PKP225

 *PKP225* - TRIBUTE TO ARWAH PAK KASSIM. Di Sebalik Kematian. Ianya Berguna untuk kita yang masih hidup, jika kita tahu.


Assalamu’alaikum..


Di penghujung terowong sebuah kehidupan akan ada noktah yang  bernama kematian. Tidak ada lagi insan bergelar manusia semenjak dari zaman Nabi Adam as yang bertahan hidup hingga ke zaman ini. Biarlah dia seorang Nabi atau Rasul sekalipun apa tah manusia manusia berstatus raja atau menteri atau kaya atau hebat mana pun, semuanya pasti akan mati. Malah, nabi Isa as yang di ceritakan didalam Al Quran ( An-Nisa’: 157 159), diangkat Allah ke langit sana, pasti akan turun juga ke bumi untuk dua tujuan: membantu Imam Mahdi menbunuh dajal dan kalahkan yahudi. Keduanya, turun semula ke bumi untuk mati dan dikuburkan di bumi Allah. Itu lah nasib takdir kita, kita semua akan mati. 


Itulah sedikit pengajaran yang bermain di minda lewat petang semalam seusai menerima berita kematian seorang kawan bernama Kassim Bin Hussin pada usia 64 Tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Apa pun kematian nya melalui satu proses yang mudah, ketika beriadhah golf bersilaturahim dengan kawan kawan, lalu jatuh tanpa ada derita sakit apa apa, dia disahkan meninggal. Walaupun tidak rapat dengan arwah tapi sekali kami pernah beriadhah bersama dan saya tahu benar tanggapan arwah pada sukan golf - demi untuk riadhah dan ukhuwah. Alhamdulillah, perginya beliau tanpa ada saat memyusahkan ahli keluarga, rakan taulan, tidak terbaring sakit lama bertahun, tapi dalam keadaan mudah sedang beriadhah dan berukhuwah. Semoga ada kira kira pahala disisi Allah untuk dua perkara ini. Berkenaan urusan menguruskan jenazahnya, ramai kawan kawan rapat arwah yang terlibat dan ini membenarkan kata kata bahawa bila kita mati, memang kubur masing masing tapi kita tetap perlukan yang hidup untuk uruskan. Oleh itu, jangan lah kita mendabik dada kata bahawa kubur masing masing bila kita diberikan sesuatu peringatan atau tefuran terutama tentang mati kerana jasad kita hendak ke liang lahad amat perlukan bantuan yang masih hidup. Apatah lagi untuk memandikan, kafankan dan solatkan. Yang hadir untuk mandikan, kafankan, solatkan sudah tentu mereka yang ada ilmu dan yang ada ilmu inilah yang berani menegur kita dalam bab kehidupan yang perlu berlandaskan islam. Waha Ncs dan sahabat sekaiin, Renungkan lah, masanya sudah “time” untuk kita sedar nasib kita selaku manusia. 


Dan ada satu perkara yang semua yang ada dalam satu whatsapp Group akan rasa kehilangan arwah. Hal itu ialah setiap awal pagi, dia akan “post” 

ucap salam dan kata kata hikmat untuk tatapan yang membaca. Ini adalah satu usaha yang saya yakin akan ada habuannya disisi Allah. Dan ketika saat inilah baru kita akan sedar bahawa setiap perkara baik yang kita lakukan,

akan menjadi berguna pada kita walaupun semudah berkata kata baik didalam ruang seperti ruang maya whatsapp. 


*TRIBUTE TO ARWAH PAK KASSIM*


Pagi ini saya share whatsapp yang terakhir dari arwah dalam satu whatsapp Group. 


“Assalamu’alaikum. 

Pahala itu di jual kepada semua orang TETAPI tidak semua yang mahu membelinya kerana nilai nya tidak laku didunia TETAPI amat bernilai di akhirat sana. Selamat pagi semua”


Sama sama kita panjangkan pesanan ringkas ini ke dalam group yang kita kenal, semoga pahala kebaikan berterusan untuk arwah di alam barzakh sana. 


Memulakan perbuatan baik amat banyak untungnya. Kita hantar hal yang baik, di kongsikan ramai orang malah ada yang beramal. Ertinya, orang yang menunjukkan suatu kebaikan seperti mengajar ilmu, dia juga akan dapat pahala sepertimana pahala orang yang dia maklum kan. 


“Barangsiapa yang menunjuk kan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala seperti mana pahala orang yang mengerjakannya.” (Muslim)


Antara amalan kebaikan yang boleh kita usaha merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan. Inilah kelebihan dan anugerah besar dari Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan Nya.


Cukup dulu untuk pagi ini, moga Allah memberi kebaikan pada kita semua hasil dari sedarnya kita disebalik kematian. Apa yang dilalui para arwah arwah akan dilalui oleh kita semua. Bayangkan kita berada di alam barzakh pada malam pertama, dan didunia sini, para sahabat sanak saudara terkejut dengan ketiadaan kita, macam macam cerita dibicarakan tentang kita. Tapi yang pasti, kita akan tinggal berseorangan di alam sana hanya yang ada amalan amalan baik untuk membantu.


*Akhir kalam...*


AlFatihah untuk arwah arwah semua. Tinggallah kita setiap kali menerima berita kematian untuk kita hayati dan renungi. 


Bila tibanya saat untuk kita kembali menghadap Allah, perkara yang perlu diingati ialah jasad sudah tiada lagi nilainya lagi walaupun semasa hayat kita banyak masa dan wang ringgit dihabiskan demi menjaga jasad kita ini. Hakikatnya, pada ketika itu, walaupun jasad sudah tidak mampu lagi bergerak tetapi sebenarnya roh akan terus melalui perjalanan menuju ke suatu masa yang paling penting dalam kehidupan. Sekiranya berjaya melalui alam barzakh dengan berada di dalam taman syurga, maka ia merupakan satu kenikmatan kepada kita. Sebaliknya, jika kematian kita penuh dengan fitnah dan azab, maka kita akan menjadi manusia kevewa selama lamanya. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Tulisan oleh: *NCS*

#RujukanNotaKuliahLama

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S