PKP212

 *Pkp212* - Dalam duka ada Tawa, Dalam Pilu ada Padu.

Doa ketika di Puji


Assalamu’alaikum...

selawat dan salam buat nabi Junjungan Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat serta pengikut baginda sehingga hari kebangkitan.. 


Apa khabar semua terutama yang di Selangor, Putrajaya dan WP ? Pada saya, Alhamdulillah, seems like that PkpD ini not that bad, kerana sekatan polis tu ada tapi tak banyak. Malah ada juga terasa kebaikan kerana jumlah kenderaan di jalanraya kurang dan “traffic” kurang sesak. Ini satu kesyukuran kerana dalam pKpD ini, kegiatan ekonomi tidak di hentikan, pejabat pejabat baik Kerajaan atau swasta semua beroperasi tapi kebanyakkan meeting diadakan secara VIdeo Conference. Disebalik duka ada tawanya. Alhamdulillah...


Begitulah juga dalam bab ibadah, masjid dan surau telah diarahkan tidak beroperasi sepanjang dua minggu ini. Namun sebaliknya, datang semula saat indah berjemaah bersama anak dan isreri. Berwirid, berzikir, membaca al quran bersama sama. Malah, sudah pasti akan ada saat untuk menadah mana mana kitab bersama ahli. Apatah lagi dengan semua majlis ilmu secara automatik tertangguh. Alhamdulillah jua, saya dan ahli ulangi lagi saat saat indah ini. Dalam pilu ada padu nya.. 


“Cukuplah Allah jadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik baik Pelindung.”


Rasulullah: “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” 


Ya Rabb, Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, kami serahkan semua rasa ini - duka, suka, pilu, padu - kepadaMu Ya Rabb…


Kuatkanlah kami menghadapi setiap ujian yang Kau berikan, Ikhlaskanlah hati kami untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada kami.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati kami maka kami memohon tuntunlah kami untuk tetap berada dalam kebenaran. Amin Allahumma Amin


*Doa ketika di puji*


Hanya ini sahaja untuk pagi ini. 


Puji pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.


Terdapat satu doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan: “ Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji ucaplah : “Ya Allah, jangan Engkau menghukum ku disebabkan pujian yang dia ucap kan ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”. (alBukhari dalam al-Adab alMufrad (761)


Dalam riwayat lain ada  tambahan: “Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan”


Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan)


Wallahu a’lam.


*akhir kalam..*


sekadar renungan untuk kita baca dan fikirkan bersama.


Ada kalanya kita gembira, ada masa nya kita seronok, ada kalanya kita ketawa dan ada masanya kita gelak senyum tapi harus diingat pernah tak kita terfikir disebalik kegembiraan, keseronokan,senyuman dan gelak tawa riang kita ada terselit duka, lara, kecewa dan kesedihan yang bakal menemui kita, dari itu jangan kita leka dan tenang didalam kegembiraan dan keseronokan itu kerana itu semua hanyalah permainan jiwa yang tidak kekal adanya tapi mampu memberi masalah dan penyakit pada hati dan diri..


Selamat BerPKpD..


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

#Rujukan:ALKAFI 1314: DOA APABILA DIPUJI

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S