PKP226
*PkP226* - Satu picisan pemikiran Di hari lahir Nabi Saw. Apa Yang Ada di sebalik Maulidur Rasul?
Assalamu’alaikum...
Selamat menyambut Maulidur Rasul.
Kali ini kita menyambutnya dalam satu norma kehidupan yang baru hasil dari Covid 19 , tetapi itu semua tidak akan menghalang cinta dan kasih kita pada Nabi junjungan Saw.
Pagi ini terbangkit rasa ingin share satu common feeling dan pemikiran, moga ada yang terbangkit pula untuk sedari apa yang ada disebalik Maulidur Rasul.
*Apa Yang Ada di sebalik Maulidur Rasul?*
Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad saw, selain daripada Hijrah baginda dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain lain. Kata para ulama’, sirah adalah satu cara nak laksanakan Islam secara praktikal. Matlamat nak berpraktikan dengan Islam secara menyeluruh tak akan tercapai melainkan jika dirujuk sirah baginda saw dalam segenap hal.
Ingat lagi seperti yang diriwayatkan, oramg yang paling gembira dengan kelahiran baginda Rasulullah saw ialah bapa saudara Abu Lahab. Dia sanggup memerdekakan hambanya kerana nak zahirkan pada umum: dialah manusia yang paling gembira. Tak cukup itu, dia tawaf Kaabah tujuh kali. Tetapi apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab bila anak saudaranya bawa satu ajaran yang lain dari apa yang ada dalam masyarakat Makkah ketika itu? Dialah juga yang mula menentang dan mendakwa apa yang dibawa Nabi saw adalah karut belaka, menyalahi amalan nenek moyang mereka.
Persoalannya di sini, adakah Allah Swt terima semua pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Nabi saw? Jawab para ulama’, sudah tentu tidak. Allah tidak melihat pada sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah yang selari dengan ajaran baginda.
Sehubungan itu, ada terjumpa satu hadis Nabi saw: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman padaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (ucapan ini diulang sebanyak tujuh kali).” (Ahmad, Bukhari, Ibnu Hibban dan alHakim - daripada Anas)
Tetapi sebaliknya, apa yang disaksikan dalam masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek sambutan pada Maulidur Rasul. Kata TGNA, tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama tetapi mana pengisian rohani dari apa yang baginda dah ajarkan kepada kita yang kita dah usaha nak buat. Ini kerana banyak lagi amalan nabi yang kita tidak pernah peduli nak berusaha lakukan dengan sebaik baiknya, malah kita tinggal kosong dengan roh penghayatan walau saban tahun meraikan hari kelahiran nabi saw.
Hence, sama sama kita bangkit dan bangun dari satu pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika mahukan kejayaan di akhirat, maka hendaklah juga berilmu, jika mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.”
Renungkanlah kata kata di atas, moga memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, In syaa Allah.
*Akhir kalam..*
Kita tinggalkan diri kita dengan satu persoalan di pagi hari sambutan hari kelahiran nabi ini, benarkah kita selaku umat Islam yang ditinggalkan Nabi Muhammad saw sejak 14 abad lalu berusaha menuruti jejak langkah yang ditunjukkan oleh baginda, yang paling penting kita tunjukkan segala pusaka ilmu yang diwariskan kepada kita dan sudahkah kita buktikan sebaiknya?
Itulah yang dikehendaki oleh Islam dari kita, moga kita bukan individu yang menconteng islam dengan arang dek kerana tindakan, perbuatan, perkataan seolah menghina Islam sendiri, sekali gus merosakkan nama baik Islam pada mata bukan Islam.
Selamat berlibur di hari Maulidurasul, tapi mencari ilmu tidak pernah ada erti berlibur...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Edited & Written By: *NCS*
#Ref:Nota February 6, 2012.
Comments
Post a Comment