PKP219

 *PKp219* - Yang Nyata Pesan ini Untuk Kita semua: Tiga Nasihat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW...


Assalamu’alaikum...


Dalam merenungi perjalanan hidup seawal pagi ini, tiba tiba terpandang satu ayat, jadi saya  nak mulakan pagi ini dengan terjemahan sebagian ayat 40 dari surah Af Fusilat: 


"Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan Allah akan membalasnya)".


Hasil dari sini teringat saya pada satu bacaan yang pernah dibaca mengenai tiga pesan Jibrail as kepada Nabi saw. Dan INDEED, pesanan itu adalah untuk kita semua: 


"Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, 

Cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya, Berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya”


Sekadar untuk ingatan dan jangan keras kepala dalam bab kematian, jangan sombong kerana sebebas bebasnya hidup pasti akan dibatasi kematian. Hal yang terburuk bagi manusia ialah kematian, kerana dengan kematian, manusia tidak akan boleh berbuat apa apa lagi kecuali bergantung pada amalan. 


Setiap mukmin dibebaskan mencintai siapa saja di antara semua makhluk, sesungguhnya mereka akan berpisah akhirnya. Maka, jangan sampai kita ini seorang mukmin menyibukkan hatinya dengan kesenangan dunia yang fana semata mata. Semuanya akan pergi dari kita, dan kita juga   akan pergi dari semua yang ada.  Maka sibukkanlah hati dengan kecintaan terhadap Zat yang tidak akan pernah berpisah dan tidak akan pernah terpisah, ingat Allah SWT dan lakukan amalan soleh yang dicintai Nya. Akhir sekali, “Berbuatlah sesukamu" yang beerti manusia bebas buat apa saja yang baik dan juga yang buruk sesukanya. Namun, semuanya akan berakhir saat kematian datang, selanjutnya ingatlah bahawa akanada perhitungan pembalasan di akhirat. Jadi, setiap orang akan diberi putusan sesuai dengan akibat dari setiap perbuatannya.


Itu sahaja pagi ini dari saya kepada diri saya dan untuk semua yang membacanya..


*Akhir kalam..*


Dalam ketiadaan majlis majlis ilmu di masjid atau surau secara live sekarang ini due to SOP pkp, teruskan mencari ilmu dimana mana kerana kita sudah kesuntukan masa sebenarnya tapi kita tetap tak sedar. Kata Sayyidina Ali ra: manusia tidur, dia sedar bila dia dah mati. Semoga kita diberi pengampunan dan juga kesedaran sebelum mati. 


Perkongsianini, meskipun hanya dari insan yang lemah seperti saya ini, setidaknya menjadi tadzkirah dan boleh memberikan kesejukan bagi rohani. Pasalnya, hati yang tidak mendapatkan nasihat akan gersang, bahkan hati boleh mati.


Selamat melata di bumi Allah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam..


Ikhlas dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S