PKP248

 *Pkp248 ~ NUKILAN DARI AKAL SEPI DI PAGI SEBUAH HARI BERNAMA JUMAAT*


Assalamu’alaikum...


Salam Jumaat, salam kerinduan solat Jumaat di Negeri Selangor yang masih belum di buka solat nya di sini, salam pkpb. Sakan rindu suasana dulu, berduyun duyun ke rumah Allah, ada yang seawal jam 12, ada yang selewat hanya dapat setengah rakaat solat jumaat selebihnya solat zohor bangun 4 rakaat secara sendirian. Usah di cerita sayu hati menyaksikan barokah hari jumaat berlalu begitu sahaja tanpa himpunan manusia sejagat. Ya Allah apa apa pun tolong lah hidupkan semula himpunan jemaah mingguan ini segera, hanya pada Mu, kami berserah...


Untuk menjadi pengubat luka pagi ini, mindset berfikir hari ini Hari jumaat sudah. Esok sabtu, leh cuti. Lepas bebas bertugas demi bangsa,agama dan negara sebentar tapi tidak tugasan sebagai hamba Allah. Selamat bercuti, selamat beribadah lebih hebat...


Pagi ini, macam biasa 4.30 pagi , dah bangun, kerja mengetuk keyboard iphone, melepas rasa berkongsi ilmu, diruang maya. Walau Simple dan cepat ianya disiapkan, tapi cukup untuk diri sendiri sekurang2nya. 


Seawal pagi sebegini, suka nak mulakan dengan ayat di bawah yang di ambil dari facebook. Rasa juga sejuk hati pagi pagi bila baca dan melihat apa yang tersirat disebalik ayat ayat ni. 


“Lagu yang merdu adalah azan,

novel yg bagus adalah AlQuran,

senaman yg baik adalah solat,

diet yg mujarab adalah puasa,

andai kata semua harta yg kita miliki adalah racun, maka zakat adalah penawarnya. Jika seumur hidup kita adalah dosa,maka taubat dan bertakwa adalah ubatnya”


Natijahnya, Kalau setiap hari kita boleh mula kan hidup dengan menatap handphone, kita kena juga boleh menatap al quran...


Sebagai tambahan, gunakanlah handphone, carilah dalam mana mana website, Entri ringkas dan santai sebagai persinggahan seketika, untuk kita relaks minda buat santapan mata, hati dan minda di hari Jumaat yang mulia dan istimewa ini. Semoga akan bertambah ilmu dan kita semua beroleh nikmat dan rahmat di hari ini...


Alam dan kehidupan manusia saling berkait dan tidak boleh dipisahkan. Sesungguhnya segala ciptaan Allah itu ada peranan dan hikmahnya. Jangan berhenti belajar, teruskanlah pencarian. Ilmu umpama hujan, penuntut Ilmu umpama tanah


Abu Musa ra meriwayatkan Nabi bersabda: “Perumpamaan bagi perkara yang Allah menghantar aku dengannya; iaitu hidayah dan ilmu, adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi; bumi itu ada yang subur, menyerap air, lalu menumbuhkan rerumput mahupun tumbuhan pelbagai.

Ada yang keras tak menyerap air hingga bertakungnya air, maka dengan hal itu, Allah mengurnia kan manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menakungkann air dan tidak pula menumbuhkan rumput begitulah perumpamaan orang yang belajar agama dan memanfaatkan apa yang Allah utuskan bersamaku, dipelajari nya dan diajarkannya. Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu mengangkat kepala (untuk berfikir) dan tidak jua mahu menerima petunjuk Allah, yang aku diutus menyampaikan nya (dia umpama tanah yang tidak subur dan tidak jua akan menakungkan air)” [Sahih al Bukhari, hadis no: 79]


Jangan biarkan kita gersang dengan ilmu kerana itu hanya akan membawa kita pada jahil. Jahilnya kita menyebabkan kita tidak mahu beramal dengan amalan soleh kerana kita tidak tahu kebaikan dan kelebihnnya disisi Allah. Tidak dapat melihat dengan matakepala sendiri apatah lagi dengan mata hati akan kelebihan ini, boleh mengakibatkan kita tidak dapat kaitkan antara apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah Swt dengan hidup kita. Lalu, terbitlah jurang antara kita dan Sang Pencipta. Suasana ini dikhuatiri nanti jadikan kita makin sesat jauh dari landasanNya. Lama kelamaan hati semakin hitam, jiwa makin terkunci dari segala peringatan. Akhirnya, kita akan rasakan peringatan dan demi peringatan itu sebagai seperti menghina kita pula. 


Walahiyazubillah...


*Akhir kalam...*


Yang pasti dalam PkpB begini, 

kemuliaan hari Jumaat tidak pernah berubah status, since kita tiada kesempatan beriktikaf didalam masjid, sebaik baiknya kita banyakkanlah berzikir dan beristighfar.


Dalam al Quran tersirat segala

Ilmu, cuba mengerti maksudnya, Ia bukan sekadar bacaan untuk hiburan tapi pesanan dan juga panduan sebelum berangkat pergi dari dimensi ini...


Realitinya dimensi ini...

Permulaannya seakan indah hingga ke penamat episod hidup, tapi tak siapa juga menyangka itu semua fatamorgana yang akan membunuh semua impian sekelip mata


Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’


“Semoga Allah akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.” kerana memberi masa membaca coretan sepi ini.


Moga bermanafaat..


Ditulis oleh : 

*Bin Che Salleh/NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S