PKP213
*PKP213* - KALAM PAGI. Kekallah bersama Allah. Masih
Di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Assalamu’alaikum...
Salam Jumaat..
Diluar sana cuaca agak dingin, disini seawal pagi tiba tiba hujan mencurah, terasa Damai juga bila mendemgar suara hujan. Tapi pagi pagi dipagi jumaat, tiada yang lain di kotak fikiran selain dari bagaimana ingin kekal di jalan Allah dalam pada menelusuri kehidupan sedang diri penuh nafsu dan keinginan yang bukan2. Keinginan ini pula, sifatnya bertentangan dengan apa yang Allah suruh. Tidak cukup semata berdoa, kena juga berusaha beramal tapi tidak boleh jika tidak berdoa.
Untuk itu sama samalah kita kekal berusaha jadi antara yang mereka yang beriman, sentiasa berubah menjadi orang yang semakin baik, sentiasa sahaja bertaubat dan bertakwa serta bersujud setiap malam kepada Allah SWT.
Ingat pesanan Rasulullah SAW, iman tidak diperoleh dengan berangan angan, tetapi iman diikrarkan di dalam hati dan dizahirkan dengan amal dan perbuatan, yakin bahawa pada suatu hari nanti manusia akan kembali mengadap Allah apabila dimatikan dan memasuki alam kubur.
Kita perlu yakin akan melalui saat disoal di dalam kubur dan dibangkitkan semula di Padang Mahsyar dan melalui titian sirat, serta tetap yakin akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka Allah. Mohon Allah jauhkan kita dari neraka dalam setiap kali berdoa.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu" dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan pasangan, isteri isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." (alBaqarah, ayat 5)
Rasulullah SAW berpesan, sekiranya bertemu dengan orang yang kaya, lalu kamu menghormatinya kerana kekayaannya, nescaya dua pertiga daripada agamanya sudah dileburkan di sisi Allah. Dalam kehidupan ini tidak akan ada seorang pun manusia yang layak memiliki kekayaan selain Allah SWT.
Manusia yang sentiasa hidup di dalam keikhlasan walaupun dihalangi kesukaran, melayak kan mereka menjadi penghuni syurga kelak. Sukarnya melahir kan keikhlasan sehinggakan Allah menurunkan Surah al-Ikhlas yang dinilaikan satu pertiga al Quran. Mereka yang mampu menjadi kan dirinya ikhlas di dalam beribadah kepada Allah, menunjukkan petanda bahawa dirinya seperti yang digambar kan di dalam al Quran, orang yang sedang bergerak ke arah syurga.
Semoga kita termasuk dalam golongan seperti yang di gambarkan.. Aaminn.
*Akhir kalam..*
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada Mu!” (riwayat Muslim)
Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak untuk menjadikan hati seseorang sesat, maka ia akan disesatkan Nya dan jika Dia berkehendak menetapkan iman seseorang maka akan diteguhkan di atas petunjuk Nya. Hence, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah Nya.
Selamat melata di bumi Allah...
Dari, *NCS*
#Penjarakanfizikal
Comments
Post a Comment