PKP216
*PKP216* - JANGAN ADA MANIAC MONDAY. INGAT PESAN NABI SAW...
Assalamu’alaikum...
Semoga kita memulakan hari kita dengan sesuatu yang baik. Demi untuk keberkatanNya. Hari ini walaupun dalam PKPD di negeri Selangor tetapi semua kegiatan ekonomi dibenarkan. Hari ini, Isnin, biasalah di daerah ini, hari pertama bekerja dalam minggu ke tiga di bulan Oktober.
Sama sama kita memulakan gerak kerja kita hari ini dengan : Membaca doa sebelum keluar rumah, keluar bekerja dengan niat ikhlas kepada Allah SWT mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga dalam masa yang sama menyumbang pada masyarakat, bekerja sungguh sungguh dan gigih demi pesan Nabi saw bahawa Sesungguh nya Allah mencintai hamba yang bila bekerja, dia menyempurna kan pekerjaannya, tunaikanlah tugas dan tanggungjawab dalam pekerjaan dengan jujur amanah, tidak menyalahgunakan jawatan, kuasa dan harta, elakkan diri dari pekerjaan haram atau syubhah - yang tidak jelas halal haram nya,
elakkan dari dosa dan mungkar kerana ia boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki, semtiasalah bersyukur dengan apa yang ada,
jangan lupa bersedekah dari apa yang diperolehi, jangan sesekali jadikan alasan sibuk mencari rezeki hingga tidak beribadat dan hujungnya, “ Bertawakallah kepada Allah SWT” sesudah berbuat tugasan.
Untuk pagi ini sebelum memula kan kerja, sama sama kita hayati pesan nabi saw...
*INGATLAH PESAN NABI SAW:*
• “Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah”
(Bukhari)
•”Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang hamba yang bila dia bekerja, dia sempurna kan pekerjaanya”. (Tabrani)
•”Wajib ke atasmu jujur kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan ke syurga serta seseorang selalu jujur dan memelihara kejujuran hingga ditulis dan di sisi Allah sebagai orang jujur.” (Tirmizi)
• “ Tiada sesuatu yang boleh menambah umur kecuali kebajikan dan tiada sesuatu boleh menolak takdir kecuali doa. Sesungguhnya seseorang akan tercegah daripada rezeki oleh sebab dosa yang dia lakukan” (Ibnu Majah)
• “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah”
(Muslim)
• “Wahai anak Adam, kerjakan lah ibadat semata mata untuk Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kemiskinanmu. Jika kamu tidak mengerjakannya, maka Aku penuhi dadamu dengan kesibukan tetapi Aku tidak menutup kemiskinanmu.”
(IIbnu Majah)
Semoga kita semua terpimpin dengan saranan saranan dari nabi saw ini.
*Akhir kalam...*
ISLAM sediakan adab untuk diamalkan oleh setiap orang beriman dalam mencari rezeki, baik untuk pekerja awam atau swasta mahupun bekerja sendiri.
Ini untuk memastikan setiap pekerjaan dalam bentuk rezeki halal, hingga meraih keredaan Allah SWT.
inilah rahsia orang beriman yang hanya memiliki pendapatan kecil atau sederhana tetapi bahagia dalam kehidupannya sama ada sebagai individu mahupun keluarga.
“ Sungguh kalau kamu sekalian bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sungguh sungguh, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia berangkat pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Tirmizi)
Selamat melata dan bertugas di bumi Allah..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written and Edited by: *NCS*
#Ref:adadpekerjaangajiberkat
Comments
Post a Comment