PKP220

 *PKP220* - PKP MAKIN “DEEP”.

Sama sama Jaga Diri: Baik di dunia zahir mahupun Alam Maya


Assalamu’alaikum...

Salam pagi jumaat, dingin pagi ini, sehari dua ini ada hujan datang bersilih dengan panas tapi khamis kelmarin di bumi kajang cuaca nya siang bersama mentari malap. Teduh sepanjang hari. Mungkin kerana itu juga ia menjadi dingin malam tadi dan pagi ini. Terimakasih ya Allah atas rezeki ini. Jangan lupa terus berdoa..


Sama samalah kita jadikan ruang maya ini tempat  berilmiah dan tempat untuk kongsikan segala ilmu, pengalaman, peristiwa, amalan, hobi dan apa apa saja yang berlaku dalam hidup yang boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga segala yang di kongsikan disini dapat dijadikan bekal mengadap Yang Maha Esa. Elakkanlah berkongsi sesuatu yang menambah ke akaun dosa kita, kerana kita sudah cukup berdosa di ruang dunia yang zahir disana. Apatah lagi kalau perkara negatif yang kita share disini di viralkan pula oleh kawan kawan. Bayangkan berapa juta kita menanggung dalam akaun dosa kita. Itu baru satu hari, kalau tiap tiap hari? 


.Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskan, nya, anak soleh yang ditinggal kannya,  mushaf (kitab kitab keagamaan) yang diwariskan nya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya." (Ibn Majah)


Berdasarkan hadis itu, kata penafsir, ada tujuh amalan memperindahkan laluan kita ke syurga. Maka, pilihlah salah satu, jangan tinggalkan semua, buat mana yang mampu. Antara yang diatas, kita tidak perlu tunggu jadi ustaz pun untuk lakukanya, iaitu sebarkan ilmu manafaat. Amat besar rahmatnya bagi yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat.


Usahakanlah jalan ke syurga, walau seteruk mana pun kita kerana kita pasti akan menyesal jika tidak lakukan ketika di dunia. Cubalah sedaya upaya yang mampu. Jika tidak mampu dari segi material, barangkali, kita juga boleh didik anak anak kita menjadi anak yang soleh mudahan mereka mengalirkan manfaat dan mendoakan kita tatkala kita sudah tiada lagi di dunia.


Jika mengumpat, berbohong, memfitnah dan seumpamanya itu haram hukumnya dengan lidah, maka menulis di ruang ruang Facebook, blog, Twitter, e-mel, WhatsApp, telegram dan yang “sewaktu” denganya juga haram hukumnya. Kita tidak perlu ada ilmu fikah yang berbeza untuk menetapkan hukum itu kerana apa sahaja yang haram dibicarak kan dengan lidah, maka hukum nya haram juga jika disebarkan melalui penulisan atau di internet.


Kita perlu ingat dan berhati hati ada kala apa yang dituturkan atau ditulis yang disangka seolah olah perkara remeh, namun di sisi Allah SWT ia amat besar sama ada diredhai atau dimurkai.


Dari Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda: "Seorang yang menuturkan satu perkataan yang diredhai oleh Allah SWT dengan menyangka ia remeh, namun di sisi Allah SWT ia suatu yang amat diredai Nya, nescaya Allah SWT akan mengangkat darjatnya dalam syurga; mana kala seorang lain menuturkan perkara yang disangkanya remeh, namun menimbul kemurkaan Allah SWT nescaya Allah SWT akan mencampakkan ke dalam neraka." 

(Bukhari)


Sekadar untuk renungan dan tindakan bersama. Pesanan untuk diri sendiri di pagi jumaat yang mulia ini..


*Akhir kalam..*


Ramai yang tahu dan sedar tapi tak mahu ambil kesempatan, ada kah nak tunggu lihat bagaimana rupa syurga dan neraka dulu? Takut terlewatlah pulak nanti...


Media sosial sepatutnya digunakan sebagai media dakwah kerana ia medium paling ampuh menerangkan mengenai Islam, iuga mendekatkan masyarakat pada Islam, masa yang sama memperbetulkan salah faham berkaitan Islam.


Seperkara sebelum berundur,  apa juga berita yang dibaca di media sosial, anggaplah ia maklumat mentah yang perlu diproses untuk disahkan terlebih dahulu.  Tanggungjawab kita siasat dulu maklumat yang diterima supaya dapat dipastikan kesahihannya. Nak nak di musim PkP ini..


"Wahai orang yang beriman, apabila datang padamu orang fasik membawa berita, maka siasatlah terlebih dahulu supaya kamu tidak menimpakan mudarat kepada orang lain atas kejahilan kamu dan kemudiannya kamu menyesal." (al Hujurat, ayat 6)


Oleh itu, berhati hati dan jangan sangka kita bebas di alam maya, sedangkan kita dipersoalkan atas setiap perlakuan di Padang Mahsyar. Hanya kekuatan iman dan keinsafan yang akhirnya kita dipertanggung jawabkan di hadapan Allah sahajalah yang akan menjadi benteng untuk berakhlak mulia.


"Tiadalah seseorang itu mengucapkan apa apa pun melainkan di sisinya ada yang menulis." (Qaf, ayat 18)


Selamat melata di bumi Allah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S