PKP243
*Pkp243* - Secebis kisah dari
“Penarik Becha/Trishaw Puller (1955)*
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah bersyukur, pagi ini masih diberikan nikmat terus menghirup udara yang percuma ini. Tinggal cuma kita kena “bayar” dengan “dengar dan taat padaNya”.
Di keheningan ini, entah kenapa tiba tiba ada perasaan berbeza, terasa saja ingin sendirian, nak nak bila ingat pada dosa dosa. Padahal, akan sendirian nanti di saat kematian.
Barangkali dalam setiap juzuk juzuk kehidupan yang dilalui, kita akan rasa perasaan yang berbeza beza ini. Tapi, tidak dalam hal hal ingat Allah. ALLAH yang menggengam rasa dan hati kita. ALLAH yang memberi kita bahagia dan sedih. Jadikan setiap rasa yang ALLAH berikan sebagai rasa syukur. Hari ini kita tertawa, besok? Mungkin kita sedang sedih. Hari ini kita boleh makan, besok? Tiada siapa tahu, terkena penyakit. Dan Sungguh, hanya rasa syukur yang boleh membuat ini menjadi nikmat. Maka, rasakan rasa syukur itu. Nikmati kehidupan. Jangan habiskan waktu hidup ini hanya berkeluh kesah. Sesungguhnya, banyak hal yang patut disyukuri. Maka, pagi ini mari bersyukur atas nikmat yang telah ALLAH berikan..
•MENONTON FILEM PENAREK BECHA.
Semalam, semenjak dua menjak ini, jantung rasa seperti tidak stabil dan bacaan BP pun merisaukan, ambil keputusan untuk berehat sepenuhnya di rumah. Dalam PkP bersyarat ini, hanya tinggal solat berjemaah di rumah dan kuliah kuliah dari you tube menjadi peneman. Berbeza pula petang semalam, seusai berwirid berzikir berdoa sempena solat zohor, saya melabuhkan badan di atas kusyen lembut depan tv. Siaran tv tiba tiba terpaku pada cerita PENARIK BECHA- filem arahan pertama P Ramlee. Tiba tiba cerita ini menjadi menarik pada saya kerana semenjak dari pembikinannya, tahun 1955, inilah kali pertama saya menontonya dari awal sehingga akhirnya. Melihat pada “physical appearance” para arwah arwah pelakonnya - Puteh Ramlee, Saadiah, salleh kamil, udo umar, hanya mengngatkan akan keagungan Allah kerana semuanya sudah tiada lagi di dunia ini dan mereka telah melalui fasa fasanya - tampan, anggun, handsome hnggalah ke gemuk dan berisi sebelum mati. Baru baru ini pun, pelakon yang tersohor dengan watak James Bond pun sudah tiada lagi didunia - Sean Connery - mati pada 31 Oktober 2020. Pada yang sempat mengikuti watak ini dari 1962 hingga 1983, akan dapatl juga melihat perubahan fizikal beliau. Inilah semua yang kita semua juga akan hadapi. Tunggulah...
Untuk pagi ini, saya suka nak share beberapa falsafah yang sempat saya pungut dari filem PENARIK BECHA. Sekadar untuk renungan di pagi Ahad.
•IBRAH DARI “ Penarek Becha / Trishaw Puller (1955)”*
Filem ini dilihat biasa, tidak ada apa2 penonjolan isu istimewa, selain isu perbezaan taraf di antara golongan kaya dan miskin. percintaan yang tidak ada restu dan penindasan golongan yang tak mampu.
Dalam satu babak, sebaik Amran si penarik becha menghantar Orang Kaya Marzuki sehingga ke rumahnya, tiba masa Amran mendapat bayaran yang setimpal. Namun, Orang Kaya Marzuki yang sepatutnya kaya dan tidak kisah dengan wang, membayar dengan nilai cukup sedikit dan tidak sewajarnya . Apa yang dibawa oleh P.RAMLEE adalah konsep budi dengan menunjukkan bahawa orang kaya miskin budi. Dan babak seterusnya di tonjolkan orang miskin sebagai kaya budi.
Selepas Amran menerima bayaran, dia terus ke kedai Pak Mat untuk membeli makanan. Di sini, ada contoh orang miskin kaya budi. Pak Mat seorang yang miskin tetapi telah memberi nasi percuma pada Amran tanpa bayaran. Kemudian Amran, apabila bertembung dengan peminta sedekah memberikan nasinya pada peminta sedekah itu. Ini satu penonjolan kehidupan masyarakat. Manusia kena membantu sesama sendiri untuk meneruskan hidup.
Namun, sindiran paling tajam dalam filem ini ialah semasa babak Orang Kaya Marzuki keluar dari hospital dan tiba di rumah ditemani oleh Ghazali. Orang Kaya Marzuki masuk ke biliknya dan Ghazali mengekori di belakang. Semasa berbaring orang kaya Marzuki menyebut nama nama Tuhan, ya Allah, Ya Karim dan yang lebih menarik di dinding bilik Orang Kaya Marzuki dan tepat di atas kepalanya tergantung kalimah suci, Bismillah (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi maha mengasihani). Apa yang disindirkan ialah walaupun Orang Kaya Marzuki mengingati Tuhan dia tetap kejam dan Tuhan sebenarnya hanya pada bibir semata mata dan untuk Ghazali, walaupun berdepan dengan kalimah paling agung dalam agama, Ghazali masih memfitnah bila mengatakan hal yang buruk buruk tentang Amran, ini menyebabkan Orang Kaya Marzuki hilang pertimbangan walaupun baru selesai menyebut nama Tuhan. Kesan daripada fitnah di depan nama Tuhan ini, Amran dihalau dan Azizah dimarahi dengan tanpa usul periksa.
Apa apa pun, ini hanyalah sebuah filem. Tapi berkat sabarnya si Amran, akhirnya dia diterima sebagai menantu orang kaya Marzuki malah mejadi penjaga hartanya lagi, itu semua atas keikhlasanya.
*akhir kalam...*
Ada dua petikan dialog yang menarik perhatian yang saya nak share dari filem penarik beca ini:
•Kekayaan Manusia Itu Hanya Daki Dunia - diungkapkan oleh Azizah.
•Budi Bahasa Tidak Memerlukan Modal - oleh ibu Amran
Hakikatnya tidak salah untuk jadi kaya tapi gunakanlah kekayaan itu diatas jalan Allah.
Semoga ada manafaat,
Wallahu’alam
Wassalam
Dari / *NCS*
Comments
Post a Comment