PKP217

 *PKP217* - Hati yang sejahtera.

Tahniah subuh berjemaah bersama ahli. Jom Wirid...


Assalamu’alaikum...


Dimulakan dengan ucapan kesejahteraan buat semua. Dan sejahtera itu Allah dan datang dari Allah. Nanti setiap kali usai  solat, jangan lupa baca satu wirid dan masa membacanya, bacalah dengan penuh khusyuk dan rasakan kita sedang meminta keamanan dalam hidup dan jiwa kita dari Allah. Selain dibaca saat wirid solat, bacaan ini biasa dibaca saat zikir dalam sendirian baik saat kita berdiri, berbaring atau duduk. Bacaan wirid Allahumma Antassalam ini isinya sangat luar biasa kerana kita memohon keselamatan baik di dunia dan juga di Akhirat dengan memuji kebesaran Allah. 


Sama sama kita baca: 


‎اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْ خِلْنَ الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَا لَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ


"Ya Allah, Engkau adalah Zat yang mempunyai kesejahteraan dan dari Mu kesejahteraan itu kepada Mu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu. Ya Tuhan kami, hidupkanlah kamu dengan sejahtera. Masukkanlah kami kedalam syurga kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan."


Itulah mengenai bacaan yang berbunyi "Allahumma Antassalam..",  disertai dengan ertinya. Mungkin ramai yang sudah hafal bacaan ini, cuma belum tahu maknanya, semoga sharing ini menambah wawasan buat rakan sahabat sekalian.  aamiin.


Semua tahu wirid ini, tinggal lagi kita nak hayatinya agar kita tahu untuk tenang dan sejahtera dunia dan akhirat, kita kena mintak dengan Allah. Bacalah dengan penuh kefahaman, moga ada kebaikan.


*Allah Yang Maha Sejahtera*


Dia lah Allah Yang Maha Sejahtera, Allah Yang Maha Selamat dan dari Nya datang keselamatan, tidak akan selamat seorang hamba kecuali dengan keselamatan dari Nya, dan tidak akan sempurna sesuatu  kecuali dengan taufik dariNya Yang Maha Suci. Dialah Yang Maha Pemberi selamat, Yang selamat dari segala kekurangan dan aib, Yang menyelamat selainnya dari mara bahaya dan keburukan


*Akhir kalam..*


Dalam berdepan dengan Saat PkPB ini kita kena tenang dan damai, untuk itu selalulah berzikir. Alhamdulillah. Setakat ini, solat berjemaah, tadarus berjemaah di rumah ada memberi hasil yang baik, moga Allah kekalkan kita dalam keadaan yang baik baik dan di siramkan dengan takdir yang baik baik. Rindu pada majlis majlis ilmu semakin membuak buak, hanya tinggal you tube sebagai ganti. 


Di sini saya titipkan terjemahan firman Allah yang bermaksud, “(yaitu) pada hari itu harta dan anak anak lelaki tidak berguna, kecuali orang orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera…” (Surah asy-Syu‘araa’ ayat 88~89)


Hati yang sejahtera (baik) di dalam ayat di atas bermaksud orang yang meninggal dunia dengan keimanan, ketaqwaan kepada Allah SWT, dimana akhir kehidupannya dapat mengucap kalimah syahadah, kehidupan mereka di akhirat nanti akan mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT. Itulah kesudahan bagi mereka yang memiliki hati yang sejahtera (baik) atau qalbun salim.


Allahuakbar 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON