu merawat penyakit batin umat dengan membawakan ubat yang berkapsulkan ‘ inviting ma’ruf and forbidding d mungkar’…..”
Selamat berPkPD pada penduduk PutraJaya, Selamgor dan WP.
*akhir kalam..*
Manusia biasanya melihat pada HASIL daripada usaha nya, tapi Allah melihat dan mengira pada USAHA kita, bukan hasil yang kita dapat.
Semuanya adalah perkara perkara ghaib, yang kita tak boleh lihat dan rasa dengan pancaindera. Kita tak nampak Allah, tak nampak bagaimana berlakunya tambah tolak kiraan pahala dan dosa, dan tak boleh nampak bagaimana keadaannya syurga dan neraka. Tapi dengan keyakinan yang kukuh pada wujudnya semua itu boleh membantu kita mengemudi kecamuk perasaan tatkala dilanda pelbagai ujian dan kesusahan.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment