PKP246

 *Pkp246 - sekadar kongsi rasa pagi rabu.* - Rujuklah selalu padaNya....


Assalamu’alaikum 

...salam rabu


Hari ni punch card ke pejabat Dinihari jam 445 pagi, tak lah awai sangat, lagi jalan selamat telah pun di buat, witir di buat seusai ba’diyyah isya’ kerana khuatir terlepas lagi. Tapi yang nyara arini, semangat. Semoga semangat ini akan kekal sampai ke akhir hayat, moga dipanjang kan umur tapi dalam ketaatan padaNya. aminnnn...


Tambah berkat hidup kita, jangan lupa mulakan pagi hari ini, bersedekah Alfatihah untuk ibu bapa samada yang masih hidup atau pun telah meninggal. Semoga hidup di rahmati Allah selalu. 


Dalam kelam kabut mengurus kan kehidupan, banyak kali kita tergelincir dari rasa “ingat” pada Allah. Kekadang kita lagha dengan urusan pekerjaan, kekadang dengan urusan bersukan. Semuanya itu perlu pada satu composisi. Diri kita kena “compose” balik untuk kembali ingat padaNya. Itulah yang terjadi semalam, paginya sibuk dengan urusan kerja, petang sibuk dengan urusan riadhah. Sebab itulah solat lima waktu itu penting untuk kita jaga, terutama tunaikannya seawal waktu jika tiada sangat sesuatu yang perlu sehingga kena tangguh jauh dari awal waktu aula nya. Apa lagi kalau kita tinggalkan solat. 


Mujurlah semalam, malamnya sempat berjemaah maghrib bersama keluarga, diikuti buat sedikit tahsinul quran sementara menunggu isya’. Selepas solat isya’, himpunkan segala perasaan bertenang untuk ingati dia sehingga rasa tenang hadir. Sebelum menutupnya dengan al Mulk. Andai ajal datang, mohon Allah selamatkan dari siksa kubur - tanda diri selamat di padang Mahsyar. 


Itulah yang kita perlu dalam hidup kita. Jangan biar kita berlari jauh dari Nya. Patah balik, rujuk balik kepadanya setiap hari. Dan pagi ini, memasuki pejabat dinihari kesyahduan, mengadu nasib diri yang penuh dosa, mohon di ampunkan sebelum mati...


Tak kira siapa pun kita, setiap hari kita pasti diuji. Tapi jangan bimbang kerana Allah dedah rahsia untuk ketenangan.


 “(Iaitu) orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (al Rad, ayat 28)


Renungkan bagaimana kita ingat Allah dalam surah alFatihah, iaitu doa paling banyak dibaca. Doa dan solat yang kita dirikan setiap hari adalah untuk kita sentiasa mengingati Allah. Tapi, solat yang tidak khusyuk tetap tidak akan menambah keimanan dan bawa ketenangan. Ini kerana, sistem saraf, jantung dan semua bahagian tubuh bertindak balas terhadap apa yang kita fikirkan.

Keresahan dalam benak fikiran akan create tekanan dan ruin kesihatan kita. Hence, ingati  Allah SWT secara sedar membantu mengubah diri kita. Bukan sekadar ikut ikutan.. Sekiranya kita melakukannya secara konsisten, kita akan sentiasa merasa dilindungi dan dikasihi. Pada akhirnya, ia bawa kedamaian dan ketenangan yang membantu mengawal tekanan dan keresahan. Perkara itu juga memberi keyakinan dalam diri bahawa apapun yang berlaku pasti terkandung hikmah dan kita akan memperoleh kebaikan pada akhirnya. 


Wallahu’alam. Itulah yang ada dalam benak fikiran saya pagi ini. Maafkan saya kalau perkongsian ini ada salah dan silap.


Akhir kalam...


Ingatilah Allah dalam semua keadaan, bukan setakat dalam solat sahaja. 


“Maka apabila kamu menyelesai kan solatmu, ingatlah Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk dan diwaktu berbaring.” (Surah An Nisa ayat 103).


Kehidupan di luar solat lebih panjang masanya, sama ada sedang berdiri, bekerja, duduk dan baring semuanya terikat ingatannya kepada kepada Allah SWT.


Kehidupan selepas solat lebih luas daerah dan berliku laluannya, setiap insan ada kedudukan tanggunjawab masing masing. Macam2 amanah  mesti tunaikan, semua tak terlepas dari garis lurus yang ditetapkan Allah SWT. Di  sinilah letaknya keperluan ingatan yang menyeluruh kepada peraturan Nya.


Jika hukum Nya dilanggar bererti ketika itu dia melupai Allah. Ada juga ketika kita langgar kerana tahap taqwa. Check dan balance kan...


Yang penting,  ketika ajal sudah menghampiri, jika ada yang membimbing (mentalqin) dengan kalimah tersebut, tetapi belum pasti dapat mengikutinya. Kerana jika ketika sihat pun tidak berbuat demikian, maka betapa pula ketika uzur sakit. Kerana itu penting, waktu sihat mereka selalu rujuk dan tidak lupa menggerakkan bibir untuk zikir kepada Allah.


Moga ada manafaat 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Dari, *ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S