PKP223

 *PKP223* - Prosa Pagi Si Pendosa. Di awal pagi ketika masih dalam PKP, darurat berpolitik?? 


Assalamu’alaikum....

Maaf agak lewat pagi ini, terimakasih ya Allah istirehat yang panjang atas izin Mu. Biiznillah...


Mubarak’alaikum pada yang solat berjemaah bersama ahli keluarga seawal waktu subuh. Terutamanya yang di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya. Disini masih kedengaran pengumuman oleh muazzin selepas azan subuh memaklumkan solat subuh lah di rumah masing masing. Moga Allah merahmati kita semua dan juga para muazzin yang betugas akan diberi balasan sewajarnya seperti yang di janjikan. 


Moga azan ini semua  sampai ke langit,  bukan hanya orang Bumi sahaja dengar tetapi makhluk di langit seperti malaikat dengar, dan sampai ke langit.


Dari Ibnu Umar r.a , Nabi saw : “ Allah mencurahkan ampunannya kepada para muazzin, sampai di mana suara nya didengari dan setiap yang basah ataupun yang kering yang mendengar suaranya itu akan menjadi saksi baginya”


Dan kita selaku yang mendengar nya hendaklah menjawab azan sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa doa selepas azan seusai mendengarnya.


“Jikalau manusia mengetahui akan kelebihan azan dan saf awal, dan mereka tidak akan mendapat keputusan siapakah yang layak melainkan dengan cara undi, maka mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui kebaikan yang terdapat dalam bersegera solat nescaya mereka akan berlumba2. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan pada solat subuh dan isyak nescaya mereka akan mendatanginya walaupun perlu merangkak.” Dari Hadis Sahih Bukhari  dalam Bab Azan, 580.


Untuk pagi ini saya nak sertakan satu prosa pagi, Semoga kita semua akan merasainya...


*Prosa Pagi Si Pendosa*


Malam tadi, aku termanggu sendirian, hati tersentuh pada setiap salah dan janji pada Allah yang aku sendiri juga yang menyanggah. Aku juga selalu berkata “astaghfirullah” tapi hati masih juga lagi bermaksiat. Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih berdosa sama. Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan masih ku ulangi. Aku berkata “subhanallah” tapi aku tidak pula menghayatinya. Aku sering kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur kurniaanNya. Aku berkata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih pqda dunia. Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal. Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka. Aku kata aku ingin mendekati Mu. Tapi amalku tak seiring dengan kata kataku. Aku malu dengan sepasang mata kurniaan ini, kerana air mata mengalir seakan akan sia sia sahaja.  Aku malu dengan tangan yang sudah lelah menyapu air mata, kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan kekesalan.

Bahkan aku malu dengan makhluk lain, kerana aku insan yang dinodai dosa.. Sedangkan sang makhluk lain yang hanya ada jasad tidak disentuh walau sekelumit dosa.


ALLAHUAKBAR....


*Akhir kalam..*


Setiap manusia punya ujian hidupnya yang tersendiri dan lebih baik kita diberi Ujian dari Tidak, kerana Manusia sering Alpa . Hanya mencari Tuhan bila perlu. Ujian itu tanda Allah sayang kita dan Allah tidak akan menguji hamba nya diluar dari batas kemampuannya . Betapa Sang Khaliq itu Penyayang lagi Maha Pemurah. Jadi Seorang yang Qawii kerana Always be with you. Nikmatilah Hidup yang Sementara Kerana kelak boleh istirehat Selamanya


Wallahu’alam 

Barakallahufik 

Wassalam


Edited & Written by: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog