PKP227
*Pkp 227-KISAH SUFYAN ATS TSAURI.* Mari berselawat....
Assalamu’alaikum...
Salam Jumaat..
Syukur Alhamdulillah. Bersempena hari maulidurasul, kami sekeluarga sempat juga berselawat seusai solat subuh berjemaah semalam. Terjentik juga hati rasa rindu dan terharu teringat segala perjuangan yang telah dilalui Nabi saw. Mudah2an Nabi saw akan mengaku kita sebagai umat di Mahsyar nanti ketika di saat nabi nabi lain tidak mampu memberikan syafaat. Kerana itulah jangan sombong sehinggakan tidak berselawat langsung pada nabi saw.
Malamnya pula bersempena dengan malam jumaat, kami berhimpun untuk bertahlil dan mengadakan solat hajat buat anakda serikandi kami yang akan melanjutkan Masternya dalam bidang Water and HydroPower di IHE DELFT NERTHERLAND setahun. Dia akan berlepas ke Schipol dari KLIA jam 1150 malam pada 31 Oktober. Mohon doa dari semua, semoga dia selamat dari apa jua musibah dan mohon Allah tukar yang buruk kepada kebajikan. Nak nak dalam keadaan Covid 19 masih belum lagi reda. Moga perjalanannya, permusafirannya dan pengajiannya di permudah kan Allah. Jazakumullah khair pada yang sudi mendoakan.
Akhirnya malam tadi, without fail sepanjang PkpB, surah AlMulk di kumandangkan di ruang tamu sebelum beradu. Alhamdulillah. Biznillah.
Apa pun pagi ini, bersempena dengan hari jumaat yang mulia dan dalam rasa kesyahduan sambutan Maulidurasul, saya nak share satu kisah pernah saya dengar dibawa oleh salah seorang assatizah di Surau Al Amin, sama sama kita cernakan:
*KISAH SUFYAN ATS TSAURI*
Pada suatu ketika, di musim haji, Imam Sufyan atsTsauri tengah melaksanakan tawaf di Baitullah. Ketika itu dia melihat seorang lelaki selalu membaca selawat setiap kali dia melangkahkan kaki. Lalu dia menghampirinya dan menegurnya, “Wahai pemuda, kamu telah tinggalkan bacaan tasbih dan tahlil dan hanya berselawat untuk Nabi saw saja”. Pemuda bertanya Sufyan, “Siapakah kamu ini ? Semoga Allah memberikan kesihatan dan keselamatan!” Sufyan menjawab, “Aku Sufyan ats Tsauri.” Pemuda itu berkata, “Baiklah, akan aku ceritakan kisahku. Kalau tidak kerana kamu adalah orang luar biasa di masa ini, nescaya aku tidak menceritakan kurnia yang dianugerahkan kepadaku dan nescaya aku tidak akan membuka rahsia yang diberikan Allah padaku.”
Pemuda itu berkisah, “Pada suatu hari, aku dan ayahku pergi menunaikan ibadah haji. Di tengah perjalanan, ayahku mengalami sakit, maka aku berhenti mengubatinya. Malam nya ayahku meninggal dunia dengan wajah yang menghitam legam. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, ayahku meninggal dengan wajah yang menghitam, dalam hati berkata. Aku sedih sekali menyaksikan keadaannya. Lalu aku ambil selembar kain dan menutupi wajahnya. Aku larut dalam kesedihan dan memikirkan, apa dikatakan orang jika melihat wajah ayahku yang hitam legam. Dari situ, aku mengantuk dan tertidur. Tiba tiba aku bermimpi melihat seorang lelaki yang sangat tampan. Tak pernah aku lihat lelaki setampan itu seumur hidupku. Pakaiannya bersih dan tubuhnya ada aroma sangat harum, bukan wangian biasa. Lelaki itu menuju jasad ayahku dan membuka kain penutup wajahnya. Dia mengusap telapak tangannya ke wajah ayahku. Tiba tiba saja wajah ayahku menjadi putih bersinar sinar. Ketika dia hendak beranjak pergi, aku memegang bajunya dan bertanya, ‘Wahai hamba Allah, siapakah kamu, yang telah dikurniakan Allah menyelamatkan ayahku dan juga menghilangkan kegundahan di hatiku?’ Dia lalu menjawab, “Tidakkah kamu mengenalku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah, yang mendapat wahyu Al Quran. Ketahuilah, ayahmu semasa hidupnya adalah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya secara tersembunyi. Akan tetapi, dia banyak membaca selawat ke atasku. Ketika kematian menghampirinya, dia minta pertolonganku. Aku banyak menolong orang yang banyak membaca selawat untukku.” Kemudian aku terjaga dari mimpi dan melihat wajah ayah yang telah menjadi putih bersinar.
Inilah kelebihan seorang yang rajin berselawat ke atas Nabi, sabda Rasulullah saw ” Orang yang paling dekat denganku dihari kiamat nanti ialah orang yang paling banyak selawatnya ke atasku “.(at Tirmizi)
*Akhir kalam..*
Yang berada bersama Rasulullah saw, sudah tentu selamat di Mahsyar. Tanam rasa cinta dan beramallah dengan selawat sebanyak mungkin dan istiqomahlah.
TAK NAK KAH KITA?
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Edited & Written:
*NCS*
Comments
Post a Comment