PKP218

 *pkp218* - COVID 19 Makin Meruncing. Al Quran rungkai permasalahan ummah...


Assalamu’alaikum..


Keadaan semakin meruncing, tegang juga suasana di luar sana dengan hari demi hari jumlah yang dijangkiti Covid 19 makin meningkat. Sultan selaku pemerintah juga telah bertitah akan kebimbangan nya. Para umarak pun semakin hampir pada keputusan untuk sekali lagi merujuk pada “lock down”, tapi mengenangkan ekonomi yang baru saja nak pulih, dan keadaan pula masih lagi terkawal walau pun ianya merungsingkan. Setakat ini hanya PKP Bersyarat di kenakan. 


Selaku muslim, apa yang ada pada kita untuk kita lakukan. Jangan lupa pada perkara perkara ghaib : percaya pada Allah, Nabi, malaikat, kitab, hari kiamat dan qada’ dan Qadar. Inilah yang teratas hendak kita kendong dalam keadaan apa jua sekalipun. 


Al Baqarah :2 -3.


‎ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ


“Kitab AlQuran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah, tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang orang yang (hendak) bertaqwa”


‎الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ


“Iaitu orang orang yang beriman kepada perkara perkara yang ghaib, dan mendirikan solat serta menderma sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”


Sebab itu, Nabi menyarankan umatnya supaya tak tinggal baca al Quran tiap hari. Hati orang yang selalu baca alQuran akan sentiasa tenang, dijauhi dari bisikan syaitan dan dihormati. Tapi jangan riya’, sombong, takabbur pula, khuatir Allah hadirkan ujian berat yang menguji keimanan. Maka, berpada padalah. 


Hakikatnya, satu keperluan pada kita menjadikan kisah yang ada dalam alQuran sebagai sumber motivasi dalam kehidupan kita, ubat kepada kesedihan, menjadi penyembuh kepada keperitan ujian hidup, peneguh jiwa dan hati serta penunjuk kepada jalan yang lurus.


Allah jamin seluruh penyakit yang menimpa seorang pasti ada ubatnya. Rasulullah saw bersabda. “Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan akan menurunkan pula obat untuk penyakit tersebut ” (Bukhari)


Tinggal pada kita untuk bersabar dan berusaha. Alhamdulilah. Sepanjang PkpB ini, usaha kami anak beranak paling tidak akan membaca surah Al Mulk seusai solat isya’ berjemaah. Kami jadikan surah ini sebagai sebahagian dari wirid  solat isya’. Semoga ini juga akan jadi pendinding dari Covid 19. Tapi yang pastinya, kami harap kan ia menjadi pelindung kami dari azab kubur. Nak nak saat mati, tiada siapa yang tahu. 


Saidina ‘Abdullah bin Abbas: “Sesiapa membaca surah AlMulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah swt di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al Mulk.”


Sekiranya seseorang itu selamat darip seksaan di alam barzakh, dia juga selamat menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat. Jika sudah menerima seksaan di barzakh, sudah pasti tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar selepas itu. Maka, Nabi SAW mengajar kita cara untuk selamat dan selesa berada di alam barzakh, antaranya baca Surah Al Mulk pada setiap malam. 


Kita tak akan nampak kelebihan ini sekarang sehinggalah kita melihat sendiri mereka yang istiqamah beramal akan dapat habuan di barzakh dan mahsyar. Sepatutnya, orang beriman tidak boleh memandang ringan nasib dan perihal di alam barzakh. 


Semoga kita semua aman, tenang dan damai bersama keluarga masing. Dan beramal dengan apa yang Allah janjikan dalam mengekang Covid-19.


*Akhir kalam...*


Persediaan untuk alam barzakh dan mahsyar wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.


Abu Darda, “Tiga perkara yang membuat menyebabkan aku ketawa dan menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia walhal kematian sedang mengejarnya, mereka  yang ketawa terbahak bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhan reda kepada nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”


Istiqamahlah dengan AlQuran. Moga jadi pengubat pada isu Covid 19 juga nanti. Apatah lagi, dengan kematian yang pasti akan di rasai semua. Maka, Sebelum tidur, pastikan ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al Mulk dan ditakdirkan meninggal dunia, Allah akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita jadi sebahagian taman daripada taman syurga.


KItab suci al Quran adalah sumber rujukan terbaik dalam penyelesaian masalah, isu dan krisis. Bukan hanya untuk umat Islam, tetapi untuk sekalian manusia...


Sekian..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam..


Ikhlas dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S