POP228

 *Pkp228* - iktibar kisah orang soleh, Ulama pewaris Nabi. 



Assalamu’alaikum...


Alhamdulillah. Bertemu sehari lagi kita dalam menelusuri kehidupan yang tidak pernah sepi dari ujian. Semalam diuji dengan tidak boleh solat jumaat dek SOP berdepan Covid 19. Kecewa bukan sedikit. Banyak terasa kerana masa untuk hidup semakin suntuk tapi arahan umarak untuk di akur, demi kemaslahatan Negara Malaysia. 


Tapi yang pasti rindu pada majlis ilmu semakin membuak. Malam tadi ada ramcangan di tv dari Majsid ke masjid dimana Ustaz Abdul Somad penceramahnya, tapi ianya tetap tak sama kerana banyak program lain di tv yang akan menganggu.  Memang ilmu boleh bertambah  macam2 cara - belajar, membaca dan beramal. Ustaz Haslin Baharim : faktor keberkatan berhimpun dalam majlis ilmu adalah suatu yang sangat dititik beratkan dalam agama.


Dari kacamata saya selaku yang kurang ilmu ini pun, sudah pasti pahala ke majlis ilmu, ada dalam majlis ilmu, bertemu pencinta ilmu, masa yang di korbankan, tenaga dan harta untuk hadir, in syaa Allah akan ada keberkatan dan ganjaran hebat di sisi Allah berbanding duduk menonton. Tapi apakan daya SOP tetap SOP. 


Saya pernah terlintas dengan satu bacaan kata kata ulama, bermaksud : "Hendaklah kamu duduk bersama dengan ulama (duduk di dalam majlis ilmu mereka) dan mendengar kata kata  hukama' kerana Allah menghidupkan hati mati dengan nurhikmah seperti Allah SWT menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan."


Kita telah lama di tinggalkan nabi dan "Sesungguhnya ulama pewaris para Nabi." (Ahmad, Abu Dawud, at Tirmizi dan Ibn Majah). Mereka ini walaupun bukan nabi, selepas kewafatan Nabi SAW, merekalah yang meneruskan tugas Nabi dan menggalas tanggungjawab dengan segala kebijaksanaan yang ada. Dengan usaha gigih mereka, warisan alQuran dan hadis dipelihara hingga kini tulen unruk umat Islam. Jadi, berhati hatilah dengan kata2 , 'Ulama bukan tahu benda ghaib', 'Bila ulama jadi Nabi?' seumpamanya. Meskipun zahirnya benar, jika disalah guna boleh menghilang kan kepercayaan masyarakat Islam pada ulama.


Islam ada ramai tokoh dan ilmuwan yang boleh dijadikan pedoman. Jika kita contohi perbuatan mereka, sangat dituntut, ganjaran mengingati dan mengikuti kisah mereka turut dijanjikan. Ustaz Muhadir Joll dalam rancangan di IKIMfm program Ibrah (Salafus Soleh) pernah menyebut satu syair Arab : "Hendaklah kamu contohi orang mulia walau kamu tidak seperti mereka, kerana ikuti orang yang mulia itu satu kejayaan."


Dalam rancangan itu, ustaz Muhadir juga meyebut kelebihan mempelajari kisah orang soleh antaranya akan dihapuskan dosa oleh Allah SWT. Katanya lagi di sebut oleh Saidina Muadz Ibn Jabal, hadis diriwayatkan oleh Imam al Dailami dalam Musnad al Firdaus: “Menyebut nyebut kisah nabi, termasuk ibadat. Sebut kisah orang soleh, penghapus dosa. Mengingati kematian adalah sedekah dan ingat kubur mendekatkan kamu kepada syurga."


Kata Ustaz Lagi : Mendengarkan kisah orang soleh mendapatkan ibrah dan pengajaran bukanlah perkara sia sia. Kisah mereka adalah pengalaman yang tidak akan berbohong kerana pengalaman itu ditempuhi mereka.


Saya nak petik satu kata Al Imam Abu Hanifah: "Hikayat mengenai ulama dan kebaikan mereka itu, lebih aku sukai dari banyaknya ilmu fekah kerana hikayat ini memuatkan adab dan akhlak mereka itu." Ustaz Muhadir juga ada berkata, dari Muhammad Ibn Yunus :  “ tidak ada yang lebih memberi manfaat bagi hati selain mendengar riwayat orang soleh.


*akhir kalam...*


Pelajarilah kisah orang soleh kerana ia adalah butiran mutiara. Kemungkinan ada kalangan mutiara itu, satu mutiara yang sangat mahal dan nilai yang mahal juga dalam hidup kita.


Kisah orang soleh juga boleh menghiburkan hati, segarkan fikiran dan berikan semangat untuk melakukan kebaikan. Kalau Ulama ulama hadis dulu, mereka sebut kisah menyentuh perasaan dalam pengajian hadis kerana ia dapat menghiburkan hati menyegarkan fikiran.


Begitulah bagaimana kisah orang soleh banyak memberi pengajaran dalam kehidupan dan kita seharusnya mengambil iktibar serta teladan atas setiap perkara kebaikan yang mereka lakukan.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Edited&Written By: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S