PKP214
*PKP214* - Rentetan dari kisah di belanja makan oleh orang yang yang tidak di kenali di half Way Hut Impian GC. *Lebihnya Suka Belanja Orang Makan.*
Assalamu’alaikum...
Semoga kita dapat semua akan mendapat satu kerehatan yang baik. Dalam masa yang sama, kita juga berharap dengan kita berada di rumah, ia memberi masa pada kita untuk sekali lagi dekat dengan keluarga. Pada masa yang sama, keutamaan kita dalam berhubungan dengan sahabat memberi manafaat pada kita semua.
Semalam, hari jumaat, sekali lagi solat jumaat diadakan dalam keadaan yang hanya sejumlah jemaah sahaja dibenarkan. Awal paginya, saya beriadhah bersama kawan kawan di Impian GC. Seketika kami singgah beradu di pertengahan sembilan lubang yang pertama untuk makan pagi. Ada tiga orang yang lain sedang menjamah makanan di Half-way Hut. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain tapi kemesraan ada sesama kami. Mereka berlalu lebih awal selepas salah seorangnya selesai solat dhuha. Ketika kami ingin menyambung semula riadhah kami, saat hendak membayar apa yang kami jamah kami dapati, mereka yang kami tidak kenali tadi telah membayar untuk kami. Subhanallah. Inilah mereka yang faham tentang lebihnya jumaat. Inilah semua perkara ghaib - perkara baik yang membantu kita “nanti”. Ramai yang tahu tapi tak ramai yang beramal denganya. Kita mungkin tak kisah sekarang tapi kita akan menyesal nanti. Inilah juga telah berlaku pada Imam Ahmad yang telah sanggup patah balik mencari pemuda yang dia terlupa untuk menjawap ucapan Alhamdulillah selepas pemuda itu bersin. Semoga kita semua berada dalam posisi dan keinginan untuk sentiasa berbuat kebaikan diraih di dunia dan akhirat...
Untuk pagi ini, kita komgsi satu isu: *SubhanAllah! Kelebihan Suka Belanja Orang Makan.*
Menjamu makanan pada sesiapa sahaja adalah seperkara yang baik dan mempunyai banyak kelebihan.
Saiyidina Ali ra; “Jika aku dapat mengumpulkan rakan rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku dari aku memerdekakan seorang hamba sahaya.”
Saiyidina Ibnu Umar r.a pula berkata; “Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan rakannya.”
Pernah terdengar satu kisah dari seorang uztaz tentang kelebihan dan keberkatan hidup diperolehi oleh orang yang suka menjamu orang lain makan. Semoga kisah ini bermanfaat pada kita semua.
Ada seorang pakcik ini, umur sudah dekat 75 tahun. Namun badan sihat, muka ceria dan rezeki murah. Apa saja yang dia nak, semua Allah mudahkan. Keluarga bahagia, cucu cucu semua hafiz Hafizah. Bahkan ada jadi Maulana besar di Seri Petaling. MasyaAllah.
Ada orang tanya, apa rahsianya? Pakcik itu pun kongsikanlah.
“Sebenarnya dahulu hidup saya susah juga. Kemudian seorang ulama pesan pada saya, selalu lah jamu orang makan kerana Allah. Tanpa perlu suruh orang itu doakan pun, pasti Allah akan bagi rezeki yang luar biasa. Allah bagi keluarga bahagia. Allah tak bagi kaya tapi Allah bagi senang. Semua yang kita nak, in shaa Allah akan dapat. Allah bagi umur panjang, fikiran tenang dari duniawi, akh1rat jadi matlamat, tubuh badan sihat walaupun umur macam ni, Alhamdulillah masih lagi dapat keluar dakwah dengan orang orang muda.” Katanya.
Itulah pengajarannya. Bila kita gembirakan orang kerana Allah, Allah akan gembirakan kita. Ada pula sesetengah orang yang kurang cerdik, nak gembirakan manusia, dia sanggup cari pula murka Allah. Orang macam ini biasanya hidupnya sempit dan tak tenang. Ini kerana nak cari redha manusia, sanggup dia abaikan perintah Allah.
Jamu orang makan ini, tidaklah semestinya kena Briyani, tetapi biskut cicah teh pun sudah dikira menjamu. Memang sifat suka menjamu ini sudah sebati dalam diri mereka. Semoga Allah mengurniakan kita sifat mulia seperti ini juga. Amin.
Gemar memberi makan kepada orang lain kelak memperolehi naungan pada hari perhitungan amal. “Tiga perkara siapa pun yang ada padanya, kelak akan dinaungi oleh Allah di bawah arasy-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu, berwuduk pada waktu cuaca dingin, mendatangi masjid meskipun gelap dan memberi makan orang yang kelaparan.” Hadis Riwayat Abu Muslim.
*Akhir kalam..*
Manusia yang cerdik ialah yang mencari redha Allah, walaupun di sana ada manusia tak suka. Allah pasti akan angkat orang sebegini dan memuliakannya.
Tanya diri kita; Bila korang last belanja makan family, kawan kawan atau orang yang susah?
Buat pahala dengan berbelanja orang sebegitu adalah jauh lebih baik daripada memberikan wang pada mereka yang ke sana sini meminta sedekah pada orang ramai.
Semoga murah rezeki hari ini.
Wallahu’alam
Wassalam
Barakallahufikum....
Ikhlas dari, *NCS*
Comments
Post a Comment