PKP244
*Pkp244* - *Terbaik dari Ali XPDC dalam Gegar Vaganza.*
Assalamu’alaikum...
Kebijaksanaan yang tertinggi kepada kejernihan akal dan kebersihan hati seseorang Mukmin adalah pada yang selalu meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam hidup. Hal ini diperolehi bukan sahaja melalui ilmu tetapi pengalaman serta pengajaran dalam kehidupan.
Memulakan sebuah hari dengan fikrah: jika berdepan kegagalan dalam sesuatu usaha, tapi tetap terima kegagalan itu sebagai satu pengajaran dan mencari hikmah tersembunyi sebaliknya.
Seorang yang sentiasa melihat hikmah sebalik kejadian akan ada kejernihan hati suci murni.
Ini semua boleh diraih melalui hubungan baik dengan pemilik alam - Allah SWT. Manusia yang hati dan bibirnya dibasahi zikir pada Allah mempunyai suatu ketenangan luar biasa, bahkan jiwanya melihat seluruh hidup ini dari sudut pandangan yang baik.
*TERBAIK DARI ALI XPDC*
Malam tadi saya berkesempatan menonton Gegar Gavanza yang menjadi pilihan ramai ketika ini di malam minggu. Antara artis yang dijemput adalah Ali Xpdc, yang memang telah di ketahui ramai telah pun “berhijrah” ke arah merapatkan diri dengan sang pencipta. Padanya, saya terlihat ketenangan walaupun menyanyi bersama dengan salah seorang peserta dengan irama rock. Di hujung ketika sebelum dia berundur dari pentas, dia diberi kesempatan berucap. Saat inilah, dia guna kan peluang untuk berdakwah walau mungkin dilihat ramai orang usahanya ini seperti sia sia, tapi pada saya, Allah melihat pada usaha.
“ Pertandingan ini akan ada final, tetapi tidak semua akan ke final, tapi kita ada satu final dalam kehidupan kita, dan final ini semua akan ke sana”, itu lah antara kata kata nya. Takbir ! Allahuakbar.
Walau pun tidak tahu betapa besar impak dari kata kata nya kepada yang menonton malam tadi tapi saya yakin, ada terasa tergegar dengan kata kata nya. Inilah yang kita hendak cari dari kehidupan, ada dimana, buatlah apa saja tapi sentiasa berusaha untuk sampaikan yang boleh menghantuk fikiran manusia supaya ingat asal dan akhir nya kita.
Dan Ali Xpdc pula, dia pernah memaklumkan dia pernah tanya seorang ustaz yang dia mahu berhenti menyanyi tapi ustaz itu berkata jangan, kerana bakat nyanyian yang ada adalah satu anugerah daripada Tuhan dan masih boleh berdakwah melalui nya. Dan dia kini mengotakanya. Saya teringat kisah burung kecil membawa air dengan paruhnya kerana ingin sama memadam api setinggi 4 tingkat bangunan yang membakar nabi Ibrahim as. Moga ada habuan untuk Ali atas apa yang telah di sampaikan dan
moga cabaran penghijrahan Ali dipermudahkan Allah dengan terus berdakwah sebalik lagu dan irama.
Dari Abdullah Amr, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (Bukhari)
Tugasan dakwah tidak terhenti apabila Rasulullah SAW telah wafat, ini kerana al Quran jelas menyatakan bahawa dakwah merupakan satu kewajiban kepada semua muslim.
*Akhir kalam..*
Berdakwah dan menghidupkan sunah nabi adalah dua hal yang tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan umat Islam.
Tanggungjawab seseorang muslim bukan setakat hanya melaksanakan perintah Allah dan mengikuti apa yang diajar oleh Rasulullah SAW, tetapi juga menyampaikan sesuatu ilmu untuk membawa manusia lain ke jalan hidup Islam yang diredhai Allah.
Terjumpa dalam alBaqarah ayat 140, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”
Semoga kita semua dipermudah kan Allah berbuat kebaikan dan dilindungi Allah dari kemaksiatan
Wallahu’alam
Wassalam
Barakallahufikum
Dari. *NCS*
Comments
Post a Comment