PKP221
*Pkp221* - Fitrah Manusia. Jangan lari dari hakikat.
Assalamu’alaikum..
Mohon maaf semua, semalam catatan tertulis Pkp ke 130, jauh patah balik belakang. Sepatut nya semalam adalah hari pkp ke 220. Ingatkan semakin pulih tapi semakin pula merapati ke tahap diistiharkan darurat. Tapi jaga jaga hati hati jangan sampai sebarkan berita yang tak pasti, cerap dulu betul betul, jangan kita timbulkan panic.
Dan kita tetap dengan tugasan kita, balik ke fitrah kita setiap kali bangun pagi. Kita mahkluk Nya dianugerah akal, cenderung diri mencari hakikat diri di atas muka bumi.
Ar Rum ayat ke :31
۞ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal amal bakti) serta bertaqwalah kepadaNya; dan kerjakanlah solat dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana mana golongan orang musyrik”
Ibnu Katsir ada menegaskan, manusia ada fitrah bertuhan. Manusia makhluk yang sangat menarik, yang paling unik, dijadi kan dalam bentuk yang baik dan satu ciptaan Tuhan paling sempurna. At tin ayat 4 :
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”
Kita kena sedar kedudukan kita manusia sebagai pembangun peradaban. “Dia telah hidupkan kamu di bumi dan memberi pula kamu kesukaan memakmurkannya (menjadikan kamu sebagai pembangun kemakuran)."
Kerana itu kita kena kembali pada fitrah kita yaitu beragama. Jangan tinggal agama walau kita jauh melangit mana sekalipun. Sejarah umat manusia sudah menunjukkan bahawa dengan menyampingkan agama dan lebih utamakan ilmu juga akal manusia semata mata telah membawa krisis malapetaka. Kenyataannya, agama sangat diperlukan oleh manusia sebagai pegangan hidup hingga ilmu akan menjadi lebih bermakna.
Terimalah hakikat, sang manusia statusnya dihadapan Allah ialah satunya, sebagai Hamba Allah dan keduanya, sebagai khalifah Allah di dunia, mengatur alam dan mengelola kehidupan dengan tetap tunduk dan patuh pada sunnatullah. Agama dan kehidupan beragama ialah "fitrah" manusia. Yang nyatanya, Islam adalah agama mengikuti perintah Allah.Malah ia bukan dalam bab keagamaan saja, tapi juga dari segi cara berpikir dan juga menghormati sesama manusia.
Walaupun kini Islam sesungguhnya sudah susah untuk dijumpai dilaksana kan seperti tika zaman Rasul dulu, namun, alangkah indahnya bila kita cuba usaha membawa kembali masa masa tersebut dalam diri dan keluarga hingga membuktikan hakikat manusia sebagai khalifah dan Islam itu Indah serta damai.
Semoga kita sentiasa kekal berusaha untuk berada dalam fitrah kita yang azali.
*Akhir kalam...*
Terjadinya Nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ada menbawa suatu maksud mendalam. Kita sebagai manusia seharusnya merenung sejauh mana kita telah menjalankan amanah, tanggungjawab dan peranan sebagai khalifah.
Penilaian kejadian kita sebagai manusia bukanlah atas sebab kita “dijadikan” tetapi mengapa kita diperintahkan beriman pada Nya, itu adalah lebih utama.
Sedarlah, keistimewaan yang sangat luar biasa Allah berikan pada kita sebagai umat Nabi Muhammad saw. Keistimewaan itu adalah Agama Islam. Betapa Tidak? Allah lebih menyukai kita umat terakhir dibanding umat terdahulu. Bahkan solat kita selaku seorang Muslim lebih Allah sukai daripada solat sang Malaikat.
Allahuakbar..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written & Edited by: *NCS*
Comments
Post a Comment