PKP224
*PkP224* - Jangan Biarkan Kami Seorang Diri
Assalamu’alaikum...
Sambung lagi kami di Selangor, WP dan PutraJaya, seminggu lagi, mungkin “deserve” kerana angka masih mencanak. Cuma Pkp “Bersyarat” ini, bila di amati berbeza dengan PkP pertama dulu, ketika pertengahan March. Pkp yang pertama dulu, tiada lamgsung kegiatan diizinkan, jadi, semua aktiviti berlaku hanya didalam rumah. Inilah yang ramai dari kita, ketika itu, senang menyatukan ahli keluarga. Pendek kata, waktu solat lima waktu ketika itu, setiap hari berjemaah sekeluarga di ruang tamu rumah. Tapi tidak untuk PKPB, semua ahli akan berterabur. Malah, dengan tertutupnya masjid dan surau, ramai yang ketika azan di alunkan berteraburan. Selama dua minggu berlalu, dalam PkPB,
saat maghrib masuk waktunya, saya sendiri pun terjebak dengan suasana “complacent” berada di luar rumah, tidak terasa tergesa gesa kerana tahu, kena balik rumah sahaja tidak perlu ke surau atau masjid. Inilah yang amat dirisaukan, satu kelaziman yang akan membuatkan lama lama kita terlalai. Semoga datang lah bantuan Allah untuk tidak menbiarkan kita mengurus kan kehidupan kita sendiri.
Untuk pagi ini, sama sama kita renung kan takdir kita dalam merentasi masa menuju pada penghujung kehidupan. Sama sama kita gali bab “Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Diriku Sendiri”
*Doa ALLAH Jaga Kita Setiap Masa*
ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ
“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri”
بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
“Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan”
أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ
“Perbaikilah untukku urusanku semuanya”
وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
“Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata”
Doa ini amat besar maknanya. Ia menggambar kebergantungan dan pengharapan sang makhluq kepada Khaliqnya. Amalkanlah doa ini dan hayatil maksudnya. Biiznilah, akan datang sakinah dan tawakkal yang tinggi kepada Allah Ta`ala di dalam diri kita semua, in syaa Allah.
Indeed, dalam perjalanan harian kita, kadangkala kita ada waktu yang panjang tapi ada juga kerja yang tidak selesai. Sebaliknya kadang kita punya waktu yang sempit, tetapi kita boleh pula selesaikan kerja yang besar. Realiti ini mengingatkan kita bukan waktu semata yang membuatkan kita mampu buat sesatu pekerjaan, ada faktor yang lebih penting lagi, yaitu bimbingan dan panduan dari Allah SWT yang menjadikan waktu kita menjadi akan lebih produktif dan bernilai. Ketika Allah membimbing urusan kita, begitu mudah kita dapat selesai kan sesuatu. Ketika Allah tinggal kan urusan kita, hal yang mudah kadangkala dah ada di depan mata pun menjadi sangat sulit dan rumit.
Sekali lagi, pada kesempatan ini, saya share juga dari Ali Abi Talib mengajar kita satu doa; “Ya Allah, jangan Kau biarkan kami mengurus urusan kami sendiri (tanpa pertolonganMu) walau pun hanya sesaat”. Doa ini mengisyarat kan betapa kita perlu bimbingan dan panduan Allah dalam setiap gerak dan pilihan hidup kita. Pilihan yang keliru memungkinkan menjadi rosak.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang orang yang terdedah pada hidayah Allah.
*Akhir kalam...*
Semoga Allah terus bimbing dan memandu setiap detik dalam perjalanan hidup kita.
“ Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikiran nya” (AlBaqarah, 269)
Sama sama kita cari fikiran dan perasaan yang boleh menjadi kan hati lapang, perasaan menjadi tenang sambil jiwa pula dipenuhi kedamaian dalam padamengharung malam serta siang.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment