PKP245
*Pkp245 - TETAMU BAWA BERKAT* TQ Dell For Your Time.
Assalamu’alaikum
Hari ini hari selasa. Sekejap je dah hari selasa. Rasa macam baru semalam jer hari sabtu. Tiba tiba dah hari selasa balik. Tapi yang tak perasannya, mana pergi hari ahad ?
Semalam seharian di pejabat. Selesai masaalah pejabat dan kerja kerja, semuanya cuba dipasangkan niat untuk Allah, tapi sesekali terlintas juga untuk diri sendiri. Semoga itu hanya sepintas lalu saja. Khuatir ia nya hanya manafaat dunia saja kalau dilupakan niat kerana Nya.
Walaupun dalam PKPB, petang nya dikunjungi sahabat KPP yang dah hampir dua bulan tak bertemu. Last kami bertemu mata ialah sebelum PkPB di Selangor bermula . Nampak gembira dapat bertemu sahabat yang satu ini, yang ada “same wavelength” dalam banyak hal. Kami bercerita hal kedudukan ekonomi dan perniagaan yang masing masing ada pattern dan routinenya sendiri. Semoga Allah akan memudahkan urusan kami. Kami akhir nya bersama sama tunaikan solat asar berjemaah bersama staff staff saya yang memang jadi kemestian setiap hari berjemaah di surau kecil Pejabat Perunding NAJA Bersekutu. Terima kasih Allah atas nikmat ini semua.
Selalu kita dengar org cakap, kalau tetamu datang rumah kita, dia bawa rahmat, tanda orang ingat kat kita, ziarah berziarah mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim.
So pagi ini, saya nak share satu nota lama, yang ramai dah tahu perihal tetamu yang berkunjung adalah pembawa Rahmat Allah SWT.
*TETAMU MEMBAWA BERKAT*
Memuliakan tetamu adalah akhlak yang mulia. AlQuran menceritakan bagaimana Nabi dengan kemuliaan hati mereka menerima, menyambut dan melayan tetamu. Di antaranya ialah Nabi Ibrahim as.
”Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang orang yang tidak dikenal. Kemudian ia masuk mendapat kan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (dipanggang). Lalu dihidangkan kan kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan". (ADzariyat : 24-27)
Ayat ini merakamkan perbuatan Nabi Ibrahim as menyambut dan melayan tetamu yang hadir ke rumahnya walau tak mengenali orang yang datang ke rumahnya itu. Baginda tidak tahu yang datang itu adalah malaikat tapi tetap melayannya. Kata Ibnu Kathir di dalam tafsirnya : “Imam Ahmad dan jumhur ulama, wajib melayan tetamu yang datang bertandang ke rumah.”
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat ; maka,
jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat ;maka, muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.” (AlBukhari (6136))
Dan kepada yang mengunjungi pula sama sama jaga adab adab bertandang dan ingatlah, sunat mendoakan kebaikan buat tuan rumah. Ini berdasarkan kisah Nabi SAW ketika mana Baginda bertandang rumah Ubadah Bin Somit.
Pada masa sama, pilihlah waktu yang sesuai untuk bertandang. Tapi jika ada keperluan untuk datang pada waktu seperti ingin meminta bantuan atau ada kecemasan maka dibenar kan. Ini adalah berdasarkan hadis :
”Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan lepas kesusahannya pada hari kiamat." - Muslim (4867) & Al Tirmizi (1345).
Apa apa pun zaman teknologi yang serba canggih ni, CALL lah dulu...
*Akhir kalam...*
Sekian sahaja cerita hari ini, hari selasa. Pejam celik, pejam celik, esok rabu akan datang lagi. Cepat benar masa berlalu …
Apa apa pun jadikan Syurga Sebagai MISI dan VISI Kita. Tidak akan rugi jika “berniaga” dengan Allah swt.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Dari. *NCS*
Comments
Post a Comment